Saturday, April 25, 2009

Kerana Dia Tambak Johor Menjadi Saksi

Part 1:



Hari ini bermula seperti hari-hari yang lain. Tidak ada bezanya dengan rabu yang lain sebleum ini. Walaupun telah melangkah memasuki bulan april meninggalkan jauh bulan march dari pandangan mata, rabu aku tetap berjalan seperti biasa, mengikut kehendak-Nya. Tiada kokokan ayam yang memecahkan suasana hening pagi membangunkan aku, tiada juga laungan jam loceng umpama tangisan bayi yang memekakkan telinga aku di pagi nie. Entahlar, seingat aku, walaupun sejauh planet Pluto aku cuba untuk mengingatinya, sudah bertahun rasanya aku tidak memiliki jam loceng sebagai peneman di pagi hari, mencelikkan mata setelah melayan mimpi yang entah apa. Mungkin itulah kecanggihan teknologi. Berjaya menghasilkan ‘handphone’ yg pada awalanya diluar jangkauan otak kita untuk memikirnya. Sudah hampir sedekad ia menjadi peneman membangunkan lena aku, mengambil alih tugas-tugas ‘si jantan’ yg sejak azali cuba membangunkan umat manusia, memecahkan gegendang telinga mereka. Dapat juga lar si jantan nie menyimpan suara merdu bak Leona lewis tue dari cuba memecahkan keheningan pagi sebelum fajar menerangi alam maya ini. Kadang-kadang kesian juga apabila mendengar kokokan si jantan nie. Bukan apa, bersusah paya dia berkokok nak gerak kita, sampai terdengar lar juga tune suara si jantan ni lari, tapi kita masih sedap melayan tdur dan mainan mimpi, cuba buat pekak. Kadang bukan cuba pun, dah memang pekak. Maklumlar tdur mati. Kalau bom jatuh kat sebelah pun tak sedar. Itulah manusia zaman sekarang. Yang mudah terangsang dengan keduniaan tetapi tidak langsung terangsang dengan Pencipta dan Sunnah nya.

Tanpa aku sedar, jam semakin laju menggerakkan jarumnya. Hampir menunjukkan jam 1 ptg. Waktu utk umat Islam menunaikan tanggungjawabnya juga semakin hampir. Nak tak nak aku terpaksa juga memaksakan diri utk bangun membersihkan diri. Maklumlar, rabu merupakan hari cuti bagi aku dan juga kawan-kawan seangkatan dengan aku. So, apa lagi, kebiasaan bila cuti nie malam umpama siang, siang umpama malam. Matahari menjadi bulan dan bulan menjadi matahari. Bukan sahaja tanggungjawab sebagai seorg Islam yg aku kena lakukan, tetapi terpaksa menghadiri ceramah dengan Bomba pada petang yg begitu cerah nie. Kalau nak ikutkan hati, betapa malasnya aku hendak menghadirinya. Tetapi memandangkan kehadiran di ambil dan lecturer yg mengajar aku boleh dikatakan agak ‘str8’, terpaksa lar aku menggagahkan diri menghadirinya. Harga yg perlu dibayar sebagai seorang pelajar. Suka atau tidak, terpaksa lar kita turutinya. Dengan hati yg rela. Semestinya ia bo memberikan kita apa yg kita inginkan. Sebagai seorg Islam. Bukankah menuntut ilmu itu juga seperti kita berjuang fisabillilah?? Selama ini begitu payah utk kita mencari dan mendapatkan sedikit pahala itu, ttp sbg student, betapa mudahnya kita utk memperolehnya. Semuanya terpulang kepada diri sendiri.

Sesudah habis menunaikan segala apa yg perlu dilakukan, sekali lagi bilik aku menjadi persinggahan mereka-mereka yg rapat dengan aku. Entah lar, apa yg ada kat bilik ini pun tak tau lar. Nak katakan kemas, herm kemas lar juga. Nak katakan wangi, tak lar sewangi mana. Glade pun sudah habis digunakan. “Mungkin juga kerana tuannya. Hehe kalau tak tuan bilik yg baik dan handsome nie, sapa lar yg sudi”. Hahaha Sempat lagi aku nak membangga diri kan. Bukan apa, bila lagi nak memuji diri sendiri kalau tak sekarang. Nak tunggu org lain, herm akibatnya kena tunggu sampai aku jadi NC lar gamaknya. Hahaha kalau boleh terguling, dah terguling aku ketawa berdekah-dekah. Nasib baik lar bilik aku nie kecik jer. Kalau sebesar padang bola UTM nie, ha confirm punya. Hehe Tak derlar, bilik aku sentiasa terbuka untuk semua. Semua dialu-alukan. Buat seperti bilik sendiri. “Pssttt.. yer lar awak lar tue. Cari org lain buat apa? Nak bagitau nie, mmg dah ada org buat macam bilik sendiri pun” hahahaha.



Dari yg berpakaian seragam polis@pegawai keselamatan UTM sehinggalar kepada yg memakai baju tshirt CK beharga RM160. Kalau nak ikutkan aku, boleh dapat empat ke lima lai baju tue. Tapi itulah, setiap manusia mempunyai citarasa berbeza. Ada yg hidupnya simple dan juga juga hidupnya ‘high maintainance’. Cuma bagi aku, cukuplar sekadar simple dan kemas selagi mana ianya menurut landasan yang dibenarkan. Begitu juga yg lain hendaknya. Sebelum masing-masing bergerak menghala ke destinasi masing-masing, kami dikejutkan dengan berita salah seorg daripada kawan kami telah dimasukkan ke hospital. Masing-masing menunjukkan riak terkejut yg tidak disangka-sangka. Walaupun aku yakin ada antara kami yang sudah mengetahuinya, tapi bila mendapat tau daripada mulut orang lain, rasa terkejut itu tetap wujud. Semua hilang kata-kata. Sebelum, bukan main masing-masing mengeluarkan hujah yg entah apa. Org sini kena, org sana kena. Tapi aku tau, semuanya hanya lar gurauan semata-mata. Nasib baik juga geng aku nie semuanya open minded. Sekali kena buat tak tau jer. Kalau lar semuanya jenis yg hatinya cepat terasa, gamaknya aku buat hal aku sendiri, ko buat hal ko.

Semua kata-kata dan hujah terhenti dengan sendirinya. Waktu yg berputar laju juga seperti terhenti tanpa dipinta. Masing-masing hanya kaku memandang antara satu sama lain. Mulut juga ternganga luas mengalahkan serombong asap kapal yg sedang berlayar. Tetapi sebaik sahaja jam kembali menggerakkan jarumnya, bermacam-macam perkataan yg keluar dari setiap mulut yg wujud di dalam bilik ini. Laju. Mengalahkan Alexis Bledel di dalam Gilmore Girls. Mengalah kan juga watak Zack di dalam Bones. Masing-masing ingin cuba bertanyakan soalan. Mengapa, bagaimana, apa, dimana dan entah apa lagi. Tetapi semua persoalan itu tidak dapat dijawab dengan sempurna kecuali empunya badan. Oleh itu, tanpa menunggu waktu utk kembali berhenti, kami semua bersepakat mengambil keputusan utk pergi melawat sebaik sahaja semua urusan masing-masing selesai. Bukankah melawat mereka yg sedang sakit ada lah wajib bagi seorg Islam itu?? Selepas juri mendapat kata putus dan dipersetujui oleh hakimnya (empunya kereta), kami memulakan langkah bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Ada yang perlu memanjat tangga mengalahkan tingginya tangga batu caves. Ada juga yg perlu membuat tawaf mengelilingi university kesayangan sebelum sampai ke tempat yg dituju. Semuanya memerlukan kesabaran terutamanya mereka yg bersaiz agak besar seperti aku. Bukan lar besar mana pun, cuma bmi tu kena kawal sikit. Tp, besar bukan sebarang besar, Gunung Rapat telah ku tawan. Hahaha.


(p/s: pesanan penulis. Ini bukannya novel, cerpen or seangkatan dengannya. Ini adalah CERITA KAMI. Menurut penulis, ianya hanyalah sekadar suka-suka dan menggunakan blog aku utk post kan. Ianya bukan rekaan, tetapi benar belaka. Cuma ditokok tambah sedikit. Terima kasih kepada penulis kerana berkongsi cerita di blog aku ni. )

Amazing

Something Natural in Hafita , Russia

It happens every 5 min; and is 30 meters in height












(p/s: kredit dekat member yg forwardkn email dia. Just want to share this incredible pics. Hope u all like it. Chow)

m fikri


Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.ALMuddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: 'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.'

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.'

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


m fikri



Sunday, April 19, 2009

New Proton EXORA

Salam,

This is a new set of pictures of Proton Exora i've got from my frenz. To b honest it’s quit ok though. I'm not vr into this staff., but i'm gonna say for the vr 1st time, i'm IMPRESSED with this. So congrats Proton. ;)


Beautiful...



Ok..




Nice...




Woo..


The difference...

m fikri



Thursday, April 16, 2009

The WORSE sem EVER!!

Salam,


Terbukti!! Bukan sekadar gurauan atau khayalan. Semuanya telah menjadi kenyataan. Apa yg selama nie aku takutkan sepertinya akan muncul. Inilah antara semester yg paling teruk pernah aku hadapi. Tak pernah rasanya aku merasai seperti mana yg sedang aku rasa. Semuanya serba tidak kena sem nie. Apa nak jadi pun aku dah tak tau. Final exam just around d corner. Tp, satu apa pun buku aku tak sentuh lagi. Dah lar macam tue, tak study, bila ada mood nak study sekali berita yg paling aku n kawan2 takut keluar. Carrymark utk paper OSHA keluar. OMG. Betul-betul membuat aku terkedu. Mmg mencata sejarah. Sejarah hitam. Tidak sampai seminggu aku mendapat berita pemergian arwah, yg nie pula muncul. Mmg bencana betul. Separuh jer dr carrymark tue. Its unbelievable. Mmg sukar utk mempercayainya. Tp itulah hakikat. Betul2 membuatkan aku 'down'. I'm just down. Salah siapa??? Aku??? Mayb.. Pensyarah??? Mustahil. (I'm trying 2 b nice here). Tak payah nak cari salah siapa. Mmg salah diri sendiri. Aduh. Terjatuh aku. Betapa susahnya nak bangun kembali.


Final mmg sgt dekat. Kalau dihitung, cukup-cukup bilangan jari tangan aku nie utk mengira. Genap 10 hr lagi dr hr nie b4 1st paper. Its sucks though. Really!!! Jusk like i'm going somewhere dark. Vr duck. Dah tak tau kat mana should i'm heading 2?? Its crazy.. but not crazy LOVE. Haha. !st paper will b on april 26. Followed by next day, 27. WTH??? Takkan tak reti susun jadual. Boleh pulak star8. Walaupun hakikatnya mcm aku tak biasa star8 nie. tp dah keadaan macam nie jauh di sudut hati aku nak sgt ada 'gap' so aku leh catch up balik subjek tue jer. Mmg kalau nak diikut. Susunan jadual pekse kitaorg mmg tak pernah nyer best. Sama ada terlalu dekat atau terlalu jauh... (tak reti buat ker???)

Dah lar. Aku post kali nie pun bukan nya bo ubah apa2. Semuanya berbalik pada diri sendiri. Kalau nak ubah, kita lar kena ubah. Org lain tak bo nak ubah kita. Ini sekadar medium utk aku luahkan apa yg aku rasa. I dont give a shit kat sapa2 yg fikir entah apa2 entah mamat nie. Lantak korg lar. I'm tired. Tired dah to look after what people say bout me. I'm DONE!!! Yg pntg, skrg AKU. AKU adalah AKU. Haha

Apa-apa pun aku just wish member2 kat UTM SKUDAI nie yg nak final, GOOD LUCK. Hope luck with us. Just left whatever yg mengganggu behind. Ceh pandai lak aku nak bg advise. Sendiri pun tak teradvise. Yg dah final year tue, herm sedih la pulak. Korg dah habis. Aku nie masih mnjd penghuni setia UTM. Bukan extend tau. Peringatan tue. :) Dan juga kepada member2 serata tanah air dan dunia.


(Salah satu cara lepas 'bebanan' huhu)


(Secara jujurnya pun aku tak tau apa aku merepek. OSHA nie mmg bikin gua panas betul. One more thing, i'm just being vrrrr NICE here. Td terbaca org yg tulis blog nie berbahaya. Tak pasal kena masuk court nanti. Baca dalam berita harian.Terpaksa lar. Herm.. tp kena juga kan luahkan apa kita fikir. Just secong thought from kita sebagai manusia nie. Demokrasi kan?? Bebas bersuara.. Tp bebas pun biar lar berpada2. Jgn menjatuhkan, mengaibkan sesuatu pihak)


m fikri