Thursday, October 13, 2011

ARGHHHHHH

Salam,


Its WORSE AND WORSE. Argh this stupid broadband! Its becoming worse nowadays. Even just to check email ok, takes like hours! Hate it. Commonlah provider, its not i'm not paying ok. Every month, never miss spendng my money on you. But this is what i got in return? What the hell!!!!!! COMMON!!! 


aurafitra

Sunday, October 9, 2011

Its My Birthday

Salam,

Its sunday and its my birthday. Hehehe i'm turning 26! Can you believe that? Macam tak percaya yang diri ini telah 26 tahun berada di muka bumi ini. Am i getting older? Of coz lar, umur semakin menambah, kubur pun semakin memanggil. I'm thankful enough for what i've been through all this years. Even banyak lagi yang tak dapat di kecapi, it is very worthy dengan semua yang aku ada, aku hadapi dan sebagainya. 


26 years, mestilah terlalu banyak yang telah aku hadapi. Manis, masam, pahit dan kelat telah menjadi asam garam kehidupan. Kalau tak cukup rempah dan tak cukup rasa, bukan lah namanya kehidupan kan? Dan sampai sekarang aku berjaya mengharungi 1001 liku yang terlaku berliku dengan hampir jayanya. Sometime the meltdown tu tak dapat lah nak di elakkan. Biasa lah, manusia kan, aku tak terkecuali. Sometimes i feel like this world is mine, but sometimes, i rather not to face this any more. Leaving this world is an option. Just sometimes okay. But i am getting back to myself thinking and realised this is not even a single option for me. This is the truth that we have to face when something come up and like it or not, face it!

26 tahun juga mengajar aku erti kehidupan walaupun jujurnya sekarang, aku masih ragu-ragu dengan apa yang aku ada dalam hidup aku. Maybe orang kata, orang yang tak ada hala tujuan, tak ada matlamat dalam hidup ni bodoh, tapi sebenarnya, susah untuk mencari sesuatu di dalam diri. Bukan mudah untuk mengenali diri sendiri tambahkan orang lain. Kadang-kadang, orang lain lebih mengenali diri kita dari kita sendiri kan? Itu lah hakikatnya. So sekarang, sudah tiba rasanya untuk aku betul mengenali diri dan mengetahui apakah yang aku inginkan dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang insan yang bukan sahaja berjaya di dalam kehidupan, malah semuanya. InsyaAllah. 

Apa yang aku inginkan untuk my 26 birthday? Kalau boleh macam-macam yang aku nak. But being practical lar. Semua sama jer aku rasa. what we want is stability. Life stability, financial stability, and semuanya lah. Thats what i'm wishing now. Itu yang aku nak sekarang. Aku tak perlukan yang lain. Cukuplah sekadar itu. And wishing that i know what i really want with my life now. Anyway happy birthday to me. Ciao

p/s: I really miss my life back then.. huhu 

aurafitra

Friday, September 30, 2011

Dreams, only a dreams...

Salam,


Sometimes, but maybe all the times, mimpi masih menjadi mimpi. Itulah apa yang aku rasakan sekarang. Terlalu banyak yang di impikan, dan terlalu sikit yang terlaksana. Mimpi dan angan-angan, apakah persamaanya? Kadang-kadang, pepatah itu betul juga, angan-angan mat jenin. Itu nak dan ini nak, tapi tak berusaha ke arah merealisasikan impian itu. Timbul pulak impian. Apakah persamaan antara mimpi, angan-angan dan impian? 

Walau apa jua tafsiran semua itu, apa yang aku rasakan sekarang adalah, it is just a dream, for now. Semuanya tak dapat di laksanakan. Walaupun hampir dua-tiga bulan aku berusaha kearahnya, ada saja yang menghalang. Hanya satu aku inginkan sekarang. New laptop! Bukan tak sayang dengan latop sekarang ni, sayang, tapi kadang-kadang kita perlu kan sesuatu yang baru untuk menjernihkan pandangan. And it was for a good course actually (am i spelling it right) entah lah. Tapi tak per, aku bekorban untuk sesuatu yang baik, walaupun maybe ada yang akan mengatakan, i was a stupid organization? Stupid excuse? And wahtever stupid yang boleh keluar dari mulut kita. Maybe that was me. Always put someone else first, instead of me. Takperlah, that was call, SACRIFICE. Macam lagu elton john tu...


Tinggal kenangan.....

Sehingga berjumpa lagi.. ciao

aurafitra

Tuesday, September 20, 2011

Bukan bekerja untuk 'KREDIT'

Salam,


Aku bekerja bukan untuk mendapat kredit ataupun pujian. Itu yang di rasakan sekarang. Walaupun jauh di sudut hati  ingin sekali aku mendapat pujian dari orang yang sepatutnya. Tapi tak apalah, aku bukan bekerja untuk mendapat kredit, tapi bekerja kerana inilah adalah punca rezeki yang Allah berikan sementara kepada aku. Nak tak nak kenalah terima. Bekerja ni sebenarnya baru lah dapat tahu macam mana rasanya bila kita di anak tirikan atau pun sebaliknya. Baru kita dapat melihat dunia sebenar yang selama ini berselindung di sebalik wajah2 manusia yang bermacam-macam perangai. Sekali terkena, tak apa, dua kali terkena, lantaklah, kali ketiga dan seterusnya, herm, berdiam dirilah sementara Allah bukakan rezeki yang lain. 

Bukan mudah untuk tidak menghiraukan segala apa yang berlaku di sekeliling di tambah pulak bila di anugerahkan sekeping hati yang cukup sensitif. Walau macam mana sekalipun kita cuba tidak mengendahkan apa yang berlaku, tetap hati kecil bercakap sendiri. Bukan susah untuk dengar hati bercakap, asyik dengar mulut jer bercakap, penat juga kan. At least kalau hati yang bercakap, kepala otak yang penat. Bila kepala otak yang penat, tidur pun dah dapat mengurangkan penatnya. Adeh, libra lah katakan. Hati yang lembut, bukan orang yang lembut. Hahahaha apa yang di repekkan di malam hari ni pun aku tak tau, tapi itu yang di rasakan nak tulis. Kesakitan mengahalang untuk terus menulis, sehingga berjumpa di lain hari.. ciao

aurafitra

Thursday, September 15, 2011

!st since last time!

Salam,

Its been a long time since i update this blog isn'it??? Hahaha a few matters come up, so nak tak nak terpaksa menyepikan diri dari dunia blog dan online buat sementara waktu. But now i'm back and i'm so sleepy. Apa kena mengena entah kan? Hahahaha dah nak tidur tp ada pulak sorg staff nak sgt gajinya, kebetulan i'm hloding her money. Baru cash kan cheque yg dapat tadi, terus balik rumah, dengan bermacam-macam masalah yang muncul, pada hari yang sama pulak tu. Adeh, lari budget. 
Niat awalnya macam-macam nak tulis tp memandangkan maa yang dah kuyu ni, terpaksa lah aku memendekkan untuk kali. Memandangkan masih belum terlambat lagi rasanya, di sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan hari kemerdekaan. belum terlambat lagi, raya kan sebulan? ok lah, for now, at least aku update blog ni dari labah2 bermaharajalela. Ciao n assalam,

aurafitra

Sunday, June 26, 2011

Fever!

Salam,

Sambungan dari yang lepas, (baru berkesempatan nak update kat sini). Terkurung macam tu sampai dua jam dan ada la juga beberapa orang yang memerhati, it was a shame. Sungguh memalukan. Apalah yang aku fikir sampai kejadian yang sungguh tak diingini terjadi. Entah apa-apa entah. Dan juga, kempunan lah aku hari tu nak makan ketam masak lemak cili api masakan mak aku. Semua gara-gara kebodohan yang disengajakan atau pun tidak di sengajakan. Mana satu? Entah lah. Yang mana menjadi pilihan, pilih jer lar. Penat bila fikir perkara ni. Bukan jer penat, bila teringat belik, kelakar pun ada. Malu pun ada. Hehehe

Fever. Fever adalah sesuatu yang semua nak elak. Tak dapat di nafikan lagi. kenapa la kita kena sakit ni kan? Hehehehe ujian tu. Nak tak nak kena lar hadapinya juga. Badan kalau asyik sihat pun tak boleh juga. Sometimes dia nak di manjakan juga. Sesekali kena ni baru la nak jaga semua, dan yang penting ingat kepada Yang Satu! Sebelum ni tunggang langgang, bila dah kena ni baru lar terfikir baik dan buruknya. Muhasabah diri namanya tu. Ok lah, sampai disni sahaja, no more idea dalam kepala aku ni. Yang difikirkan kalau boleh nak tidur jer sekarang. Hahahaha At least, berupdate la blog ni. Till next time. Ciao

aurafitra

Tuesday, June 21, 2011

What the hell am i thinking????

Salam,

What am i thinking??? Its been a shame what had happened to me a few days ago. Malu yang tak dapat rasanya nak di gambarkan. Not just that, i feel like i am the dumbest person alive at that time. Apa yang aku fikirkan pun aku tak tau. betul kata my auntie, wake up! This is a wake up call for me. Wake up! (will continue)....

Sunday, June 12, 2011

Berhabuk

Salam,

Its been a long time isn't? Argh, malas betul nak update benda alah ni. Tak tau kenapa semenjak dua menjak ni kemalasan bermaharajalela. Rasanya inilah tahap paling malas pernah aku hadapi, for this blog la. So, wuts up with me huh? Nothing much, walaupun macam-macam leh citer tapi semuanya same jer. Kebetulan aku dah bosing tahap gaban, sementara menunggu ke kenduri kazen kawin, dan setelah halwa telinga di penuhi dengan cerita yang entah apa, aku pun duduk la dalam bilik mengemas. Lepas mengemas bilik yang bersepah tahap gaban ni, apa lagi on la laptop ni. Kebetulan firefoz buat hal, so sekarang tgh un and install balik firefox. Sementara tu yang aku menjenguk bloh ni dan update. Hehehehe Ok lah, download pun dah habis, apa lagi operasi pun bermula. Hehehe Ciao, have a nice weekend though!

aurafitra

Tuesday, May 3, 2011

Malu

Salam,

Its been a while since my last update isn't it? Entah kenapa la aku malas betul nak update blog ni. Kalau nak letak alasan, bermacam-macam alasan boleh letak, tapi kita ni asyik dengan alasan. Cuba jangan mencari alasan dan cuba untuk memperbetulkan yang mana tak betulnya. Hai cakap boleh kan? Hahahaha. Apa isu yang hendak dikongsikan kali ini? 

Sejak dua menjak ni, ada la beberapa perkara yang berlegar, bermain di fikiran. Almaklumlah, keje di waktu malam sebenarnya banyak mengajar kita, banyak mendedahkan kita kepada realiti sebenar di luar sana. Dan aku sungguh terkejut, terharu, dan entah apa lagi yang bermain di fikiran memikirkan perkara yang entah patut atau tidak aku fikirkan. Dan yang paling mengejutkan, mereka dari sebuah negeri di sini yang mejadikan aku lebih hairan dan sedih kenapa perkara macam ni boleh berlaku di sebuah negara yang rata-ratanya semua umat Islam khusunya diari sebuah negeri yang terkenal dengan imej keislamannya. Di manakah letaknya nilai estetika kita sebagai umat Islam? Adakah ianya hanya sekadar nama, keturunan ataupun budaya? Jangan memalukan sebuah nama yang cukup agung di hadapan kebanyakan nama kita MOHD.

Dengan mudahnya sekarang umat Islam, orang melayu tanpa segan silu meminta untuk membeli minuman yang bukan sahaja memabukkan malah boleh membawa kepada perkara-perkara yang sungguh dahsyat berlaku tanpa kita sedari. Pilihan yang semestinya salah bukan lagi 100% malah tak mampu diungkapkan nilainya. Malu, sungguh malu aku bagi pihak mereka. Kenapa ini yang menjadi pilihan? Di mana penguatkuasa? Di manakah keadilan??? Bukan niat di sini untuk memalukan mana-mana pihak ataupun bersifat kenegerian, cuma itu yang menghairankan. Perbetulkanlah diri dan sedar di manakah letaknya diri kita ni. Malu sungguh memalukan.

Dan hari ini entah betul atau tidak, FBI most wanted people in the world, has declared by them dead. Not sure where the truth of that news, but whether it is true or not, i'm just hoping its bring something good to us. And i think thats all for today, perbetulkan lah diri dan tengok lah diri sendiri sebelum hebat mencanang itu dan ini. Iya, memang betul, lihat kepada apa yang di perkatakan jangan orang yang memperkatakannya. Tapi kita umat sekarang, nak tak nak dalam hati mesti tengok juga orangnya. Lumrah dan itulah sebenarnya.

aurafitra

Friday, April 1, 2011

Ubat Pedas!!!

Salam,

Just a short entry for today. Sambil-sambil online tu terfikir la juga nak update blog ni. Kebetulan ada sedikit idea yang berlegar di kepala (bukan bertakhta di hati), so kita ambil la kesempatan mengupdate! Kebetulan hari ini, aku kurang nak makan nasi, so ambik lah kesempatan menguji kerajinan aku masak maggie. Hahaha bukan susah pun kalau nak senang, tambah pulak, itu makanan ruji orang bujang dan malas, tapi aku bukan malas, rajin tu, kalau malas tak la aku masak maggie tu. Inilah maggie caraku, cara anda???

Bahan-bahan:
1) Maggie kari
2)Cili padi tiga ulas
3)Bawang Putih (kalau ada bawang merah masukkan, kebetulan tak jumpa bawangnya)
4)Serbuk lada hitam
5) Sos Cili
6)Telur (tapi tadi tak ada telur, habis kot atau pun mataku rabun hahaha)
7)Semangkuk air

Cara-cara:
1)Masukkan air secawan (bukan kopi secawan) di dalam kuali (periuk pun boleh)
2)Masuk kan cili padi dan bawang putih (setelah dihiris dan di ketuk). Biarkan sedikit mendidih
3)Masukkan serbuk lada hitam
4)Masukkan maggie dan tunggu 2 minit
5)Masukkan perencah dan gaul perlahan-lahan (kuat-kuat nanti terpercik pulak airnya)
6)Masukkan cili sos dan tunggu seminit, boleh di hidangkan.

Ini adalah cara aku, kalau anda? Hahaha kalau ikutkan betul cara aku, aku panaskan minya dulu, tumis bawang tu, tapi ada orang kata kalau pakai minyak bukan maggie namanya, itu dah tambah goreng belakangnya. Hahahaha sambung balik citer, makan punya makan, bukan main pedas lagi tergigit cili padi tu. Pergh, dah habis ni, cuba lar minum air masak pun x hilang. Sekali ternampak cadburi dairy milk kat dalam fridge, so amik lar, mana tau boleh hilang pedas. And, tanpa ku sedar, ianya berhasil!!!! Sungguh, mampu menghilangkan kepedasan yang sedang bermaharajalela di dalam mulut aku ni. Hahahahah



So kepada mereka yang sedang dan akan kepedasan, cuba lah petua aku ni, berhasil! Tapi air masak jangan lupa, minum la sikit Hahaha petua dari Fikri.. Fikir2kan dan selamat mencuba! 

aurafitra