Monday, June 15, 2009

Kasih Ayah Sepanjang Zaman, Kasih Ibu membawa Ke Syurga

Salam,


Kesesakan Kuala Lumpur.

Bukanlah perkara asing bagi aku. Tetapi untuk aku betul-betul 'berada' di dalam kesesakan bukanlah suatu perkara yang sinonim dalam diri aku. Tambahan pula, tatkala aku dipinta untuk memunculkan diri di office lebih awal daripada biasa. Aduh, usah digambar lagi perasaan yang sedang aku alami ketika itu. Semua nya ada. Cakap sahaja apa yang terlintas di kepala. Tidak senang duduk aku di atas kerusi yangt idak beberapa empuk itu.


Pagi aku hari ini bermula sebelum muazzin mengalunkan suaranya yang indah. Di tambah dengan hujan yang turun mencurahi bumi gersang ini, kalau diikutkan betapa sedapnya aku memalaskan diri di atas katil ditemani bantal-bantal yang sungguh enak dipeluk. Tetapi mengingatkan tugasan yang diberi, aku terpaksa melawan nafsu yang biasa menguasai diri. Tetapi malangnya, apa yang berlaku tidak seperti yang aku harapkan. Kerana 'kesesakan' itulah semua perancangan aku musnah. Aku lupa,alpa, dan entah kemana melayangnya fikiran aku. Cuti sekolah telah pun sampai ke penghujungnya. Bermualah lembaran baru sesi persekolahan. Dan semestinya ianya membawa kepada kesesakan yang teramat. Aku benci sesak. Aku bukan lah seorang penyabar. Tambahan ini hanya merupakan kali kedua aku menggunakan perkhidmatan ini. Besar kiranya harapan di hati untuk sampai sebelum 7.30 am. Tetapi apa yang terjadi? Sungguh. Cukuplah dua kali itu. Tidak akan ada yang ketiga.

Tetapi kesesakan itu sebenarnya juga membawa hikmah ke dalam diri aku. Tatkala aku kelam kabut berjalan menuju ke office, (kelemahan diri yang tak dapat dibuang), aku terserempak dengan seorang sahabat pangkat 'kakak' yang agak lama tidak berjumpa. Walaupun awalnya 'ketidakpastian' beraja di hati, tetapi aku memberanikan diri menegur dan betul. Nak buat macam mana, 'akak' berjalan sambil memandang ke bawah kan? Dan kerana lambat aku jugalah aku berjumpa dengan seorang sahabat lama sewaktu alam persekolahan dahulu. Banyak kenangan manis dan pahit antara aku dan dia. Tetapi, kehendakNya, kami berjumpa walaupun hanya seketika. Nak buat macam mana, keadaan tidak mengizinkan. Maklumlah, jadi penyambut tetamu hari ini di majlis persaraan kakitangan DBKL. Bukan itu sahaja, nampaknya hari ini memang Allah memurahkan rezeki aku. Sekali lagi sarapan pagi aku dihidang dengan keenakan SPAGHETTI. Aku tak kisah, apa yang orang lain rasa akan 'sarapan' mereka, selagi ianya kena dengan 'tekak' aku, bertambahlah sarapan aku. Hidangan nasi lemak juga menjadi hidangan tetapi terpaksa 'menyimpan' untuk menggantikan 'lunch'. Jimat sedikit duit yang semakin mengecil nilainya.


Kasih Ayah Sepanjang Zaman, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Mesti timbul pertanyaan berkenaan en3 lepas, bukan? Bila aku dengar ayat ini? Tanpa ingin membuatkan anda tertanya, inilah dia jawapannya. Khutbah Jummat. Anda pasti? Yakin? Hundred percent. No question. Biasalah, waktu itulah biasanya 'peluang' diambil untuk cuba merehatkan mata. Walaupun, itu bukanlah peluang yang 'sebaik' dan 'sebetulnya'.

Apakah yang kita rasa apabila mendengar ayat ini? Herm, persoalan yang aku rasa tidak dapat di gambarkan jawapanya. Kasih ayah dan ibu. Membuatkan bulu roma di tangan aku tegak menaik tatkala aku mendengarnya. Dan aku pasti anda juga begitu bukan? Untuk bercakap pasal kasih ibu dan ayah bukanlah mudah. Kadang, kita hanya pandai berkata, pandai 'berkhutbah' tetapi ianya hanya bermain-main di mulut. Bukan? Apakah sumbangan yang telah kita berikan? Adakah sumbangan yang telah kita berikan?

Aku tertarik dengan satu email antar beratus email yang 'biasa' memenuhi inbox simpanan aku. Terima kasih Faizal yang rajin men'forwardkan' email kepada aku. Anda masih ingat akan iklan yang satu hari mengisi ruang telivisyen kita semua berkenaan upah yang anak minta atas upah diarah membeli barang? Terharu aku tatkala menonton iklan tersebut. Begitu juga dengan email yang aku perolehi. Membuatkan air mata lelaki ini bergenang tetapi oleh kerana ego yang tinggi, maka bertahanlah air mata itu.

Sehingga pagi ini ianya masih membuatkan aku berfikir akan kasih aku kepada ibu dan bapa? Apakah setimpal selama ini kasih yang dicurahkan mereka dengan kasih yang aku berikan? Apakah cukup balasan yang aku beri kepada mereka? Aku sedar. Kasih mereka tidak akan dapat dibalas walaupun seluas laut cina selatan kasih ingin aku berikan kepada mereka. Setinggi gunung everest aku curahkan. Semua masih sekecil zarah kasih aku kepada mereka. Dan aku takut, adakah aku mampu untuk memberikan 'gaji' pertama aku kepada mereka? Sempatkah aku? Tetapi aku masih mendambakan diri kepada buku-buku yang perlu aku hadap siang dan malam. Aku penat dan tetapi atas kehendak semua aku masih disini. Masih meneruskan perjuangan yang masih belum selesai. Secara jujurnya, aku awalnya berada dipertengahan antara kehendak ibu dan bapa. Mana satu menjadi pilihan? Tentulah ibu bukan? Tetapi aku masih ragu, kehendak bapa tetap ingin aku penuhi. Dan akhirnya keputusan muktamad, keinginan bapa yang ingin aku penuhi. Selama ini, aku akui, aku lebih 'rapat' dengan ibu berbanding bapa. Kini masa untuk aku 'menghabiskan' masa sementara masih ada. Kita tidak tahu apakah yang bakal berlaku kemudian. Dan kita hanya mendokan yang terbaik. Tetapi apabila yang Maha Esa berkata 'Jadilah Engkau', dan 'Terjadilah apa yang Dia inginkan'. Waktu itu, kita bukanlah sesiapa lagi. Alangkah bagus kalau waktu boleh diulang. Alngkah bagus.... Tetapi siapalah kita? Hanya manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa.

Apa yang ingin aku katakan disini, dalam kita mengutamakan Ibu, janganlah dilupa pada yang satu, Bapa. Mereka juga telah berhabis sehabis-habisnya untuk membesarkan kita. Janganlah dibeza antara dua, tanggungjawab kita kepada kedua-duanya. Ini hanyalah pandangan peribadi. Seperti selalu, kita masing-masing mempunyai pendapat dan aku alu-alukan kita berkongsi bersama. Tetapi malangnya, setiap en3 di dalam blog ini tidak boleh dikomen. Entahlah kenapa. Hanya mereka yang pakar dapat menjawabnya. Semoga ibu dan bapa beroleh kesihatan yang sebaik-baiknya. Amin.


aurafitra


0 comments: