Friday, February 21, 2014

Masakan MAK,TOK dan MAKCIK

Salam,

Kelaparan di malam hari. Balik keje biasanya kita mesti nak cari sesuatu untuk di jamah kan? Mengharapkan yang semuanya dah tersedia. Balik keje, biasalah, aku rasa normal lah macam tu. Tapi bila dah duduk seorangan ni macam ni lah. Balik keje, kalau tak makan waktu kerja tu macam ni lah jadinya. Tapi aku cuba bertahan, bertahan kan dari nafsu makan. InsyaAllah, aku bersama dengan mereka yang masih kelaparan mencari sesuap nasi. Alhamdulillah aku masih mampu menjamah sedikit air sebagai pengisi perut tapi mereka? Hanya Allah yang tahu macma mana mereka menahan lapar, menangis melihat anak-anak mereka kelaparan meminta sedikit untuk di jamah. Walaupun air yang sepatutnya berasa MILO itu seperti air kosong rasanya, aku masih bersyukur dah masih mampu ketawa memikirkan kelemahan dalam membuat air aku. Bersyukurlah, itulah rezeki kita pada malam ni.


Terliur dak? Inilah yang membuatkan aku terliur di malam hari. My favourite. Masakan mak cik aku. Even suruh mak try buat macam ni pun lain jadinya. Tapi masih sedap dan masih bersyukur dapat makan macam ni. Hidup aku simple. Nasi putih dengan ini pun sudah cukup untuk aku jamah dan mengeyangkan. Untung juga hidup simple macam ni, tak menyusahkan orang nak masak sedap-sedap. Untunglah sapa yang bakal menjadi suri di hati. Hahahaha gara-gara gambar ni yang baru di upload oleh mak cik aku kat facebook membuatkan aku merindui mereka semua. Alangkah bagus kalau aku boleh balik dan menjamah semua ini. Ini lah yang di namakan pengorbanan. Membaca buku tadi ada menyebutkan pengorbanan dan pengorbanan itu memerlukan kesabaran. Tanpa sabar, sia-sialah pengorbanan itu. Alhamdulillah, aku cuba mendekatkan diri dengan Nya dengan membaca buku sebegini, dan akhirnya aku nampak sedikit perubahan di dalam pemikiran aku berkenaan dengan perkara sebegini. Alhamdulillah, untuk berubah memerlukan langkah pertama dan ini adalah langkah pertama ku. Sehingga bertemu lagi.. insyaAllah, jangan terliur, ini namanya ikan bilik goreng tempoyak. Marveles!!!!

aurafitra

Tuesday, February 18, 2014

Living Check by check.

Salam,

Another day another tuesday. Dah kena start mengira bila lah nak gaji lagi ni. Lambat nya rasa. Susah bila kena hidup check by check ni. Semua nya serba tak cukup. Tapi bersyukurlah, masih di kurniakan rezeki berbanding dengan mereka yang kurang di berikan rezeki. Tu lah, manusia kadang-kadang tak pernah cukup. Semua nya nak banyak. Yang di berikan tak pernah cukup. Menjadi pekerja kepada sesebuah company ni macam ni lah gayanya. Setiap bulan mengira bila nak dapat gaji. Dah dapat, macam ni lah, semuanya hanya untuk membayar segala hutang. Simpan pun terpaksa di keluarkan balik. Macam mana nak menyimpan. Dah nasib badan menjadi pekerja berkolar biru atau pun putih, sama sahaja. 

Begitulah rasa tersiksa bila tengah-tengah bulan kena start mencatu segala yang ada. Bukan setakat mencatu air macam sekarang yang tengah musim kemarau. Macam-macam kena catu. Nak kaya kenalah berbisnes. Tapi bila nak berbisnes tak cukup modal pulak. Asyik mengeluh pun tak guna juga. Kenalah mencari cara macam mana nak memperbaiki diri dari hidup check by check jer kan. Usaha tangga kejayaan.Hampir semua orang begini, kecualilah mereka yang berniaga. Memang tak lah hidup macam kami yang bekerja begini. Herm, usaha-usaha mencari yang lebih baik. Bestnya lah hai kalau esok masih bercuti. Malas pulak nak bekerja macam ni. Tapi itulah sumber rezeki, nak tak nak kenalah mencari dan menempuhnya dengan rela. Kalau tak herm memang hutang tak akan selesai. 

aurafitra  

Thursday, February 13, 2014

Mudahnya Cinta

Salam,

Hai sejak dua tiga hari rajin pulak aku nak update blog ni kan? Saja jer sementara menanti masa nak pergi kerja tu, baiklah update sikit-sikit, sekadar perkongsian. Dah bangun awal sangat nak tidur pun tak boleh, herm ini lah kerja nya. I think should do this more often rather than looking for never ending excusess. Kan? Life is too short so nikmatilah hidup ini dengan sebaiknya. Nikmati bukanlah dengan melakukan perkara yang tidak elok, sebaliknya perbanyakkan perbuatan yang mendekatkan kita kepada Pencipta. 

Begitu juga dengan cinta. Mudahnya cinta itu bagi seorang manusia. Mudahnya cinta beralih arah. Mudahnya cinta itu datang dan pergi. Semuanya mudah lah bagi seorang manusia bila bercakap tentang cinta. This past month, i have witnesses things like this lah. Berjumpa dengan yang lain, meninggalkan yang lama. Aduh!! Sungguh mudah nilai cinta itu bagi mereka, dan juga seribu satu alasan di berikan apabila hendak meninggalkan yang lama. Tapi itulah hakikatnya, begitulah sebenarnya yang terjadi dan mengajar aku untuk melihat kembalik makna cinta itu sendiri.


Macam mana hebat pun sekali cinta itu, kalau tak ada jodoh memang begitulah nasibnya. Betul juga kata mereka, cinta lah macam mana pun, tunang lah sekalipun, kalau masih tak ada jodoh tak ada juga. Sebahagian daripada itu, aku mempercayainya. Ada juga sebahagian yang lain aku percaya yang lain. Dan yang lain itulah yang susah untuk di cari jawapannya. Entahlah, itu lah di namakan mainan cinta, dan aku bukan lah orang sebetulnya untuk di jadikan kaunselor. Aku pun terkontang kanting dalam melayari kehidupan di dunia ni. Ingatlah juga, berpisah lah ke selatan dan utara, kalau masih berjodoh akan di pertemukan jua akhirnya. Lambat atau cepat sahaja yang menentukan. 

aurafitra   

Tuesday, February 11, 2014

Dugaan dan cubaan. Jangan Bersedih

Salam,

Post pertama untuk tahun baru ini. Walaupun dah masuk bulan ke dua di tahun 2014 ni, baru kali ni rasanya aku mampu nak update blog ni. Bukan lah sibuk sangat sampai tak ada masa nak update, bukan lah juga seorang yang mencari sesuatu untuk menyibukkan dirinya dari mengupdate blog ni, tapi ada saja halangan dan dugaan yang menghalang dari untuk aku update blog ni. 

Harapan untuk tahun baru ni semoga semua nya elok belaka bagi diri aku. Dan aku percaya bukan aku sahaja, malah semua orang inginkan kebaikan dalam serba serbi untuk tahun ni. Tapi malangnya bagi aku permulaan tahun ini bukan lah sesuatu yang boleh menyenangkan perasaan dan minda. Semuanya serba tak kena dan semuanya mendatangkan kedukaan di dalam diri aku sendiri. Di manakah silapnya dan di manakah datang semua dugaan yang perlu aku tempuhi ini. Untuk seketika, aku kecewa dan aku merasakan yang aku betul2 di hujung jalan, tiodak tahu lagi ke mana arah harus kutuju. Segala perasaan, marah, kecewa, sedih, semua yang seangkatan dengannya ada di dalam jiwa aku ketika itu. Kalau lah bukan kerana Dia, tak tau lah apa yang akan terjadi kepada diri aku. Kadang aku terfikir, di manakah silapnya diri aku, di manakah salahnya diri aku ni. Ketika itu juga begitu senang untuk menyalahkan Dia di atas segala apa yang terjadi. Memang mudah menyalahkan orang lain dari menyalahkan diri sendiri bila otak tidak dapat berjalan untuk berfikir dengan sebaiknya. Semua orang perasan, semua orang menjadi mangsa akan perasaan yang timbul, dan yang lebih buruknya, aku menyalahkan Dia di atas apa yang terjadi. Walaupun dugaan ini hanyalah sebesar zarah bagi mereka yang lebih banyak dugaannya, lebih besar dugaanya daripada yang sedang aku alami ketika itu, bagi aku ketika itu cukup sudah untuk menjatuhkan diri aku ke lembah kekecewaan yang amat dahsyat. Kecewa, kenapa masih ada manusia begitu, kecewa kenapa aku berbuat demikian ketika kejadian, kecewa kenapa aku di sabitkan bersama, di heret bersama di dalam masalah yang bukanlah berpunca dari diri aku. Tapi itulah hakikatnya hidup bermasyarakat, di dalam sebuah organisasi yang di dalamnya terdapat manusia-manusia yang bermacam ragam, suka atau tidak, terima lah kenyataan nya. 

Walaupun begitu hebat dugaan yang mendatang, alhamdulillah, aku masih dapat membezakan di mana baik dan buruknya sesuatu kejadian itu. Alhamdulillah, aku kembali kepada Dia yang mengetahui segala isi di dalam hati aku malah sedunia. PerancanganNya lebih baik dari segala perancangan aku. Mungkin ini lah satu dugaan untuk menduga diri samada aku masih mengingati Nya di saat semua ini terjadi. Aku terima dengan redhanya apa kah nasib aku kemudian hari dan aku percaya, semuanya adalah untuk kebaikan diri sendiri. InsyaAllah, ada yang lebih cerah menanti di hadapan. Dunia bukanlah selalu gelap, pasti fajar akan muncul setalah kegelapan hanya cahaya bulan yang menyinari ketika itu. Aku mengharapakan aku bukan lagi berada di dalam kegelapan, malah sedikit demi sedikit, kecerahan akan muncul. Ingatlah Allah sentiasa, insyaAllah, Allah akan mengingati kita. Cukuplah walau sebesar zarah Allah mengngiati diri kita dari tiada langsung di dalam pandanganNya. Langkah pertama itu penting dan semoga aku istiqamah dalam mendekatkan diri kepadaNya. Istiqfar, berzikir, semoga aku dan kita mendapat ketenteraman di dunia malah di akhirat kelak. Semoga segala kekusutan, kekecewaan, kesedihan yang melanda dapat di hindari dengan mendekatkan diri kepadaNya. Sibukkan diri dengan kerja yang berfaedah, jauhkan diri dari marah, jauhkan diri dari mearasa kecewa, sesungguhnya Allah akan membantu kita dalam segalanya. Allah sentiasa ada ketika kita susah dan senang, jangan ketika susah sahaja kita mendekatkan diri kepadanya. ketika senang? kita lupa, alpa dengan keduaniaan. InsyaAllah, sama2 kita membaiki diri kita menjadi insan yang lebih baik. Janganlah bersifat hasad engki, dan jangan juga menjadi pendengki. Orang yang di dengki itu lebih tinggi mulianya dari kita. 

aurafitra