Monday, March 9, 2009

Awas!!! Mentos + Coke

Salam Maulidur Rasul,

Hujan turun dari pagi tak berhenti-henti.. kadangkala lebat, kdg renyai.. Entah lar.. hujan rahmat kata member.. Sempena Maulud Nabi nie.. Seperti post terdahulu.. Hujan Satu Rahmat, hujan nie mmg menyebabkan byk aktiviti kita tergendala.. kalau tak pun ramai menusia mencari tilam dan bantal, melayan nafsu di kala sejuk.. tp tak perlu lar kita marah, berkeluh kesah kernanya.. itulah kehendakNya.. kita sebagai hambaNya hanya menerima dgn hati terbuka. Cuma berharap, tidak lah hujan hari nie menyebabkan sambutan Maulud Nabi di sini tergendala.. semoga semuanya berjalan dengan lancar.. walaupun bumi dibasahi rintik-rintik hujan..

Tapi kali nie bukan lah hujan sekali lagi menjadi topik, sekadar ingin berkongsi sedikit informasi berkaitan dgn mentos dan coke.. Bila mentos menjd topik perbualan, bersemangat rasanya diri nie ;) hehe.. topik makan tue. Nak buat macam mana, dah ditakdirkan diri mmg seorg yg suka makan.. Kesannya??? ukuran lilit pinggangku semakin bertambah. aduh.. apa nak jadi nie?? ada idea macam mana nak kurgkan balik?? herm tepuk dada tanya sendiri lar fikri. Coke?? herm.. bukan seorg peminat coke.. sky juice tetap dihati ;)

Ok lar.. kita teruskan dgn eksperimen yg dibuat bila mencampurkan mentos dan coke!!!


Beginilar yg terjadi sebaik anda mencampurkan mentos kedalam sebotol coke.. Eksperimen nie dibuat di Brazil.. dekat sana ada budak yg meninggal makan mentos dan coke selepas tue.. Samada anda mempercayainya atau tak.. terpulang.. Utk pengesahan dan memuaskan hati anda sendiri, buatlar eksperimen nie.. belum sempat lagi utk melaksanakannya.. hehe.. rasa macam membazirkn?? rasa jer.. tp eks utk kebaikan tak salah. Satu lg yg aku perasan coke light perasa lemon tak ada kat m'sia nie.. hehe Teringat setiap kali nak balik naik bas mesti beli mentos nie.. nasib baik lar aku bukan peminat setia air gas nie..klu x.. herm..;) hehe

Itu jer utk kali nie..Semoga apa yg dipaparkan membolehkan kita menilai baik dan buruk.. ini hanya sekadar informasi bukan utk mejatuhkan mana2 pihak.. Sehingga bertemu lagi..

m fikri


Maulidur Rasul

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Walauapapun dalilnya, Nabi tetap dilahirkan pada bulan RabiulAwal. Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Sambutan Maulidur Rasul diadakan supaya kita mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasullullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

  1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."
  2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."
  3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.

(p/s: Teringat zaman sekolah dulu.. sambuatn Maulidur Rasul adlh satu acara wajib kat sana.. Anjuran Badar.. Siap ada perarakan lagi.. tp di u nie, semua kena 'ingat sendiri'.. klu diri mudah alpa.. herm nmpk gayanya tak kemana lar.. penuh mengharap agar kita bukan 'happy' menyambut maulidur rasul sebab public holiday kat sini, tp kita bangga menjadi seorang muslim dibawah junjungan besar Muhammad Rasulllullah saw.. Salam Maulidur Rasul)

Sumber al-azim.com

m fikri


RabilulAwal

Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
m fikri

Nostalgia


???

Nostalgia bukan???? Member aku jumpa dekat office fakulti aku. So aku pun mintak lar gambar nie untuk di masukkan dalam blog nie.. memang nostalgia kan?? Apa-apa pun, mesin taip nie mempunyai 'sentimental value'.. itu yg mayb fakulti aku masih simpan dan 'show' kat umum.. kalau tak, biasanya dah masuk dalam stor rasanya... Nostalgia tue aku rasa bo membuatkan kita mengimbau masa dahulu.. kalau tak ada mesin nie, macam mana urusan surat-menyurat kita dulu??? Ada baiknya fakulti aku tunjuk kat umum.. supaya student nie insaf.. ;-p

m fikri

Saturday, March 7, 2009

Rahsia Kelahiran - OKTOBER


OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

(kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.)


m fikri


Friday, March 6, 2009

Hujan SATU RAHMAT

Hujan baru jer nak reda, membuatkan pagi yang sejuk ini semakin menyamankan... samada aku nak hanyut dibuai mimpi atau terus mengadap notebook nie menyiapkan kerja yang semakin bertimbun.. ahh..sick and tired of my to-do-list.. kadang-kadang waktu macam nie memang enak dibuai mimpi.. yg best2.. bukan kadang2 pun.. selalu waktu inilah time utk kita merehatkan minda.. mematikan diri sebentar.. cukup untuk kembalikan diri seperti mana di siang hari.. tapi post kali nie bukan lar tentang mimpi ataupun melayan tdur.. tp HUJAN

HUJAN

Cerita bermula selepas aku menunaikan solat maghrib.. 'eh malam nie kat block aku ada program lar.. alar malasnya aku nak pergi.. dahlar sorg2..' berfikir 'herm.. macam tue baik aku ajak Chee lepak PSZ lar takpun kuar gi makan mana2'.. idea bernas muncul bagai rumput tumbuh selepas HUJAN.. dengan langkah selangkah ;) aku meninggalkan block kesayangan dan mula menapak jauh ker kolej 10... bukan lar menapak tetapi menunggang motosikal... dengan suka hatinya kami termasuk AJAI dan tiada nurul makan di kedai kegemaran jauh di SRI PUTRI..

Chee : Eh awal lagi lar.. u nak balik ker.. nanti kena pergi prog tue baru tau

Berfikir....

Fikri : Herm.. kalau cam tue kita gi jj lar nak.. dari tak tau buat apa...

Chee n AJai : Set..


Maka bergegas lar tiga jejaka ke jj untuk menghabiskan masa. hehe .langkah kanan nampak mereka hari nie ada 'super saver' potato.. apa lagi semua rembat.. original menjadi pilihan ke3-3 mereka.. ish2.. hampir sejam di jj.. niat di hati hendak pulang, namun bukan dipinta hujan turun dengan lebatnya.. maka tersadailah kami di jj sehingga jam hampir menunjukkan pukul 11.15 pm.. lampu di jj pun sudah hampir kesemuanya ditutup.. maka terpaksalah jejaka-jejaka nie meredah hujan yang lebat.. sehinggakan lenjun kami bertiga.. entah lar.. pandai sangat meredah.. apa salahnya tunggu hujan berenti.. tapi apa nak buat.. pintu tutp kul 12.. masuk lambat kena tahan.. terpaksalar merela dalam keterpaksaan....

so what?? apa sbnrnya cter nie?? entah lar aku pun tak tau.. cter ker apa ker aku mengarut pagi2 nie.. aku baru sampai bilik sbnrnya.. terasa nak post pasal hujan nie.. maklumlar basah lenjun jejaka kat atas tadi redah hujan hehehe.. menyesal kuar pun ada.. seronok pun ada.. yg pntg potato RM 2.90 jer.. harga biasa entah lar.. tp tgk kat 7e RM 5 ke atas.. kat Shell.. RM 4.90.. tak ker untung.. kesian Syapit.. ko teringin kan potato original nie.. herm.. ko balik aku punya dah habis pun.. wakaka..tp apa2 pun hari nie aku basah dek hujan.. bukan hujan pagi yang terang.. huhu.. dah lar.. tak larat nak menaip dah.. baik aku membasahkan kepala sebelum pening datang kembali..

So..Hujan oh Hujan

'Hujan yg turun ke muka bumi membawa satu rahmat kepada umat manusia…tak perlu dikeluh kesah dan marah pada hujan,kerana ianya turun atas kehendaknya.kalau kita pernah memarahi dan mengeluh ketika turunya hujan sebenarnya ,ingatlah,antara sedar dan tidak, kita sebenarnya memarahi dan mengeluh pada Allah s.w.t…Masya Allah.Kerana segala kejadian tuhan ada hikmatnya cuma kita yg tak sedar….mungkin pada waktu itu kita tak memerlukanya…tapi bagaimana dgn kejadian tuhan yg lain….pokok?Semut?serangga?…hanya beberapa contoh.Hujan padaku adalah rahmat,walaupun ku tahu yg hujan akan menyebabkan kerja2 aku akan delay…tapi terima dgn hati yg terbuka……rahmat yg maha esa alhamdulilah.'



m fikri

Thursday, March 5, 2009

Sekadar Pedoman

Islam mengangkat darjat wanita setaraf dgn lelaki, Islam
melebihkan lelaki suatu hak tetapi melebihkan wanita pada
hak yg lain pula (Hassan al-Banna)

Seorang yg mahir membaca al-Quran, malaikat akan mengiringi
bacaanya, Orang yg terangkak-rangkak membaca al-Quran tetap
mendapat dua pahala (H.Muslim)

Nabi ditanya, bila akan kiamat? Jwb Nabi: Bila amanah dipersia-siakan.
Bagaimana? Jwb Nabi: Bila diserahkan tanggungjawab kepada yang
bukan ahli, tunggulah kiamat (H. Bukhari)

Setiap yg bernyawa akan mati. Siapa yang dijauhkan dari
neraka dan dapat masuk syurga, itulah orang yang berjaya dunia
dan akhirat (Surah Ali-Imran:185)

Tidak harus dengki kecuali dua perkara, pada orang yg banyak
menafkahkan hartanya pada kebaikan dan pada orang yg berilmu yg
beramal dan mengajarkannya (H.Bukhari)



Seburuk-buruk meminta tangguh ialah ketika kehadiran maut dan
seburuk-buruk penyesalan ialah hari kiamat (H.Baihaqi)

Apa sahaja yang kamu nafkahkan kerana mencari reda Allah
akan dibalas (pahala) sehinggakan apa yang kamu suap kemulut
isteri mu akan di balas (H.Bukhari)

Sesiapa yang solat tetapi solatnya tidak dapat menjauhkan dia
dari perbuatan keji dan mungkar , maka solatnya hanya menjauhkan
dirinya dari Allah (H.Baihaqi)

Hak sesama muslim enam perkara: memberi salam, memenuhi undangan
memberikan nasihat, mendoakan orang bersin, ziarah org sakit,
dan mengiringi jenazah (H.Baihaqi)


Semoga apa yang dinyatakan diatas itu dapatlah kita jadikan pengajaran dan pedoman.. Aku dapat semua di atas dari celcom.. so y not aku post kat sini supaya kita semua dapat membaca. Kepada pengguna hp diluar.. TUKARLAH KE CELCOM dan langganilar waktu solat dan tazkirah harian.. bukan kena bayar pun.. free jer.. (p/s: nantikan, test is necessary evil!!!)

m fikri


Wednesday, March 4, 2009

Pertemuan Semula... ;)

Hari nie rasanya ada banyak yang aku nak tulis kat blog nie.. macam-macam perkara yang boleh dikira happening lar berlaku hari nie.. whether dalam kelas, or tempat lain pun.. tapi rasanya yang nie yang paling aku suka dan tunggu.. bukan apa pun sebenarnya.. dah lama dah tak buat benda nie.. ada lar dalam dua tahun dah tinggal.. hehe Sebenarnya group aku selalu lepak kat kl dulu..group yang dah dikira kamcing ar..

Before, baik aku cter latar belakang group nie.. Ada lima orang, (sebenarnya aku rasa ada lebih tapi sekarang nie jer yang aku bo bgtau).. 3 girls n 2 boys.. kami nie memang sekepala lar dah lama.. banyak buat program sama, satu unit lar kira.. jatuh bangun bersama.. cewahh.. terutama dalam program lar kan.. susah dulu nak buat program kat UTMKL tue.. banyak kena buat.. kalau lar tak dapat geng macam nie.. memang hancur program.. entah2 tak jalan.. paling best kita orang pernah buat makan malam kolej.. MPK.. waktu dengan bangganya aku berjaya menjemput menteri pengajian tinggi waktu tue.. TOK PA..rasa berbaloi kerja kitaorg waktu tue.. bukan senang nak buat kat luar UTM.. 1st time ever malam penganugerahan kolej buat dekat luar, kat DEWAN PERDANA FELDA. Nie makan malam kolej tau.. bukan u.. so sesapa yang biasa lalu kat semarak tue, tau lar.. kolej dalam UTM tue kecil jer.. berapa orang.. but we manage.. memang kat sana kitaorang selalu lepak.. kuar makan, kuar jalan2 kat kl.. boleh dijadikan cter lar selalu sangat kuar.. tapi bila kuar ngan diorang nie.. girls lar.. bukan main lambat lagi nak menunggu.. kalau janji kul 2.. klu 2.30 diorg dah ada kira baik lar tue.. kalau tak lmbt satu jam.. hahaha so taktik aku, cakap kuar kul 2 padahal kul 2.30 baru kitaorg tunggu.. pompuan.. hehe (jangan marah along n muni)..

Tapi nak dijadikan cter, semua sambung degree kat sini, kecuali sorg tue lar sebab dah keje.. kitaorg nak jumpa.. bukan main susah lagi.. harap jer satu u.. tapi klu nampak batang hidung tue dah di kira baik lar tau.. kalau tak jangan harap. yang sorg lagi tue, satu course, satu fakulti.. tapi nak jumpa pun susah.. maklumlar. semua bz.. mengalahkan pm.. hahah pm pun tak bz macam budak UTM nie tau.. (jgn marah yg terasa).. aku selalu usik diorg macam tue.. hehehe so kebetulan malam nie, yg keje tue turun sini ada kursus.. barulah kitaorg dapat berkumpul macam dulu.. like old times.. ish3x cakap pasal old times nie jadi sensitif pulak.. terutama bila teringat kat sekolah dulu.. huhu.. dapat lar kitaorg gi makan malam bersama.. tapi dah lmbt pun.. kena tunggu kelas budan tue habis kul 10.30 baru kuar makan malam.. hehe nak cepat punya pasal (takut kena tahan ngan pak guard) sampai gambar pun tak sempat nak amik.. yang pntg wajah diorg dalam fikiran.. macam2 lar update cter.. best3x...

nie la gambar kitaorg.. tak termasuk aku hehe


Sory lar guys.. aku amik gmbr lama korg.. baru macho sikit.. yg pntg muka muni macam apa jer.. haha jgn mara ea.. just 4 fun..

(pst: dak izzuddin ada jamuan makan 8 hb nie.. jeles nya aku tak dapat join.. buat lar kat johor lak wei hehehe)

m fikri

Tuesday, March 3, 2009

Manusia, Malaikar, Dan Syaitan

Salam...

Actually aku dapat benda nie dari friendster.. dari my buddy kat utm.. so why not aku post dekat blog aku nie.. sebagai pedoman dan pengajaran untuk kita semua.. insyaAllah.. yang baik tu kita jadikan pengajaran.. yang kurang baik tue kita tinggal2kan.. So bacalar nie semua..


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi ni?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni?

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat...lagipun muda hanya sekali...rugila. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia- Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat
untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan
diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payah

m fikri

New UTM Corporate Image

Salam

Apa yang aku nak tulis hari nie sebenarnya dah lama dah aku fikir.. dari hari sabtu lagi.. tapi memandangkan server kat utm nie down hujung minggu hari tue.. terpaksa lar aku
postpone benda nie.. Aku rasa semua orang tau (kalau tak semua pun, semua warga UTM nie lar) yang UTM dah tukar coprporate image dia.. Mesti korang tertanya kan? benda
alah apa corporate image tue??? sebenarnya coprporate image tue logo.. so macam universiti korang semua kan.. semua ada logo.. cuma UTM nie dah 'berinovasi' menukar logo lama ke baru.. Ini semua hasil atau ilham naib cancelor yang baru kat UTM nie..

Awalnya, oleh kerana diorg dah tukar logo nie, aku pun cari lar kat internet(google) ada tak logo baru nie.. maklumlar nak buat asignment.. kan dekat page depan tue nak bagi cantik letak lar logo UTM nie.. kalau tak nampak kosong jer..so mencari punya mencari.. satu apa pun tak keluar... logo lama ada lar...tak ada pun logo yang baru.. geram pun ada.. fedup pun ada.. benda nie kan urgent.. asignment nak kena hantar..habis tue tak dapat juga.. guna jer lar logo
yang lama tue.. nasib badan lar. nak buat macam mana... nak di buat cerita.. hari khamis minggu lepas aku buka website UTM nie.. ada lar cter serba sikit logo baru nie.. berapa dia punya inci semua lar kan.. so mungkin dia nak bagi student dia buat sendiri kot.. aku pun apa lagi..
try lar 'mengedit' logo nie.. bukan reti sangat pun.. tapi sekadar aku nak guna.. boleh lar.. So inilah dia logo UTM yang terbaru... Check it out!!!



New UTM Corporate Image


Logo UTM Yg lama

Sebenarnya tak ada apa beza pun sangat.. just tambah nama kat sebelah tue jer..warna sebenarnya sama.. komp nie yg buat lain.. ahaks... yer lar.. orang kalau sekali tengok lambang UTM nie.. bukan nyer tau pun nie utm.. kecuali lar student dia kan?? so our new nc pun amik lar inisiatif untuk bagitau kat semua orang yang nie lar logo UTM.. baru lar bangga sikit.. hehehe so sesapa yang nak logo baru nie boleh lar save dari sini (especially dak UTM lar).. aku nak bagi download pun aku tak reti macam mana nak bagi link.. malasa rasanya nak gi upload dalam 4share ker apa ker.. baik korang view jer image tue.. lepas tue save.. hehehe.. solve dah satu prob aku.. kalau yang tak puas hati tue.. hah.. mai jumpa aku bagi pendrive aku copy kan.. hehehe..

m fikri