Salam,
Setiap kali ingin menulis untuk N3 baru disini, permulaan tu mesti susah nak cari ayat. Tapi bila dah jumpa permulaan itu, langkah seterusnya mesti lebih mudah. Laju seperti 'bullet train' yang laju tu. Ada satu persoalan di sini, apakah binatang yang terpantas di dunia? Apa kena mengena pulak dengan binatang terpantasnya? Saja, nak menguji minda. Kalau minda dah asyik duk terperap tu sekali sekala kena di asah juga.
Ok, aku dah jumpa ayat permulaannya. Tapi masih juga susah jer nak mencari idea di kala ini, saat-saat menunggu masuknya solat isyak ni. Tajuk dah ada, cuma nak menghuraikan tajuk tu yang tak ada. Sudah aku jauh melalut. Jangan gelak, senyum jer lar yer sapa yang baca. Kita kembali kepada topic kita pada N3 kali ini. Space ataupun dalam bahasa melayunya ruang. Bukan lah niat di hati nak menulis berkenaan dengan ruang sebuah rumah, kedai, ruang kosong dan sebagainya. Tapi 'ruang' yang satu dalam hidup manusia ini yang menjadi perhatian dan keinginan di dalam setiap mereka yang ebrgelar insan. Sometime we DO need SPACE. Kalau asyik di tembak, mati lar akhirnya. Walaupun jasad tetap di sini, di dalam hati siapa yang tahu. Ada mereka pernah memikir kan itu. Itu yang aku lihat, kebanyakan dari kita sekarang lantang memperkatakan apa yang mereka suka dan ingin. Tanpa memikir perasaan pihak yang di kata. Itulah gunanya otak, tapi kita tak menggunakan kelebihan yang di anugerahkan itu dengan sebaiknya. Sebaliknya, bak meletupnya bom jangka, terus melulu tanpa terhenti walau sedetik. Tidakkah kita bersyukur dengan anugerah yang di berikan? Jangan nanti kita di samakan pulak dengan 'lembu' walaupun mempunyai otak, tapi tidak boleh berfikir.
Mungkin ada betulnya, nasihat, mengambil berat. Boleh di terima, tetapi itu lah kadang-kadang kita perluakan 'space' itu, jangan sampai 'rosaknya' hubungan yang terbina. Tawarnya hati susah nak ubat, kalau tawarnya makanan, ada ubatnya. Bukan begitu. Cukup-cukuplah kalau nak 'berlagak' awak semua tahu. Dunia dah berubah. BUkan lagi zaman 70an, 80an. Tolong, kalau nak cakap sesuatu, depan mata ni. Biar aku betulkan apa yang salah. Ini tidak, masih nak menegakkan benang yang basah. Kita menghormati tapi tahap penghormatan yang di beri itu ada hadnya, bukan begitu? " Nak buat master kena kerja dulu. Tu la lain kali tanya mereka yang tahu". Jujurnya aku tak kisah lah kalau mereka ni mengatakan setakat nak buat master kena kerja dahulu, tapi ayat terakhir tu memang sungguh menyakitkan. Walaupun bukan aku yang mendengar, melalui penceritaan itu pun sungguh menyakitkan. Kalau tahu sangat, kenapa salah jer yang di katakan tu? Tak apa lah, apa sahaja lah, aku terima dengan hati yang tak terbuka kerana selama ini sudah asyik terbuka jer hatinya. Itulah, kita ni mempunyai tahapnya, bukan sahaja konkrit tu yang mempunyai hadnya sebelum pecah. Nak bukti surat tawaran ker? So cynic!
Itu satu perkara, ini lagi satu perkara. Rasanya memang betullah kata 'metro' hari tu, laman sosial ini lebih banyak buruknya dari baiknya. Bukan setakat lama sosial, malah internet. memang aku akuinya, tapi tak pernah terkena di kepala sendiri. Sekali terkena, banyak yang menyakitkan dari menyenangkan. Kenapa lar semuanya perlu menjadi isu? Pelik sungguh manusia ni. Buatla hal sendiri. Tak perlu menjaga kain orang lain, kain sendiri pun tak cukup nak di jaga. Kan? Harmonikan lah dulu 'kain' sendiri dari nak jaga harmonikan 'kain' orang kerana sesungguhnya tak kan harmoni 'kain' orang tu. Lebih banyak buruknya dari baik menjaga kain orang lain, dan teruk juga akibatnya kalau tak di kawal.
Oklah, setakat jer yang mampu di garapkan di sini untuk N3 kali ini. Semoga kita semua mendapat pengajaran dari apa yang cuba di sampaikan di sini. 'Kita cuma akan menghargai sesuatu apabila sesuatu itu telah tiada', Petikan dari drama taubat nasuha yang dikatakan sungguh sedih. Ramai sangat dah amik petikan ni, aku pun dah masuk dah sekali.
Truthfuly,
aurafitra