Thursday, February 13, 2014

Mudahnya Cinta

Salam,

Hai sejak dua tiga hari rajin pulak aku nak update blog ni kan? Saja jer sementara menanti masa nak pergi kerja tu, baiklah update sikit-sikit, sekadar perkongsian. Dah bangun awal sangat nak tidur pun tak boleh, herm ini lah kerja nya. I think should do this more often rather than looking for never ending excusess. Kan? Life is too short so nikmatilah hidup ini dengan sebaiknya. Nikmati bukanlah dengan melakukan perkara yang tidak elok, sebaliknya perbanyakkan perbuatan yang mendekatkan kita kepada Pencipta. 

Begitu juga dengan cinta. Mudahnya cinta itu bagi seorang manusia. Mudahnya cinta beralih arah. Mudahnya cinta itu datang dan pergi. Semuanya mudah lah bagi seorang manusia bila bercakap tentang cinta. This past month, i have witnesses things like this lah. Berjumpa dengan yang lain, meninggalkan yang lama. Aduh!! Sungguh mudah nilai cinta itu bagi mereka, dan juga seribu satu alasan di berikan apabila hendak meninggalkan yang lama. Tapi itulah hakikatnya, begitulah sebenarnya yang terjadi dan mengajar aku untuk melihat kembalik makna cinta itu sendiri.


Macam mana hebat pun sekali cinta itu, kalau tak ada jodoh memang begitulah nasibnya. Betul juga kata mereka, cinta lah macam mana pun, tunang lah sekalipun, kalau masih tak ada jodoh tak ada juga. Sebahagian daripada itu, aku mempercayainya. Ada juga sebahagian yang lain aku percaya yang lain. Dan yang lain itulah yang susah untuk di cari jawapannya. Entahlah, itu lah di namakan mainan cinta, dan aku bukan lah orang sebetulnya untuk di jadikan kaunselor. Aku pun terkontang kanting dalam melayari kehidupan di dunia ni. Ingatlah juga, berpisah lah ke selatan dan utara, kalau masih berjodoh akan di pertemukan jua akhirnya. Lambat atau cepat sahaja yang menentukan. 

aurafitra   

0 comments: