Tuesday, February 18, 2014

Living Check by check.

Salam,

Another day another tuesday. Dah kena start mengira bila lah nak gaji lagi ni. Lambat nya rasa. Susah bila kena hidup check by check ni. Semua nya serba tak cukup. Tapi bersyukurlah, masih di kurniakan rezeki berbanding dengan mereka yang kurang di berikan rezeki. Tu lah, manusia kadang-kadang tak pernah cukup. Semua nya nak banyak. Yang di berikan tak pernah cukup. Menjadi pekerja kepada sesebuah company ni macam ni lah gayanya. Setiap bulan mengira bila nak dapat gaji. Dah dapat, macam ni lah, semuanya hanya untuk membayar segala hutang. Simpan pun terpaksa di keluarkan balik. Macam mana nak menyimpan. Dah nasib badan menjadi pekerja berkolar biru atau pun putih, sama sahaja. 

Begitulah rasa tersiksa bila tengah-tengah bulan kena start mencatu segala yang ada. Bukan setakat mencatu air macam sekarang yang tengah musim kemarau. Macam-macam kena catu. Nak kaya kenalah berbisnes. Tapi bila nak berbisnes tak cukup modal pulak. Asyik mengeluh pun tak guna juga. Kenalah mencari cara macam mana nak memperbaiki diri dari hidup check by check jer kan. Usaha tangga kejayaan.Hampir semua orang begini, kecualilah mereka yang berniaga. Memang tak lah hidup macam kami yang bekerja begini. Herm, usaha-usaha mencari yang lebih baik. Bestnya lah hai kalau esok masih bercuti. Malas pulak nak bekerja macam ni. Tapi itulah sumber rezeki, nak tak nak kenalah mencari dan menempuhnya dengan rela. Kalau tak herm memang hutang tak akan selesai. 

aurafitra  

0 comments: