Hari baru, minggu baru, dan hampir bulan baru. Apa lagi yang kita inginkan? Happy? Define Happy. Kita semua mempunyai cara tersendiri bergembira di dalam kehidupan. Aku? Jujurnya, aku pun tak tau macam mana nak define happy dalam kehidupan aku. Yang pasti, apabila keadaan itu datang baru lah terasa akan ke'happy'an itu.
Kahwin.
Satu istilah yang menjadi 'keinginan' setiap insan bergelar manusia. Siapa yang tak nak kawen? Semua nak. Sunnah. Aku? Bilakah masanya, hanya Tuhan yang mengetahuinya. Masih banyak yang perlu di kecap sebelum tiba masa untuk menggalas tanggungjawab maha berat itu. Masih belum bersedia rasanya. Bila sudah sampai petunjuk, nantikanje lah ketibaan kad jemputan. Yang pasti hanyalah kenduri DOA SELAMAT. Hehe. Apa kes lar berangan ni. Itulah akibatnya menulis tatkala syaitan bergayut berseronok di mata aku ni. Mengantuk. Sungguh mengantuk! Agaknya malam tadi tidur tak lena lah tu. Tiga kali aku terjaga sebelum sampai waktu untuk aku membangunkan diri. Ha, balik kepada topik.
Kawen? Tiba-tiba pulak isu ini yang berlegar di kepala. Kenapa? Takkan dah tak sabar kot nak kawen kot? Ish jangan di tanya. Kahwin itu anugerah. Nikmat! Tetapi yang sebenarnya, hunjung minggu yang lepas, aku menghadiri kenduri kawen seoarang kawan seperjuangan dahulu. Seronok juga tengok orang kawen ni. Lepas je habis belajar terus kawen. Agaknya, dia yang tak sabar kot. Kenduri di KL sudah semestinya berbeza dengan kenduri di kampung. Sungguh besar beza akan kemeriahan tersebut. Dan yang pasti aku nanti, ke kampung lah korang kena datang. Jangan risau, akan aku sediakan rumah penginapan. Hehe rancang awal beb! Ko jangan gelak Syapit. Aku sepuk kang. Daus ko lak macam mana? Kawen ker? Hahaha, jangan marah kawan.
Minggu Terakhir Prkatikal
Happy? Sedih? Lega? Penat? Mana satu yang menjadi pilihan? Yang mana satu idaman kalbu? Tepuk dada tanya lah diri anda sendiri. Semuanya terpulang kepada kita untuk menilainya. Aku? Buat masa sekarang, aku masih tidak pasti yang mana satu pilihan kalbu. Kalau nak diikutkan, jujurnya mengikut status aku sekarang sebagai seorang pelajar, aku happy. Happy kerana kembali ke pangkuan yang sebenar untuk meneruskan perjuangan yang masih jauh perjalananya. Masih ada setahun sebelum aku di menjejakkan kaki ke atas pentas menerima segulung ijazah idaman hati. Masih juga jauh untuk aku mengecapi master dan phd. Adakah aku mampu? Adakah kita mampu? Sama-sama lah kita mendoakan semoga panjang umur dan mencapai apa yang kita inginkan.
Dalam masa yang sama aku lega. Lega kerana sudah hampir pasti aku berjaya mengahrungi lagi satu cabaran sebagai seorang student yang mengikuti latihan industri ini. Awalnya aku ragu. Adakah aku mampu mengharunginya dengan baik dan jayanya? Tambahan aku berseorangan di sini. Dan keraguan itu sedikit-sedikit terhapus kerana aku berjaya setakat ini hampir ke penghujungnya. Aku bangga dengan diri ini yang mempu mengharungi 1001 cabaran di kala sedang mengikuti latihan di sini.
Dan aku sedih. Sedih kerana masih belum cukup ilmu yang ditimba, aku terpaksa pergi meninggalkan tempat ini. Rasanya hanya sebesar zarah aku gali ilmu di sini, aku sudah terpaksa meninggalkan tempat ini. Masih ada empat hari masa untuk aku menimba segala yang tidak mampu untuk aku timba selama ini. Tapi persoalannya, mampukah aku? Empat hari seakan hanya lah sesaat. Sesaat seakan hanyalah sedetik.
Kesimpulannya? Bukanlah gabungan perasaan ini yang menjadi persoalan. Tetapi yang pastinya, aku sedikit happy dapat menghabiskan latihan ini dengan jayanya. UTM. Nantikan kedatangan ku. Hehe Dan yang pasti janganlah kawen atas duit ibu dan bapa. Usaha lah sendiri wahai kawan. Takkan nak berhutang lagi?
aurafitra