Saturday, October 16, 2010

Choices....

Salam,


Another day, another hour, just passing by. Hari-hari yang di lalui masih seperti itulah hendaknya. Apa lagi yang boleh di minta? Penat sudah rasanya 'meminta'. Lebih baik memberi kalau begitu lah caranya. Bukankah memberi itu lebih baik dari menerima dan meminta? Its been a week from my last week birthday, and i'm still thinking of my ages, my life and all the things supposedly happen but it didn't. I'm not asking for more, i'm just asking for this one, and hoping this coming very soon.


Walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan. Samada telan sahaja yang pahit atau buang ke dalam tong sampah yang memang sudah tersedia. Pahit mempunyai lawannya, manis. Di dalam pahit ada manisnya. Maka disitulah kadang-kadang kita sebagai manusia lupa dan hanya menumpukan kepada yang pahit sahaja sehingga mengabaikan yang manis. Sudah semestinya yang manis itu lebih sedap dari yang pahit. Tetapi manusia mudah memilih yang pahit kerana sifat kita yang lebih banyak mazmumah dari mahmudahnya.


Semuanya berkaitan dengan pilihan. Tak dapat kita lari dari membuat pilihan sepanjang kita bergelar insan. Samada yang baik atau sebaliknya yang di pilih, semuanya terpulang kepada mereka yang bergelar insan itu sendiri. Perjalanan bukan semakin dekat sebenarnya, masih jauh dan banyak yang perlu ditempuhi. Andai tersalah pilihan yang dibuat, bertambah jauhlah perjalanan itu. Oleh itu, kebijaksanaan amat di perlukan di saat kita cuba menentukan masa depan kita, membuat keputusan bukan untuk hanya untuk jangka panjang, jangka pendek juga tidak perlu dilupakan.



Dan pilihan paling utama kita sebagai seorang umat Islam adalah memilih diantara Syurga dan Neraka. Pilihan ini lah yang menetukan kehidupan kita sebaik sahaja kita meninggalkan dunia yang fana ini. Pilihan ini lah yang menentukan di manakah tempat yang kita akan berada dengan kekalnya. Buatlah pilihan yang 'bijak' dan bertindaklah mengikut 'pilihan' itu.  



Dan tiba-tiba jer serius. Kan? Actually, tak ada idea nak tulis apa, cuma teringat nak kaitkan entry sebelum ni dengan entry yang ini. Jadilah ia serius bagai nak rak. Tapi, sebenarnya, thats the real thing. Either we like it or not, gotta face it. Its all about choices. Whether it is the right or wrong. We are the one responsible to make it. Not anybody or everybody. (Teringat dialog Ron dalam Harry Potter, Not me, not hermoine, but you Harry, kind a like that haha). Sebenarnya nak upload gambar konvo, waktu atas pentas, tetapi lambat pula dia upload, so, abaikan jer lar. 

Oklah setakat ini sahaja yang mampu aku coretkan di petang sabtu yang panas lagi tak menyamankan ini. Hehe gurau jer, sehingga bertemu di lain kali, Ciao.

Truthfuly,
aurafitra

0 comments: