Friday, March 6, 2009

Hujan SATU RAHMAT

Hujan baru jer nak reda, membuatkan pagi yang sejuk ini semakin menyamankan... samada aku nak hanyut dibuai mimpi atau terus mengadap notebook nie menyiapkan kerja yang semakin bertimbun.. ahh..sick and tired of my to-do-list.. kadang-kadang waktu macam nie memang enak dibuai mimpi.. yg best2.. bukan kadang2 pun.. selalu waktu inilah time utk kita merehatkan minda.. mematikan diri sebentar.. cukup untuk kembalikan diri seperti mana di siang hari.. tapi post kali nie bukan lar tentang mimpi ataupun melayan tdur.. tp HUJAN

HUJAN

Cerita bermula selepas aku menunaikan solat maghrib.. 'eh malam nie kat block aku ada program lar.. alar malasnya aku nak pergi.. dahlar sorg2..' berfikir 'herm.. macam tue baik aku ajak Chee lepak PSZ lar takpun kuar gi makan mana2'.. idea bernas muncul bagai rumput tumbuh selepas HUJAN.. dengan langkah selangkah ;) aku meninggalkan block kesayangan dan mula menapak jauh ker kolej 10... bukan lar menapak tetapi menunggang motosikal... dengan suka hatinya kami termasuk AJAI dan tiada nurul makan di kedai kegemaran jauh di SRI PUTRI..

Chee : Eh awal lagi lar.. u nak balik ker.. nanti kena pergi prog tue baru tau

Berfikir....

Fikri : Herm.. kalau cam tue kita gi jj lar nak.. dari tak tau buat apa...

Chee n AJai : Set..


Maka bergegas lar tiga jejaka ke jj untuk menghabiskan masa. hehe .langkah kanan nampak mereka hari nie ada 'super saver' potato.. apa lagi semua rembat.. original menjadi pilihan ke3-3 mereka.. ish2.. hampir sejam di jj.. niat di hati hendak pulang, namun bukan dipinta hujan turun dengan lebatnya.. maka tersadailah kami di jj sehingga jam hampir menunjukkan pukul 11.15 pm.. lampu di jj pun sudah hampir kesemuanya ditutup.. maka terpaksalah jejaka-jejaka nie meredah hujan yang lebat.. sehinggakan lenjun kami bertiga.. entah lar.. pandai sangat meredah.. apa salahnya tunggu hujan berenti.. tapi apa nak buat.. pintu tutp kul 12.. masuk lambat kena tahan.. terpaksalar merela dalam keterpaksaan....

so what?? apa sbnrnya cter nie?? entah lar aku pun tak tau.. cter ker apa ker aku mengarut pagi2 nie.. aku baru sampai bilik sbnrnya.. terasa nak post pasal hujan nie.. maklumlar basah lenjun jejaka kat atas tadi redah hujan hehehe.. menyesal kuar pun ada.. seronok pun ada.. yg pntg potato RM 2.90 jer.. harga biasa entah lar.. tp tgk kat 7e RM 5 ke atas.. kat Shell.. RM 4.90.. tak ker untung.. kesian Syapit.. ko teringin kan potato original nie.. herm.. ko balik aku punya dah habis pun.. wakaka..tp apa2 pun hari nie aku basah dek hujan.. bukan hujan pagi yang terang.. huhu.. dah lar.. tak larat nak menaip dah.. baik aku membasahkan kepala sebelum pening datang kembali..

So..Hujan oh Hujan

'Hujan yg turun ke muka bumi membawa satu rahmat kepada umat manusia…tak perlu dikeluh kesah dan marah pada hujan,kerana ianya turun atas kehendaknya.kalau kita pernah memarahi dan mengeluh ketika turunya hujan sebenarnya ,ingatlah,antara sedar dan tidak, kita sebenarnya memarahi dan mengeluh pada Allah s.w.t…Masya Allah.Kerana segala kejadian tuhan ada hikmatnya cuma kita yg tak sedar….mungkin pada waktu itu kita tak memerlukanya…tapi bagaimana dgn kejadian tuhan yg lain….pokok?Semut?serangga?…hanya beberapa contoh.Hujan padaku adalah rahmat,walaupun ku tahu yg hujan akan menyebabkan kerja2 aku akan delay…tapi terima dgn hati yg terbuka……rahmat yg maha esa alhamdulilah.'



m fikri

0 comments: