Friday, June 12, 2009

Kerana JEREBU, aku kehabisan IDEA.

Salam,


Sah!! KL dilanda jerebu. Tidak hairanlah apabila ramai rakan sekerja yang kesihatannya tidak berada pada tahap yang baik. Tambahan pula dengan wabak virus inflenza H1N1. Masing-masing cuba untuk mengelak dari terkena akan 'virus' merbahaya ini. Bahayanya bukan sebarangan. Malahan sehingga membawa kepada kehilangan nyawa yang tiada ternilai itu. Teringat akan gurauan rakan sekerja.

"Eh, tutup mulut tue. Virus-virus, bahaya-bahaya," kuat suara Abang Jamal di belakang meja aku.

"Apa Abang Jamal? Virus? Ha amik ni, amik," lagi kuat batuk kedengaran. Ha ambik Abang Jamal, jangan tak ambik. Rugi kalau tolak.


"Ish, tak nak aku. H1N1 agaknya tu," ketawa Abang Jamal Lagi kuat. "Nanti tak pasal-pasal pulak." Hahahaha


"Apa salahnya Abang Jamal. Nanti Akma suruh Mail hidupkan van jenazah tu, dah lama tak hidup tue," sahut Puan Akma di sebelah aku. Bertambah besar gelak seisi office ini.


"Amboi, van jenazah yer Akma, ish,ish,ish." Disambut dengan gelak ketawa rakan-rakan yang lain.

Suasana di office ini ada masanya sungguh meriah dengan bermacam gelagat. Sehingga membuatkan gusi aku kekadang tidak kekeringan. Dan sesungguhnya aku percaya dengan susanan begini sebenarnya ia dapat mengurangkan tekanan apabila berhadapan dengan bebanan kerja yang bertimbun. Kadang kita tidak sedar, tekanan kerja boleh membawa kepada satu kesan negatif yang tidak kita jangkakan. Kesan yang boleh membawa satu keadaan huru-hara bukan sahaja kepada individu malah mereka yang berdampingan bersama. Adakah ini yang kita inginkan? Mestihal tidak bukan.

Apa yang boleh aku katakan hanyalah berwaspadalah dengan segala apa yang berlaku di sekeliling anda. Jerebu hendaknya memudaratkan kesihatan. Sementara masih sihat, jagalah anugerah Maha Esa dengan sebaiknya. Ingatlah lima perkara sebelum lima. Dan antara satunya ialah kesihatan. Seperti yang telah dinyatakan. Kesihatan adalah antara anugerah yang tidak terhitung nilainya. Jagalah anugerah tersebut selagi kita mampu sebelum ianya ditarik. Tatkala itu hendak menyesal kemudian hari pun sudah tidak berguna lagi.



Awalnya, dalam cadangan aku bukan ini yang aku ingin postkan. Aku kehabisan idea. Entahlah, aku pun tidak tahu kenapa dengan kepala otak aku hari ini yang kurang berfungsi mencurahkan idea di sini. Agaknya, perut aku yang selama ini jarang diisi dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan. Dari western sehinggalah ke melayu nya. Bukanlah aku menyalahkan dengan rezeki yang diperolehi, malah aku bersyukur sesangat akan apa yang diberi kepada aku hari ini. Sangat bersyukur. Pagi, perut ku diisi dengan keenakan masakan western, SPAGHETTI. Tengah harinya, sekali perut aku diisi dengan sebungkus nasi lemak.

Enak bukan? Pasti. Sungguh enak, sehingga membuatkan perut ku penuh dengan semuanya. Selama ini aku menyangka aku dianugerahkan 'dua' perut, tetapi hari ini aku sedar, aku bukanlah manusia luar biasa dijadikan Tuhan. Aku hanyalah manusia biasa seperti yang lainnya. Dan hari ini aku sedar, 'Berhentilah sebelum anda kenyang'. Ada benar akan apa yang telah dipesan oleh Baginda SAW. Cuma, kita manusia ini degil untuk mengikutnya, termasuklah aku.

Aku tertarik dengan sebaris ayat yang aku dengar tatkala mataku meminta-minta untuk ditutup. Namun aku berjaya menghalangnya sebentar. Dan sebentar itu lah aku mendengar ayat tersebut. 'Kasih ayah sepanjang zaman, kasih ibu membawa ke syurga'. Inilah awalnya ingin aku kongsikan bersama, namun seperti yang telah dinyatakan, aku kehabisan idea yang pergi entah kemana. InsyaAllah, minggu depan akan aku kongsikan bersama. Cukuplah setakat ini. Semoga kita semua mendapat hujung minggu yang kita inginkan.

aurafitra


0 comments: