Friday, December 25, 2009

2 Weeks, dan Dua Minggu.. haha

Salam,

Rasanya sudah agak lama aku biarkan blog aku ni berabuk, sampai ada kawan tanya, 'bila ko nak update blog ko?' Huh! Aku pun tak tau macam mana nak jawab. Nak tak nak, aku pun rasa sementara aku boleh memasuki lineyang cukup payah ni, baik aku update serba sedikit kat blog ni.

Sedar tak sedar, sekarang dah masuk minggu kedua dan minggu depan minggu ketiga aku bergelar pelajar tahun akhir dekat universiti ni. Sekejap saja rasanya masa berlalu sehinggakan aku tidak sedar masih banyak kerja yang belum diselesaikan. Macam-macam masalah timbul sejak dua menjak ni. Sejak aku menjejakkan kaki di universiti ni sebagai pelajar tahun akhir. Yang paling menyedihkan, mestilah pasal biasiswa aku. Nasib baik aku tak ambil berat sangat. Kalau tidak, memang menangis tak berlagu lar aku. Hahaha Itu baru pasal biasiswa, belum lagi pasal PSM yang belum bermula. Haiya, risau aku rasanya dah tahap maksima tapi masih relax jer lagi. Bila nak start? Tak tau lar, hanya Tuhan yang tahu. Bahan semua dah ada, cumanya masa nak start tue belum muncul lagi. Masih sibuk dengan 'enjoy' ke sana dan kemari. Hahaha biasa lar, menikmati saat-saat begini sebelum betul-betul sibuk. Dan aku mengharapkan sangat-sangat kerjasama kita boleh buat PSM ni sama-sama dengan jayanya. Ajja!!!! Fighty!!!!

Seminggu pertama aku kat sini memang merupakan minggu paling enjoy aku. Bukan setakat enjoy, dengan membuang 'duit' entah ke mana, rasanya sungguh membazir. Tapi as i said, ianya satu keperluan. Nak tak nak aku memang kena mengeluarkan duit tu. Ada lar yang keperluan, ada juga yang tak kena mengena. Hahaha So far benda-benda ni yang terpaksa aku beli sepanjang dua minggu aku kat sini. Antaranya :


Baru! Nak tak nak kena buat, kalau tak, buta lar aku.. hehe sebabnya????




Yang lama dah pecah.. tengoklah keadaannya, sungguh mengharukan... huhu oleh???




Anak buah aku yang sorang ni, ada dia pijak cermin aku depan mata aku lak tu.. aduh!!!



Ni lagi dua anak buah yang cukup nakal.. hahaha


Banyak lagi yang aku borong kat Johor ni, tapi biarlah rahsia hahahaha balas dendam, sebab before tak banyak yang aku borongkan. Kononnya. Ok lah, so far ini jer lar yang mampu aku updatekan. Nanti ada masa aku update lagi. Ciao, and meery chrismtas for those who celebrated it, and a happy new year!!!!

aurafitra

0 comments: