Friday, December 25, 2009

Friday Madness!!!!

Salam,


Sekali lagi aku mempunyai masa untuk tidak menjadikan blog ini berhabuk. Hehe dalam masa tidak sampai 12 jam, ini kali kedua aku akan update segala yang berlaku dalam kehidupan aku seharian. Bukan senang aku nak update macam ni, Selalu jer ada masalahnya. Sibuk ini lah, itulah, dan entah macam-macam lagi (padahal tak ada sibuk mana pun, saja buat sibuk wakaka).

Jumaat, cuti hari krismas, aku pasti di mana-mana juga seluruh Malaysia pasti dipenuhi dengan lautan manusia, terutama di pusat membeli belah. Dan tanpa di sangka, kitaorang pun dengan yakinnya, bergerak lar ke Tebrau JJ lepas sembahyang jumaat. Belum lagi separuh perjalanan, kami dah diuji. Hujan turun tanpa memberi petunjuk. Lebat pulak tue.



Basah lenjun Ajai, Syapit, dan Remy. Nasib baik aku membonceng, kalau tak, basah lar jugak. Wakakaka. Pastu, dah lar berhenti dekat gerai jual sate, memang cukup menduga perut aku yang belum diisi. Tu lar pasal, jual mahal sangat, roomate ajak makan aku malas, akibatnya, berlapar lar aku, hehe.

Lepas jer hujan reda, kitaorang pun bergerak lar ke JJ Tebrau tanpa ragu lagi. Sampai jer sana, tu dia, kereta bukan main banyak yang nak masuk parking. Dalam kepala otak, herm, mustahil dapat tengok wayang macam ni. Dah lar macam tue, motor nak masuk parking pun susah juga. Apa lar nasib macam ni. Dah lar macam tue, masuk je JJ beratur bukan main panjang lagi semata-mata nak beli tiket jer. Aduh, tension betul! Tapi nasib baik dapat juga tiket tue. Dan tak ramai pun yang nak tengok cerita ni sebab ni cerita baru. So kami antara yang paling awal kat MaLAYSIA tengok cerita ni. Hahaha Nak tau kami tengok cerita apa? Ha, ni lar cerita dia.



Best juga lar cerita ni. Kelakar + vampires, kira ok lar. Bak kata Remy, lagi ok dari Avatar. Ye ker? Terpulang kepada individu. Aku? Ok jer dua-dua. Avatar mempunyai kelebihan dia sendiri, begitu juga dengan citer ni. Avatar, very enjoyed watching the graphic lor, and this movie quit funny and action sikit lar. Huhu, tapi bagi aku dua-dua pun boleh. No hal punya.

Lepas habis tengok movie, apa lagi, misi paling penting dalam dunia roomate aku (hahahaha dia juga yang kena) SHOPPING. Termasuk lar aku, beli lar juga sikit barang. Adalar dua, keperluan lar katakan hahahaha. Dapat lar selei tshirt dengan short pants. Untuk kegunaan aku seharian. Hehehe pas tu apalagi, balik lar, takkan nak melepak kat jj tu, bukan ada apa pun.

On the way nak blik tue, kitaorang singgah lar restiran Singgah Selalu. Ni first time nak singgah ni. Abang Remy dah selalu, kitaorang baru. TU agaknya dia panggil singgah selalu. Hahaha



Aku order, nasi goreng isi ketam teppanyaki. Sedap bro, rugi kalau tak rasa. Cam dak-dak nie, beli biasa jer, nasi goreng kampung, nasi goreng paprik, dan lain sikit roomate aku nasi goreng singgah selalu. Pastu dia tambah tomyam ayam. Kira ok lar tue kan makan. Tak mahal mana pun, tapi mahal lar dari biasa yang kitaorang makan kat seri puteri tue. Hehehe nak SINGGAH SELALU tak boleh lar, SEKALI SEKALA BOLEH. Tapi kalau niat nak USHAAHIDU, boleh lar kot, wakakaka.

Habis makan, kitaorang pun balik lar, nak buat apa lagi. Macam aku sampai bilik, buat apa yang patut dan terus update blog aku ni. Hahaha tak tahan betul, macam apa jer. Ok lar, so far begitu lar hari aku hari ni. Esok mungkin sibuk dengan PSM. Nak tak nak, kena buat tesis ni. Jangan lar sampai aku xtend pulak. Minta di jauhkan. Hehehe ok lar ciao, esok kalau ada yang menarik, aku update lagi. (Tak sabar nak rasa SATAY on the way ke tebrau tue hehehe)

aurafitra


0 comments: