Saturday, April 25, 2009

Kerana Dia Tambak Johor Menjadi Saksi

Part 1:



Hari ini bermula seperti hari-hari yang lain. Tidak ada bezanya dengan rabu yang lain sebleum ini. Walaupun telah melangkah memasuki bulan april meninggalkan jauh bulan march dari pandangan mata, rabu aku tetap berjalan seperti biasa, mengikut kehendak-Nya. Tiada kokokan ayam yang memecahkan suasana hening pagi membangunkan aku, tiada juga laungan jam loceng umpama tangisan bayi yang memekakkan telinga aku di pagi nie. Entahlar, seingat aku, walaupun sejauh planet Pluto aku cuba untuk mengingatinya, sudah bertahun rasanya aku tidak memiliki jam loceng sebagai peneman di pagi hari, mencelikkan mata setelah melayan mimpi yang entah apa. Mungkin itulah kecanggihan teknologi. Berjaya menghasilkan ‘handphone’ yg pada awalanya diluar jangkauan otak kita untuk memikirnya. Sudah hampir sedekad ia menjadi peneman membangunkan lena aku, mengambil alih tugas-tugas ‘si jantan’ yg sejak azali cuba membangunkan umat manusia, memecahkan gegendang telinga mereka. Dapat juga lar si jantan nie menyimpan suara merdu bak Leona lewis tue dari cuba memecahkan keheningan pagi sebelum fajar menerangi alam maya ini. Kadang-kadang kesian juga apabila mendengar kokokan si jantan nie. Bukan apa, bersusah paya dia berkokok nak gerak kita, sampai terdengar lar juga tune suara si jantan ni lari, tapi kita masih sedap melayan tdur dan mainan mimpi, cuba buat pekak. Kadang bukan cuba pun, dah memang pekak. Maklumlar tdur mati. Kalau bom jatuh kat sebelah pun tak sedar. Itulah manusia zaman sekarang. Yang mudah terangsang dengan keduniaan tetapi tidak langsung terangsang dengan Pencipta dan Sunnah nya.

Tanpa aku sedar, jam semakin laju menggerakkan jarumnya. Hampir menunjukkan jam 1 ptg. Waktu utk umat Islam menunaikan tanggungjawabnya juga semakin hampir. Nak tak nak aku terpaksa juga memaksakan diri utk bangun membersihkan diri. Maklumlar, rabu merupakan hari cuti bagi aku dan juga kawan-kawan seangkatan dengan aku. So, apa lagi, kebiasaan bila cuti nie malam umpama siang, siang umpama malam. Matahari menjadi bulan dan bulan menjadi matahari. Bukan sahaja tanggungjawab sebagai seorg Islam yg aku kena lakukan, tetapi terpaksa menghadiri ceramah dengan Bomba pada petang yg begitu cerah nie. Kalau nak ikutkan hati, betapa malasnya aku hendak menghadirinya. Tetapi memandangkan kehadiran di ambil dan lecturer yg mengajar aku boleh dikatakan agak ‘str8’, terpaksa lar aku menggagahkan diri menghadirinya. Harga yg perlu dibayar sebagai seorang pelajar. Suka atau tidak, terpaksa lar kita turutinya. Dengan hati yg rela. Semestinya ia bo memberikan kita apa yg kita inginkan. Sebagai seorg Islam. Bukankah menuntut ilmu itu juga seperti kita berjuang fisabillilah?? Selama ini begitu payah utk kita mencari dan mendapatkan sedikit pahala itu, ttp sbg student, betapa mudahnya kita utk memperolehnya. Semuanya terpulang kepada diri sendiri.

Sesudah habis menunaikan segala apa yg perlu dilakukan, sekali lagi bilik aku menjadi persinggahan mereka-mereka yg rapat dengan aku. Entah lar, apa yg ada kat bilik ini pun tak tau lar. Nak katakan kemas, herm kemas lar juga. Nak katakan wangi, tak lar sewangi mana. Glade pun sudah habis digunakan. “Mungkin juga kerana tuannya. Hehe kalau tak tuan bilik yg baik dan handsome nie, sapa lar yg sudi”. Hahaha Sempat lagi aku nak membangga diri kan. Bukan apa, bila lagi nak memuji diri sendiri kalau tak sekarang. Nak tunggu org lain, herm akibatnya kena tunggu sampai aku jadi NC lar gamaknya. Hahaha kalau boleh terguling, dah terguling aku ketawa berdekah-dekah. Nasib baik lar bilik aku nie kecik jer. Kalau sebesar padang bola UTM nie, ha confirm punya. Hehe Tak derlar, bilik aku sentiasa terbuka untuk semua. Semua dialu-alukan. Buat seperti bilik sendiri. “Pssttt.. yer lar awak lar tue. Cari org lain buat apa? Nak bagitau nie, mmg dah ada org buat macam bilik sendiri pun” hahahaha.



Dari yg berpakaian seragam polis@pegawai keselamatan UTM sehinggalar kepada yg memakai baju tshirt CK beharga RM160. Kalau nak ikutkan aku, boleh dapat empat ke lima lai baju tue. Tapi itulah, setiap manusia mempunyai citarasa berbeza. Ada yg hidupnya simple dan juga juga hidupnya ‘high maintainance’. Cuma bagi aku, cukuplar sekadar simple dan kemas selagi mana ianya menurut landasan yang dibenarkan. Begitu juga yg lain hendaknya. Sebelum masing-masing bergerak menghala ke destinasi masing-masing, kami dikejutkan dengan berita salah seorg daripada kawan kami telah dimasukkan ke hospital. Masing-masing menunjukkan riak terkejut yg tidak disangka-sangka. Walaupun aku yakin ada antara kami yang sudah mengetahuinya, tapi bila mendapat tau daripada mulut orang lain, rasa terkejut itu tetap wujud. Semua hilang kata-kata. Sebelum, bukan main masing-masing mengeluarkan hujah yg entah apa. Org sini kena, org sana kena. Tapi aku tau, semuanya hanya lar gurauan semata-mata. Nasib baik juga geng aku nie semuanya open minded. Sekali kena buat tak tau jer. Kalau lar semuanya jenis yg hatinya cepat terasa, gamaknya aku buat hal aku sendiri, ko buat hal ko.

Semua kata-kata dan hujah terhenti dengan sendirinya. Waktu yg berputar laju juga seperti terhenti tanpa dipinta. Masing-masing hanya kaku memandang antara satu sama lain. Mulut juga ternganga luas mengalahkan serombong asap kapal yg sedang berlayar. Tetapi sebaik sahaja jam kembali menggerakkan jarumnya, bermacam-macam perkataan yg keluar dari setiap mulut yg wujud di dalam bilik ini. Laju. Mengalahkan Alexis Bledel di dalam Gilmore Girls. Mengalah kan juga watak Zack di dalam Bones. Masing-masing ingin cuba bertanyakan soalan. Mengapa, bagaimana, apa, dimana dan entah apa lagi. Tetapi semua persoalan itu tidak dapat dijawab dengan sempurna kecuali empunya badan. Oleh itu, tanpa menunggu waktu utk kembali berhenti, kami semua bersepakat mengambil keputusan utk pergi melawat sebaik sahaja semua urusan masing-masing selesai. Bukankah melawat mereka yg sedang sakit ada lah wajib bagi seorg Islam itu?? Selepas juri mendapat kata putus dan dipersetujui oleh hakimnya (empunya kereta), kami memulakan langkah bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Ada yang perlu memanjat tangga mengalahkan tingginya tangga batu caves. Ada juga yg perlu membuat tawaf mengelilingi university kesayangan sebelum sampai ke tempat yg dituju. Semuanya memerlukan kesabaran terutamanya mereka yg bersaiz agak besar seperti aku. Bukan lar besar mana pun, cuma bmi tu kena kawal sikit. Tp, besar bukan sebarang besar, Gunung Rapat telah ku tawan. Hahaha.


(p/s: pesanan penulis. Ini bukannya novel, cerpen or seangkatan dengannya. Ini adalah CERITA KAMI. Menurut penulis, ianya hanyalah sekadar suka-suka dan menggunakan blog aku utk post kan. Ianya bukan rekaan, tetapi benar belaka. Cuma ditokok tambah sedikit. Terima kasih kepada penulis kerana berkongsi cerita di blog aku ni. )

0 comments: