Tuesday, July 14, 2009

BORING!!! What else can we say???!!

Salam,

Boring! Boring! Dan BORING!!!! Kalau aku tahu begini keadaannya, 7 gunung akan ku daki. Laut Cina Selatan akan kuredah! Apa lagi yang boleh aku lakukan, kabarkan sahaja kepada aku. Akan aku laksanakannya tanpa ragu. Kalau nak join pun boleh juga. Hehe Tak adalah, buat semua benda ini juga memerlukan 'duit'. Bukan sikit bila kita nak involve dengan aktiviti luar ni. Banyak yang perlu kita korbankan. Pastinya duit lah. Kalau dah 'kedekut' dan 'berkira' macam aku ni, memang tak payahlah berangan nak join aktiviti-aktiviti macam ni.

Boring.

Kenapa aku boring? Persoalan pertama yang perlu di jawab. Semestinya kerana kelas aku yang tak best langsung. Bukan lah tak best nak attend kelas tu, tapi jadual kelas aku dalam seminggu. Aduh! Geleng kepala aku. Bayang kelas hanya pada isnin hingga khamis. Dan hari rabu dan khamis, satu kelas je aku kena attend. Boring! Dan aku bukan lah seorang yang 'poyo' atau 'gerek sei', tapi itulah hakikatnya. Di sini tak sama dengan di Kuala Lumpur. Di sini tak sama dengan universiti di Selangor. Di sini mungkin sama dengan UUM. Haha Sori budak UUM. Kita akui kan benda tu. Of coz lar tak sama. kalau kat KL tu boring-boring, anytime boleh keluar. Kat sini, mana nak keluar? Taman U? Tebrau? Hah! Itu jer lar tempat yang ada pun. Kalau tak di bilik jer lar nampaknya. (dan tiba-tiba line putus, tapi aku still masih meneruskan taipan ini haha). Dan aku bukan lah seperti insan yang lain, yang suka balik rumah. Aku telah di latih untuk 'mendewasakan' diri sejak aku berumur 12 nak masuk 13 lagi. Bukan lah bangga, tapi itulah sebenarnya didikan orang tua. Diri kita pada hari ini adalah hasil yang dibentuk oleh mereka. Cumanya bagi aku 'kedekut' tu dari sapa aku warisi ha? Aku pun tertanya juga ni. Rasanya yang lain tak kedekut pun. Tambah big bro! Hehe Dan sory yer orang Melaka. Entah lah kenapa lar 'kawan-kawan' Melaka ni suka sangat balik. Baik duduk jer rumah. Ulang alik dengan UTM nie. Apa salahnya. Wakakaka Lagi sekali jangan marah yer orang Melaka. LOVE you guys!! Budak Melaka tu kan baik. 'Baik' sangat (ceh, nak cover tu).

Dan esok! Apakah rancangan aku? Kelas yang 'satu' dibatalkan. Totally i'm free. But did'nt know what to do. God help me!! Takkan nak tidur jer. Dah penat dah tidur. Cukup-cukuplah tu. Habis tu apa lagi aktiviti yang boleh di lakukan? Nak keluar? Ongkos juga. Terpaksa la memikir jalan yang terbaik. Dan apakah jalan terbaik itu. Tgk wayang? Good idea (maklumlah dah ada wayang kat sini, tapi MBO jerlar, dan ianya sungguh 'hampeh'. But at least ada kan, itu yang penting). And pilihan lain? Macam tak ada jer. Pilihan lain tu agaknya mengadap laptop ni jer lar. Berdoa jer la yang line esok senang nak dapat. Sekarang nak dapat line nak connect internet ni susah sungguh. Rasa macam dah buat penambaikan, tapi macam pengurangbaikan ada lar. Hehe gurau jer yer UTM. (Petang-petang buat aku lapar pulak dan teringin sungguh bubur nasi hehe).

Herm apa lagi ea perkembangan yang boleh aku updatekan di sini. Sejak dua menjak ni kan, malas betul nak update blog ni. Nak kata bz, tak bz langsung. Nak kata buat kerja lain, ada lar kot, itupun tidur jer lar. Hehe, entah lah, idea tu masih kurang. Agaknya otak masih belum dikerah sepenuhnya. Sebaliknya otak dikerah memikirkan perkara-perkara lain yang tidak ada kena mengena langsung dengan pembelajaran ni. Hehe Apakah perkaranya jangan lah di tanya. Hehe Ha! Setelah berzaman aku di sini, rasanya ada lar ini kali ke 3 atau empat aku membeli buku teks. Yahoo!! Lama rasanya aku ni bukan macam pelajar. Akhirnya ada juga buku yang boleh aku 'balutkan'. Suka balut-balut ni. Merindui zaman dulu. Kalau bab balut ni kan, paling fail nak balut si Syapit. Paling 'mantap' biasa lar, tak lain tak bukan aku lar. Second jatuh kepada 'budak Melaka' tu, Ming. (Shh, diam-diam tau, nanti tak pasal-pasal kena serang! Hahaha) Jangan marah kawan. Kalau marah pun, aku tak terror nak memujuk ni. Korang suruhlah buah hati masing-masing memujuk. Wakaka

Herm, apa lagi yang boleh diupdatekan? Masih memikirkannya. Tapi rasa macam dah tak ada nak update. Banyak nak update tapi seperti biasa, idea tak ada. Oklah, maghrib semakin hampir, pastu nak kena keluar 'mengeluarkan' duit untuk kebaikan. Yang ini kebaikan. Hahaha, ok lah see ya until next time. Ciao!

aurafitra

0 comments: