Thursday, September 30, 2010

My Convocation

Salam,


Just short n3 for today. I have a lot to say actually, but becoz of  time constraint, nothing much i can do. Hehehe so wuts up? Just back from my convocation on monday and it was a blast. Be there, togeher with all my family, family angkat, and friends of coz it's just amazing. I cant ask for more especially during my convocation. So i'm going to get my life back on track. And pray for the best. Amin


My family

 


aurafitra

Thursday, September 23, 2010

201/GRADUATION/HARI RAYA

Salam

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Tak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang bertamu di blog ni. Its been a while actually i didnta post anything in here. Hahaha Sedar tak sedar ini dah merupakan post yang ke 201 untuk blog ni.


Wut, 201???? Belive or not, yeah, it is my 201 post today. Sejak aku mula berjinak-jinak dengan dunia blog ni, rupanya2 dah sebanyak ini aku post di blog ni. Entah apa-apa jer lar yang aku merepekkan di sini kan selama ni? Hahaha dulu awal-awal, semangat jer nak update blog ni, sejak kebelakangan ni lain dah jadinya. Betulla kata orang, semua yang kita lakukan memerlukan konsisten. Jangan hanya berombak di tepi pantai (apa kena mengana entah, itu yang terfikir, taip jer lar). Awal-awal semuanya 'manis' tapi bila dah lama-lama, 'masam' la jadinya. Bukan begitu? Hehehe dah stuck dah actually, tak tau nak update pasal apa.

Convocation



After 3 years of hardwork, assignments and all the works, i'm officially graduating this monday. Yeah.. yeah... yeah.. 3 years, long enough to teach me how this life actually.
Banyak yang berlaku sepanjang 3 tahun ni. Happiness, sadness, geram dan semuanya lar ada sepanjang belajar ni. Dan ada juga keadaan di mana tiba satu masa yang i had enaugh! Cant hold it any longer and its shows. Hahaha bila teringat balik, kelakar juga. Tapi itulah hakikatnya. Belajar bukan senang, susah sebenarnya. Tapi akhirnya, me and my friends graduating this monday. Congrat guys. Its paid off for what we've been through together. Forget all the sadness and enjoy this weekend! Hahahaha

To be honest, i dont know my feeling. Part of me, i'm happy to attend this graduation. Another part of me,
rasa malasnya nak pergi malam ni (i'm off to Skudai tonight). Banyak persediaan yang perlu di lakukan, and i havent done anything yet. Hahaha Malas betul rasanya. Tapi tak apa lah, just pergi jer, apa yang terjadi kemudian redha jer. Hahaha

Oklah, i dont have any idea to write down today. I'm going upstaurs, packing my bag, and relax wait till this evening before i'm heading to johor, again after a while. Hehehe So ciao.. wish me all the best.

aurafitra

Friday, September 3, 2010

Kentang Putar, bukan sebarang Putar

Salam,

Beberapa hari sahaja lagi kita nak menyambut syawal. Tak sabar rasanya, bukan apa, boleh makan di siang hari balik. Hehehe nak buat macam mana, sah-sah aku ni pelahap orangnya. Jujur tu bagus, tak payah nak hipokrit. I hate hypocrite! Say no to that. Be yourself instead of what people are gonaa say abaout you. Let them be. Orang kalau dah tak tau nak buat apa, itulah kerja nya. Asyik nak sibuk akan hal orang lain. Ini lah, itulah, ish.. really dont like that.

Tapi entry kali ni bukan berkenaan itu, ini berkenaan satu juadah berbuka yang agak unik aku jumpa di bazar Ramadhan. So aku cerita lar dekat kawan aku, dia pun tertarik dan suh aku letak gambar dalam blog ni. Tapi rasa macam dah habis. Mungkin rezeki aku, buka tudung saji, ada lagi juadah tu, walaupun tinggal sikit. So inilah gambarnya.





So inilah bentuknya kentang goreng tu. Yang pasti cuba bayang kan, ada lidi ditengah2 kentang itu. Quite unic bukan? hehehe So apa kata anda mencubanya.. walaupun just ordinaru photatoas, its interesting and unique. hhahaha Ciaw

aurafitra



Tuesday, August 31, 2010

Kuih SOM-SOM (our way)

Salam,

Hari ni genap sudah 21 hari kita menyambut ramadhan almubarak. Ini bermakna tidak sampai 10 hari, kita akan sama-sama menyambut hari lebaran yang di nanti-nanti, terutama kanak-kanak. Kita yang sudah dewasa ni, menyambutnya dengan alar kadar sahaja. Begitu juga dengan aku. Tapi entry kali ni bukan lar berkenaan dengan 10 malam terakhir ramadhan, tetapi seperti tajuk yang tertera di atas. Hehehe, kuih som-som versi family aku. Ejaannya sum-sum atau som-som pun aku tak pasti. Disebabkan seorang rakan di BP eja som-som, aku pun ikut jer lar. Nak buat macam mana, aku ni sedikit jahil akan nama-nama kuih ni, apatah lagi ejaan nya. So inilah sedikir gambarnya.

1. Sebaik keluar dari Peti Ais



2. Air Gula.. (black sugar)


3. Masukkan gula



4. Setelah gula di masukkan, inilah bentuknya



5. Apalagi, makan lar hahaha



Inilah rupanya kuih som-som. Selamat mengenal kepada yang tak kenal. Hehehe bon apetite!

aurafitra

Sunday, August 15, 2010

Puasa

Salam,

Hari ni merupakan hari ke 5 umat islam seluruh dunia berpuasa. Tinggal dalam s3 hari lagi untuk kita menyambut hari raya dan tamatnya bulan puasa ni. Adakah bulan puasa ni di sambut dengan sepatutnya? Entah lah, aku rasa masih jauh dari landasan untuk betul-betul mengimarahkan bulan ini. Bulan yang hanya setahun sekali sepatutnya perlu di sambut dengan meriah dan di nanti-nanyi dan memenuhkannya dengan amal ibadah, adakah kita tergolong dalam golongan ini? Tepuk dada tanya diri sendiri. Jawapannya memang sudah berada di dalam diri kita sendiri, sedar atau pun tidak.

Ada juga antara kita mengambil kesempatan di dalam bulan puasa ini untuk menurunkan berat badan yang terlebih sini dan sana. Persoalannya, adakah ini niat yang betul? Entah, aku pun tidak tahu jawapannya. Bagi aku, itu adalah merupakan salah satu kelebihan berpuasa andainya kita melaksanakan dengan betul. Selain daripada menurunkan berat badan, berpuasa seperti yang di ketahui juga adalah baik untuk kesihatan setelah setahun kita memenuhkan dalaman kita dengan pelbagai makanan, kan? Aku bukan lah arif sangat, sekadar terlintas di fikiran, aku tulislah. Bagi aku, entah lah, samada berjaya atau tidak turunkan berat yang sudah berlebih ni, tunggu dan lihat jer. Harap-harap dapatlah turun sedikit, walaupun tak banyak. Ia kemudiannya, dapat melatih aku mengawal nafsu makan, walaupun aku rasakan aku ni bernafsu terhadap makanan (hahahaha).

Puasa kali ini juga di Malaysia terutamanya, seperti dikatakan di dalam akhbar, cuacanya sedikit sejuk sebab berlaku di dalam musim angin monsun barat daya (betulke). Adakala rasanya betul juga, sebab angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan hujan di malam hari. Kadang-kadang panasnya boleh tahan juga. Tapi itulah salah satu dugaan berpuasa. Bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga, malah terpaksa menempuhinya di tengah-tengah cuaca yang agak panas. Cubaan bagi umat Islam seluruh Malaysia dan negara-negara yang berada di iklim khatulistiwa. Hehe Geografi pun leh masuk.

Puasa kali ini, aku menyambut penuh di rumah, berbanding puasa tiga tahun lepas yang mana aku masih bergelar pelajar dan menyambutnya di sana. Suasananya tentulah berbeza. Yang pastinya, duit aku tidak perlu keluar untuk membeli keperluan berbuka. Sebaliknya hanya duduk, menunggu makanan terhidang dan berbuka jer lar. Tapi sebenarnya, suasana berbuka, membeli di bazar ramdhan bersama-sama sungguh mengamit kerinduan aku di sini. Rindunya nak berbuka macam tu. Best rasanya walaupun kadang-kadang kat sana rindu juga nak berbuka di rumah. It was one of the best memories during my time there. Rindunya. Puasa tahun kedua, sebelum keluar membeli makanan berbuka, biasanya aku akan mengupdate blog ni dengan bermacam-macam cerita. Kadang-kadang apa jer aku masukkan untuk memenuhi blog aku ni. Pastu, ketukan di pintu merupakan petanda aku dan rakan-rakan akan pergi membeli makanan. Itulah rutinnya. Belum lagi dengan bersahurnya. Dekat rumah ini, ikutlah,bersahur atau tak, sama jer sebab tak buat apa, duduk jer tak memerlukan tenaga sangat. Dulu belajar, kelas masih ada, oleh itu sedikit tenaga di perlukan.

Cukuplah aku update untuk hari ni, idea masih ada tapi simpan untuk hari akan datang. AKu rasa, berblog ini juga merupakan satu terapi untuk meluahkan perasaan dan apa yang berada di dalam fikiran kita ni. Bukan mudah sesetengah dari kita untuk berkongsi secara bersemuka dengan entah sapa, tapi di sini kita menulis tanpa perlu memikirkan apa yang orang rasa. Ada juga mempersoalkan, kenapa perlu kita kongsi dengan satu dunia dengan berblog. Entah, tak tau, tapi bagi yang berblog, rasanya itu adalah sesuatu yang bukan perlu tapi satu kehendak untuk bertulis dalam menyatakan buah fikiran dan perasaan. Kan? So, marilah berblog (hahahaha) dan SELAMAT BERPUASA!

aurafitra


Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan AL Mubarakh

Salam,



Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, Semoga kedatangannya memberi 1001 erti...

aurafitra

Saturday, August 7, 2010

Ipoh, Bandar KU

Salam,

Hari tu aku berkesempatan meluangkan masa melawat Ipoh, tanah di mana aku membesar. Pergi pun sekejap jer, bawa kawan melawat. Dia tak pernah sampai Ipoh, so aku pun apa lagi, snap lar itu dan ini. Hasilnya, inilah antara bandar Ipoh yang very nostalgia bagi aku hehehe














So inilah antara pemandangan bandar Ipoh yang sempat di tangkap. Hehehe Enjoy, marilah bersama-sama memeriahkan lagi Ipoh bandar ku. Hehe

aurafitra


Friday, August 6, 2010

Road Bully

Salam,


Bulan Julai dah 6 hari berlalu. Kini bulan baru pula muncum dan bermulah juga bulan yang di nanti-nantikan oleh semua umat Islam senatero dunia. Puasa. Hanya beberapa hari sahaja lagi umat Islam dunia terutama di Malaysia akan menempuhi bulan yang penuh barakah ini. Persoalannya, adakah kita menanti atau kita merasakan bulan ini adalah merupakan bulan yang kita tak nak tempuhi? Harap-harap kita tergolong dalam kumpulan pertama lah yer. Dan ingat, bulan puasa juga bukanlah bulan untuk kita berbelanja besar, hendaknya kawal lah nafsu makan tu. Sejarah membuktikan, membazir jer semua tu, tak kan habis punya (sejarah aku lar, orang lain, tak tau).

Tapi entry kali ini bukanlah berkenaan dengan puasa. Belum lagi aku nak menulis berkenaan dengannya. Seperti apa yang pernah aku katakan dahulu, aku teringin nak sentuh pasal samseng jalanan dan tanggungjawab kot (rasanyalah, malas pulak nak buka entry sebelum ni). Apa yang membuatkan untuk aku menulis berkenaan dengan perkara ni, kerana aku telah melihat dengan dua mata aku sendiri perkara yang berlaku. Sungguh menakutkan. Walaupun rasanya tidak lah berapa 'menakutkan' apa yang berlaku, tapi bagi aku ianya sudah cukup menggerunkan. Macam mana boleh wujud perkara macam ni?

Persoalan tu rasanya tak patut di persoalkan di sebuah negara yang aman lagi harmoni ni (mengikut katanya lah). Kalau kita semua tidak mementingkan diri, bersabar, rasanya semua perkara ini tidak akan berlaku. Masing-masing tidak memikirkan tentang keselamatan diri mereka dan keluarga mereka. Nanti siapa yang susah. Mereka dan keluarga mereka juga. Bukan orang lain. Di atas jalan, memang menyusahkan orang lain. Kenapa ea???? Kalau lar semua mengikut undang-undang, berbuat baik di atas jalan raya, semua perkara yang tak elok berlaku di atas jalan rasanya tak akan berlaku. Ini tidak, tengok orang laju makin laju, di himpitnya. Kadang-kadang aku pun tak faham. Cubalah memahamkan aku. Itu sebab aku sungguh takut akan keadaan di sini, jadi fobia pun ada. Cuba lar bertimbang rasa sikit, kalau semua bertimbang rasa macam tu, aman dunia. Kan???

aurafitra


Wednesday, July 28, 2010

Tarik dan Genting



Salam,

Tertangguh sudah rasanya apa yang patut aku postkan disini. Banyak yang hendak di kongsi, tapi memandangkan sifat yang tak dapat di bendung tu (just another excuse), macam ni lah jawapan dia. Oleh itu, tanpa membuang masa, apa kata aku update kan serba sedikit yang berlaku sepanjang minggu lepas. Its gonna be a very long entry today, hopefully.

1. Adegan Tarik Menarik

Apa yang tarik menarik? Kekasih berebut kekeasih? Cinta tiga segi? Semuanya bukan. Yang pasti nya aku menarik motor abang aku yang rosak di tengah-tengah highway. Bayangkan, situasinya, di tengah-tengah highway, dengan lori yang banyak, di pagi hari. Dan kudrat aku menarik sebuah moto yang ditunggangi seorang lelaki yang hampir beratnya 85kg? It was out of my league actually. With total maybe hampir 1100kg, aku menarik dengan menggunakan kedua belah tangan aku??? Boleh percaya tak? Percayalah kerana itulah hakikatnya. Bukan dekat aku tarik, atas highway pulak tu, dan yang paling peritnya, berbukit. Sakitnya, hanya aku yang tahu, dan semestinya yang Berkuasa, Maha. But what can i say??? Just gotta do it. Just i'm the only one they rely on that moment. Nak tak nak, have to. Boleh di anggarkan 10 km aku menarik beban sebegitu. Pergh sakitnya bukan main. Memang bengkak lar tangan ni. Ingatkan hari tu nak tangkap kebengkakan tangan ni, tapi terlupa pulak. terpaksala korang just mempercayai akan my story ni. Just bedoa aku tak akan berhadapan dengan situasi macam ini lagi.

Nak tau apa penyebabnya moto dia rosak??? Minyak hitam kering. What the $%^&??? Oleh kerana sebab yang aku rasa tidak boleh terima di akal, ini lah akibatnya. Dan menjadi mangsanya, aku. Bila di tanya, baru jer tukar, kalau baru tak ada lar sampai macam tue sekali. Memang mencari nahas. Apa nak buat, benda dah jadi, dan aku pun dah menanggung beban yang entah apa jer. Not supposed to happen. But its happening. Like it or not, gotta deal with that. Palah nasib, doremi lah jawabnya.

2. Genting Highland

Ura-ura nak ke Genting sebenarnya telah lama anak buah aku khabarkan. Tapi aku tidaklah berapa setuju kerana pertamnya of coz its gonna cost a lot of money. Walaupun gaji baru masuk, its still costly. Itu pandangan aku lar. Walaupun begitu, deep inside, aku sebenarnya happy juga nak merasa main semua tu walaupun, i'm not really sure samada enjoy atau tidak kat sana nanti. Pergi dengan family cukup beza dengan kawan, dan aku merasakan pergi dengan kawan lagi enjoy. Itu apa yang aku rasakan.

Bertolak pagi, memandangkan cable car di tutup untuk penyelenggaraan, kami meneruskan perjalanan sampai ke atas lar. Nak buat macam mana, harapan adik kakak ipar untuk naik cable car, tidak kesampaian. Dan ini rasanya kali kedua baru aku ke atas dengan menaiki kenderaan. Biasanya cable car jer. Dan, yang menyakitkan hati tu, ramai juga walaupun hari isnin. Ampeh jer rasanya. Geram pun ada, ingatkan tak payah la beratur bagai. Ini kena juga. Nasib badan lar. So tanpa membuang masa lagi ini adalah antara gambar yang sempat aku tangkap di sana.

















So, ini lah antara gambar yang sempat aku rakamkan di sana. Susah bila kita nak tangkap, kita lah nak buat itu dan ini. Thats is not a good example actually (hanya aku yang tahu apa maksudnya) tapi apa nak buat, itulah hakikatnya.

Aku sebenarnya ada beberapa isu atau perkara yang hendak aku luahkan di sini, tetapi memandangkan waktu sudah lambat, aku rasa otak aku pun tidak berjalan seperti sepatutnya. Mencari idea bukan lah mudah, sepertinya sekarang aku juga 'stuck' mencari idea menulis proposal untuk memohon pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Macam mana nak buat proposal?? Any idea?? Tajuk??? Pergh, itu semua aku kena fikirkan. K lah, esok akan aku sambung, antaranya berkenaan dengan samseng jalanan dan tanggungjawab ibu bapa, isteri dan menantu. Terasa hendak menulis, so kita bertemu lagi di lain waktu.

Ciao

aurafitra