Wednesday, March 30, 2011

Chocolate Day!

Salam,


Entah kenapa hari ini aku not in the mood lar. Rasa macam you know, bila malas datang, semua serba tak kena. Betul tak? Tambah pulak aku baru bangun tidur, lagi la malas aku nak buat semuanya. Itu yang akhirnya, aku memutuskan untuk keluar menikmati udara segar, tapi malangnya di KL ni, udara dah tak berapa segar. Almaklumlah, banyak sangat kenderaan kat kl ni. Tambah dekat tempat tinggal aku ni Sungai Buloh, lori bukan main banyak, tambah dengan jalan yang dah bukan macam jalan, lagi la teruk. Tapi nak tak nak, aku kena juga keluar, sebelum kemalasan aku bermaharajalela.

So, keluar punya keluar, lepas pergi bank (malangnya tak boleh kuar duit sepuloh, lima puloh jer boleh, terpaksa daaa) aku pun pergi la ke econsave, bertujuan hanya untuk memborong sedikit coklat. And i like it, walaupun rasa macam membazir jer. But thats is something that i like. Untuk menghilangkan stress dan tekanan, walawei stress dan tekanan beb, nak wat macam mana, kita nak gabungkan semua bahasa hahaha so inilah dia sedikit gambar coklat yang aku borong tadi. Enjoy the feel....








For make it clear, just read the article about chocolate, for real, manfaat chocolate sama dengan buah-buahan. I dont know whtether its true or just a myth, but thats what i have read in a magazine and i kinda believe that. Sebabnya? I love chocolate. Ok lah ciao.. gambate!

aurafitra

Tuesday, March 29, 2011

PWTC dan Window Shopping (Aku jer, Din tak)

Salam,

Apa khabar semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat hendakNya. Lupakan segala sengketa, lupakan segala duka, semoga minggu ini akan menjadi minggu yang terbaik! Tu dia intro, biasa lah kan di pagi2 macam ni, memang lar idea tu hilang entah kemana. Yang berada di fikiran, hanya lah bantal, katil, dan selimut. Di tambah kepenatan bekerja, actually bukan penat fizikal, tapi minda yang penat. Penat dengan semua yang berlaku. Itu sebab aku suruh lupakan semuanya, dan make it this week the whole new! hahaha 

N3 kali ni hanya nak tunjukkan beberapa gambar yang di ambil ketika aku dan kawan pergi BNYOUTHJOBFAIR ahad yang lepas aka semalam lah. Di sebalik tu, ada kisah yang nak aku ceritakan. Kebetulan dekat sana ada lah suruhanjaya pilihanraya, so nak tak nak, kerana rasa tanggungjawab aku pun daftar lah sebagai pengundi (baru nak daftar, bertanggungjawab sangatlah kan) hahaha. Tengah isi borang sekali, borang keahlian menjadi ahli ....... pun ada. Aku cakap la kat kawan aku, aku ni tak sure mana sidenya. So tak bo nak isi. Tapi kalau tak isi, tak boleh pulak. Nak tak nak isilah aku. Dan dengan rasminya, entah rasmi ke tak, aku pun tak tau, maka jadilah aku ahli .... hehehe apa yang penting? Bukan setakat kerjasama, tapi undi anda adalah rahsia! Oklah ini adalah gambar-gambar sekita di sana.


















Ops, gambar bungai tu di SOGO. AKu hanya window shopping, kawan aku yang memberli aka shopping. Tengah pokai, biasa lah kan, hujung bulan. hehehe So inilah antara gambar yang mampu aku uploadkan. Till next time. Remember, lupakan semuanya, buat dek jer de... hahaha copycat. See ya  and have a nice week ahead!

aurafitra

Thursday, March 24, 2011

Entry di pagi hari

Salam,

Twice a week ok! Manakah janjimu.. bukan janji manis mu. Hahaha.. apa la aku merepek di pagi hari ni kan? Actually tengah menunggu untuk dipanggil oleh Tok aka nenek aku nak teman pergi beli barang dapur. Nak cakap ikan macam kurang sesuai, so nak tak nak sementara tunggu tu, update la juga. So, what's new? Nothing to say, although there are a lot of things happened for the last few days. Its not that nice to say in here, so let me keep it to myself lar. Baik tak payah bagitau kalau macam tu, tapi nak buat macam mana, dah itu yang tertulis. Itulah masalahnya, kalau kita 'bergerak' dahulu tanpa berfikir baik dan buruk. Sesetengah orang tak berfikir dalam bertindak, kekadang aku pun macam tu. Thats why sekarang, nak tak nak, we need to think carefully before we speak or do something. Yer lar, nak elakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Kekadang, perkara yang tidak diingini ni yang berlaku membuatkan hidup terumbang ambing. 

Baru jer tadi rasanya aku mempunyai idea nak tulis apa kat sini, tapi sekali dah berangan, hilang semuanya. Herm, berfikir dan berfikir dan apa yang aku nak tuliskan, aku bersyukur dengan apa yang aku ada hari ni. Mungkin hari ni macam ini takdirnya untuk aku, tapi in the future sapa yang tahu. Manusia, kadang-kadang tak lari dari mengangisi nasib yang mereka kena tempuh, tapi kena lah ingat, kalau kita macam ni, ada mereka yang lebih teruk dari kita. Aku pun pernah begitu, tapi kesedaran membantu aku dalam menghadapi kehidupan seharian dan yang mendatang. Nasib, dah ditentukan olehNya, tapi kita kena lah berusaha mencarinya. Dia lebih berkuasa dan mengetahui apakah yang terbaik untuk kita semua. Apa yang mampu kita lakukan, mintalah yang terbaik bukan sahaja untuk kita malah untuk family secara umumnya. Nak tak nak, ianya berkaitan dengan family juga kan? 

Menangis. Mungkin air mata lelaki begitu mahal bagai emas permata berlian semua lah. Agaknya sifat lelaki yang agak ego itu yang menjadikan air mata mereka begitu mahal. Tak salah kita menangis kerana mengangis itu bukan menunjukkan sifat yang lembut untuk seseorang lelaki itu, sebaliknya, ia menunjukkan sifat lain di sisi lelaki itu. Dan ingat lah, 'kita bermula dengan menangis dan berakhir dengan tangisan'. Permulaan kita merasa kehidupan di dunia dengan kita menangis, dan berakhirnya kehidupan kita di muka bumi ini juga dengan tangisan. Bukan sahaja tangisan kita, tetapi orang dikeliling kita. Jadi tak salah menangis ok wahai kaum adam. 

Akhirnya, memandangkan sekarang siang hujan, malam pun hujan, maka berhati-hati lah anda di jalan raya. Kalau boleh elak hujan tu, elaklah, untuk kesihatan diri. (sebenarnya dah tak ada idea, nk tulis pasal moto, tak reti sangat, ha ni lagi satu untuk clarify semua, motor itu pilihan orang tua saya yer, bukan saya, tapi menerimanya dengan redha). Apa2 pun, have a nice day

aurafitra

Saturday, March 19, 2011







Thursday, March 17, 2011

WVB 3441

Salam,

Happy news! I just bought a new motorcycle, and it is become my first and ever motorcyle, under my name!!!! Wah, very excited lor. Teruja yang amat. And satu lagu sejarah tercatat di dalam kamus hidup insan bernama Fikri, drive for the first time dekat highway. Lesen full belum dapat lagi tu. redah saja. Hahaha banyak sejarah terjadi hari ni. 

Cuba untuk transfer gambar dari handphone ke laptop ni, tapi tak berjaya pulak. Nak tak nak terpaksa lar menamatkan n3 untuk kali ini. Kalau dah masuk tu, boleh lar juga bercerita itu dan ini. Hehehe. Memandangkan aku terpaksa bersengkang mata malam ini, terpaksalar berundur diri. Nan tak nak, terpaksa memaksa diri untuk tidur di siang hari. WVB 3441, itulah nombor yang di daftar atas motor aku? Senang tak nak ingat?????

aurafitra

Monday, March 14, 2011

Tsunami di Japan!

Salam,

Fisrt N3 for this week. Cuba untuk merialisasikan apa yang telah azamkan pada N3 sebelum ini. Dahsyat! Dan baru-baru ni kita dikejutkan dengan malapetaka yang melanda Jepun. Tsunami! Sungguh menggerunkan setiap kita yang mendengarnya! Salam takziah saja yang mampu saya utarakan. Tsunami! Merupakan satu bencana alam yang sungguh dahsyat, tanpa mengira masa, tanpa sebarang amaran, aianya datang begitu sahaja.Walaupun negara secanggih jepun yang sentiasa bersedia dgn segala bencana, tapi masih tak mampu sebenarnya melawan kuasa alam semesta yang begitu dahsyat sekali.


Bayangkan kalau kita yang kena, macam mana? Nauzubillah! Minta di jauhkan. Bukan lah minta tapi alangkah bagusnya kalau kita sentiasa bersedia dengan segala macam bencana. Dan bersyukurlah kerana negara kita jauh dari lingkaran api pasifik! tetapi taukah anda, negara manakah yang paling kerap di landa gempa bumi? Bukan tsunami. Nak tak nak, kedua2 benda ni berkaitan kan?

So, besyukurlah kerana kita menjadi rakyat Malaysia, tanah yang aman lagi damai, semangat patriotik kita sepatutnta kena ada. Tetapi kenalah ingat, kita hanya menumpang sementara di bumi yang fana ini, nak tak nak wajib bagi kita bersyukur selagi mana kita berdiri di tanah yang gersang ini. Perjalanan masih jauh dan dunia sanalah dunia yang kekal abadi!

aurafitra

Saturday, March 12, 2011

Buy Online

Salam,

Hari ni dan saat ini, nak tak nak aku kena juga berusaha untuk menjadikan blog ini salah satu daripada blog yang sentiasa berupdate. Mempunyai blog sebenarnya merupakan satu cabaran dan memerlukan komitmen yang tinggi, bukan hanya sekadar 'trend' orang lain ada blog, kita pun nak juga. Tapi usaha dalam berblog tiada. baik tak payah kan? So, bila aku terfikir begitu, pergh, bak aku yang terketuk kepala sendiri. Nak tak nak, have to act now, not later or tomorrow. 

So untuk hari ni, terfikir nak tulis berkenaan pembelian secara online ni. Secara jujurnya, i dont really believe in buying online. Banyak yang difikir, dan kebanyakannya negatif. Maybe itu cara aku berfikir, suka memikirkan kesan buruk dari baik untuk sesuatu perkara. I'm working on that, trying to change the way i think. Takes time, but i will. So, nak tak nak, hasil dari keterpaksaan, terpaksalah aku menggunakan medium yang satu ini dalam membuat pembelian. Kenapa terpaksa? Mencari senaskhah novel di sini cukuplah susah. Dalam beberapa hari mencuba untuk mencari, tidak membawa apa hasil akhirnya, terpaksalar menggunakan medium yang satu ini. Dan inilah hasilnya!!!!


Just within two days, apa yang di hajatkan sampai. Pergh, i was suprised by that actually. Tak expect yang ianya akan secepat itu, and it was under good condition you know. Hahaha first experience dan ianya menunjukkan hasil yang baik, nak tak nak kenalah admit, it was good dan bolehlah buat yang kedua. Always nak compare macam mana dia punya service. 

Ini sebenarnya merupakan satu kemudahan yang sepatutnya tidak di abaikan oleh kita semua. Try to use it, tapi rasanya untuk benda-benda yang macam ni oklah, yang lain, rasanya terpulang kepada individu dalam menilainya. Tapi it was good. Only the cost is higher than actual price. Mestilah, habis tu shipping cost macam mana. Tapi kalau free delivery sevice kan bagus. Hahahaha oklah, itu saja untuk hari ni, and i will try my best tp update twice a week. Thats a promis to myself. ANd have a nice weekend. 


aurafitra

Saturday, February 26, 2011

Tanpa Gagal

Salam,

Its been a while since aku tak update blog ni. Tapi hari bukan lah nak update pasal 'nama di beri' coz nama  panggilan aku tak ada specialnya. Dari kecik nama diberi begitu, sampai kebesarlah orang panggil nama aku tu. So nothing special yang boleh diceritakan berkaitan dengan nama panggilan yang boleh membuatkan orang tergelak sampai terguling-guling. Haha, tapi n3 kari ini hanya lah sekadar memenuhi kehendak hati yang ingin update blog ni daripada minggu lepas lagi tapi sehingga lar saat aku menaip tadi, ada saja gangguan yang menghalang. Macam biasa lah gangguannya kan? MALAS. 

Tanpa Gagal. Kenapa tiba-tiba tajuk tu yang aku tulis kat atas tu. Entah, terlintas dengan sendirinya tatkala aku sedang menikmati taufu fa di pagi hari. Adakah kenikmatan taufu fa yang memberi aku ilham akan tajuk ini? Tanpa gagal aku harus menghabiskan taufu fa yang sungguh enak ini! Rugi lah kalau tak habis kerana sesungguhnya pembaziran itu bukan lah sifat orang terpuji malah mereka bersaudara dengan syaitan, nauzubillah! Minta di elakkan. Makanya kali ni, apa yang akan tertulis di bawah ini, maybe tak ada kaitannya dengan tajuk yang di tulis di atas. 

Memikirkan apa yang hendak di tulis ni sebenarnya susah juga. Kalau dah tak ada idea tu tak ada idea juga. Macam mana lah seorang penulis boleh menghasilkan sebuah buku yang panjang berjela? Tabik hormat dekat mereka yang boleh mencurahkan pelbagai idea di dalam sebuah naskhah yang dinamakan buku. Termenung! Termenung adalah merupakan satu penyakit atau habit? Adakah ianya bad habit atau just habit, tetapi bukan just harry. Apabila seseorang itu berada di satu alam yang lain (alam yang lain?) hasil daripada ketidaketahuan untuk melakukan sesuatu, mereka akan cenderung untuk termenung sambil memikirkan apa yang hendak di lakukan atas sesuatu tugas atau kerja yang sedang di lakukan. 

Entah apa yang aku merepekkan pun aku tak tau. Oklah, usaha aku untuk medapatkan idea nampaknya gagal. Di lain hari mungkin aku akan update sesuatu untuk blog ini. Ciao, salam and happy weekend!

aurafitra

Sunday, February 6, 2011

Penantian SATU PENYEKSAAN

Salam,

Penantian itu satu penyeksaan! Memang betul kata orang tua dahulu kala, memang menyeksakan apabila kita di takdirkan untuk menunggu. Sungguh bijak pemikiran mereka sehingga kita masih menggunakan istilah dan pepatah mereka yang terlebih dahulu makan garam dari kita. Sedar atau tidak, sepanjang hidup kita ni memang akan sentiasa menunggu dan menunggu. Nak tak nak, terpaksa hadapinya samada kita boleh berhadapan dengannya atau sebaliknya kita yang tersungkur dengan menunggu. Tengah 'menunggu' tadi sambil perkena teh ais, aku terfikir, menunggu memang menyeksakan tetapi seksaan itu bukan hanya pada waktu itu tetapi untuk kemudian hari, setelah menempuh alam kehidupan yang lain. Sedar kah kita akan hakikat itu? Rasanya, kita kadang hanya mampu memperkatakan akan penyeksaan itu tanpa kita sedari ianya akan memberatkan amalan di sebelah kiri ni.

Cuba kita fikir, dah lah dengan menunggu menyeksakan batin dan sanubari, di tambah dengan maki hamun yang keluar dari mulut kita ni, mana tak nya. Memanglah menempah bala di kemudian hari jer. Cuba la kalau menunggu tu di sulami dengan kesabaran, maka semua itu tidak akan berlaku. Tapi siapalah aku terutamanya dan kita umumnya di tambah umat zaman sekarang, cukup laju bagai air sungai yang mengalirn keluarnya kata-kata yang tanpa kita sedar akan keluarnya kata-kata yang entah apa. Itu belum hati yang entah apa kita carutkan kerana hanya menunggu. Memang betullah penantian itu satu penyeksaan. Bukan sahaja penyeksaan present tapi di future yang nak tak nak terpaksa kita hadapi akan balasannya. Tapi kenapa kah kaum kita aka aku ni terkenal dengan tak pernah on-timenya? Adakah itu hakikat atau hanya sekadar mainan bibir? Janji Melayu.. Kadang-kadang sedih sebab yang masih memperkatakannya kita kaum Melayu sendiri juga. Tak semua macam tu dan hakikatnya kita sudah semakin berubah kerana masih ramai yang tidak suka menunggu dan membuat orang menunggu. Berubah demi masa depan!

aurafitra

Wednesday, February 2, 2011

Chinese New Year

Salam,



Happy Chinese New Year! Gong Xi Fa Cai! Hahahaha Rindunya lama tak dapat limau dari my best friend. Hahaha Kalau tidak, every chinese new year for the past three years, mesti dapat limau punya. Satu kotak. Keyang sampai tak larat dah nak makan. Rindunya time-time macam tu. Tapi sekarang pun dapat juga, cuma dari mak cik aku lar dia dapat kat tempat keje dia. Huhu Apa-apa pun happy chinese new year, to all my friends and semua yang menyambutnya. May this year brings a lot of happiness and prosporeos.


aurafitra