Sunday, February 6, 2011

Penantian SATU PENYEKSAAN

Salam,

Penantian itu satu penyeksaan! Memang betul kata orang tua dahulu kala, memang menyeksakan apabila kita di takdirkan untuk menunggu. Sungguh bijak pemikiran mereka sehingga kita masih menggunakan istilah dan pepatah mereka yang terlebih dahulu makan garam dari kita. Sedar atau tidak, sepanjang hidup kita ni memang akan sentiasa menunggu dan menunggu. Nak tak nak, terpaksa hadapinya samada kita boleh berhadapan dengannya atau sebaliknya kita yang tersungkur dengan menunggu. Tengah 'menunggu' tadi sambil perkena teh ais, aku terfikir, menunggu memang menyeksakan tetapi seksaan itu bukan hanya pada waktu itu tetapi untuk kemudian hari, setelah menempuh alam kehidupan yang lain. Sedar kah kita akan hakikat itu? Rasanya, kita kadang hanya mampu memperkatakan akan penyeksaan itu tanpa kita sedari ianya akan memberatkan amalan di sebelah kiri ni.

Cuba kita fikir, dah lah dengan menunggu menyeksakan batin dan sanubari, di tambah dengan maki hamun yang keluar dari mulut kita ni, mana tak nya. Memanglah menempah bala di kemudian hari jer. Cuba la kalau menunggu tu di sulami dengan kesabaran, maka semua itu tidak akan berlaku. Tapi siapalah aku terutamanya dan kita umumnya di tambah umat zaman sekarang, cukup laju bagai air sungai yang mengalirn keluarnya kata-kata yang tanpa kita sedar akan keluarnya kata-kata yang entah apa. Itu belum hati yang entah apa kita carutkan kerana hanya menunggu. Memang betullah penantian itu satu penyeksaan. Bukan sahaja penyeksaan present tapi di future yang nak tak nak terpaksa kita hadapi akan balasannya. Tapi kenapa kah kaum kita aka aku ni terkenal dengan tak pernah on-timenya? Adakah itu hakikat atau hanya sekadar mainan bibir? Janji Melayu.. Kadang-kadang sedih sebab yang masih memperkatakannya kita kaum Melayu sendiri juga. Tak semua macam tu dan hakikatnya kita sudah semakin berubah kerana masih ramai yang tidak suka menunggu dan membuat orang menunggu. Berubah demi masa depan!

aurafitra

0 comments: