Monday, October 25, 2010

Space

Salam,

Setiap kali ingin menulis untuk N3 baru disini, permulaan tu mesti susah nak cari ayat. Tapi bila dah jumpa permulaan itu, langkah seterusnya mesti lebih mudah. Laju seperti 'bullet train' yang laju tu. Ada satu persoalan di sini, apakah binatang yang terpantas di dunia? Apa kena mengena pulak dengan binatang terpantasnya? Saja, nak menguji minda. Kalau minda dah asyik duk terperap tu sekali sekala kena di asah juga.

Ok, aku dah jumpa ayat permulaannya. Tapi masih juga susah jer nak mencari idea di kala ini, saat-saat menunggu masuknya solat isyak ni. Tajuk dah ada, cuma nak menghuraikan tajuk tu yang tak ada. Sudah aku jauh melalut. Jangan gelak, senyum jer lar yer sapa yang baca. Kita kembali kepada topic kita pada N3 kali ini. Space ataupun dalam bahasa melayunya ruang. Bukan lah niat di hati nak menulis berkenaan dengan ruang sebuah rumah, kedai, ruang kosong dan sebagainya. Tapi 'ruang' yang satu dalam hidup manusia ini yang menjadi perhatian dan keinginan di dalam setiap mereka yang ebrgelar insan. Sometime we DO need SPACE. Kalau asyik di tembak, mati lar akhirnya. Walaupun jasad tetap di sini, di dalam hati siapa yang tahu. Ada mereka pernah memikir kan itu. Itu yang aku lihat, kebanyakan dari kita sekarang lantang memperkatakan apa yang mereka suka dan ingin. Tanpa memikir perasaan pihak yang di kata. Itulah gunanya otak, tapi kita tak menggunakan kelebihan yang di anugerahkan itu dengan sebaiknya. Sebaliknya, bak meletupnya bom jangka, terus melulu tanpa terhenti walau sedetik. Tidakkah kita bersyukur dengan anugerah yang di berikan? Jangan nanti kita di samakan pulak dengan 'lembu' walaupun mempunyai otak, tapi tidak boleh berfikir.

Mungkin ada betulnya, nasihat, mengambil berat. Boleh di terima, tetapi itu lah kadang-kadang kita perluakan 'space' itu, jangan sampai 'rosaknya' hubungan yang terbina. Tawarnya hati susah nak ubat, kalau tawarnya makanan, ada ubatnya. Bukan begitu. Cukup-cukuplah kalau nak 'berlagak' awak semua tahu. Dunia dah berubah. BUkan lagi zaman 70an, 80an. Tolong, kalau nak cakap sesuatu, depan mata ni. Biar aku betulkan apa yang salah. Ini tidak, masih nak menegakkan benang yang basah. Kita menghormati tapi tahap penghormatan yang di beri itu ada hadnya, bukan begitu? " Nak buat master kena kerja dulu. Tu la lain kali tanya mereka yang tahu". Jujurnya aku tak kisah lah kalau mereka ni mengatakan setakat nak buat master kena kerja dahulu, tapi ayat terakhir tu memang sungguh menyakitkan. Walaupun bukan aku yang mendengar, melalui penceritaan itu pun sungguh menyakitkan. Kalau tahu sangat, kenapa salah jer yang di katakan tu? Tak apa lah, apa sahaja lah, aku terima dengan hati yang tak terbuka kerana selama ini sudah asyik terbuka jer hatinya. Itulah, kita ni mempunyai tahapnya, bukan sahaja konkrit tu yang mempunyai hadnya sebelum pecah. Nak bukti surat tawaran ker? So cynic!

Itu satu perkara, ini lagi satu perkara. Rasanya memang betullah kata 'metro' hari tu, laman sosial ini lebih banyak buruknya dari baiknya. Bukan setakat lama sosial, malah internet. memang aku akuinya, tapi tak pernah terkena di kepala sendiri. Sekali terkena, banyak yang menyakitkan dari menyenangkan. Kenapa lar semuanya perlu menjadi isu? Pelik sungguh manusia ni. Buatla hal sendiri. Tak perlu menjaga kain orang lain, kain sendiri pun tak cukup nak di jaga. Kan? Harmonikan lah dulu 'kain' sendiri dari nak jaga harmonikan 'kain' orang kerana sesungguhnya tak kan harmoni 'kain' orang tu. Lebih banyak buruknya dari baik menjaga kain orang lain, dan teruk juga akibatnya kalau tak di kawal.

Oklah, setakat jer yang mampu di garapkan di sini untuk N3 kali ini. Semoga kita semua mendapat pengajaran dari apa yang cuba di sampaikan di sini. 'Kita cuma akan menghargai sesuatu apabila sesuatu itu telah tiada', Petikan dari drama taubat nasuha yang dikatakan sungguh sedih. Ramai sangat dah amik petikan ni, aku pun dah masuk dah sekali.

Truthfuly,
aurafitra

Saturday, October 16, 2010

Choices....

Salam,


Another day, another hour, just passing by. Hari-hari yang di lalui masih seperti itulah hendaknya. Apa lagi yang boleh di minta? Penat sudah rasanya 'meminta'. Lebih baik memberi kalau begitu lah caranya. Bukankah memberi itu lebih baik dari menerima dan meminta? Its been a week from my last week birthday, and i'm still thinking of my ages, my life and all the things supposedly happen but it didn't. I'm not asking for more, i'm just asking for this one, and hoping this coming very soon.


Walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan. Samada telan sahaja yang pahit atau buang ke dalam tong sampah yang memang sudah tersedia. Pahit mempunyai lawannya, manis. Di dalam pahit ada manisnya. Maka disitulah kadang-kadang kita sebagai manusia lupa dan hanya menumpukan kepada yang pahit sahaja sehingga mengabaikan yang manis. Sudah semestinya yang manis itu lebih sedap dari yang pahit. Tetapi manusia mudah memilih yang pahit kerana sifat kita yang lebih banyak mazmumah dari mahmudahnya.


Semuanya berkaitan dengan pilihan. Tak dapat kita lari dari membuat pilihan sepanjang kita bergelar insan. Samada yang baik atau sebaliknya yang di pilih, semuanya terpulang kepada mereka yang bergelar insan itu sendiri. Perjalanan bukan semakin dekat sebenarnya, masih jauh dan banyak yang perlu ditempuhi. Andai tersalah pilihan yang dibuat, bertambah jauhlah perjalanan itu. Oleh itu, kebijaksanaan amat di perlukan di saat kita cuba menentukan masa depan kita, membuat keputusan bukan untuk hanya untuk jangka panjang, jangka pendek juga tidak perlu dilupakan.



Dan pilihan paling utama kita sebagai seorang umat Islam adalah memilih diantara Syurga dan Neraka. Pilihan ini lah yang menetukan kehidupan kita sebaik sahaja kita meninggalkan dunia yang fana ini. Pilihan ini lah yang menentukan di manakah tempat yang kita akan berada dengan kekalnya. Buatlah pilihan yang 'bijak' dan bertindaklah mengikut 'pilihan' itu.  



Dan tiba-tiba jer serius. Kan? Actually, tak ada idea nak tulis apa, cuma teringat nak kaitkan entry sebelum ni dengan entry yang ini. Jadilah ia serius bagai nak rak. Tapi, sebenarnya, thats the real thing. Either we like it or not, gotta face it. Its all about choices. Whether it is the right or wrong. We are the one responsible to make it. Not anybody or everybody. (Teringat dialog Ron dalam Harry Potter, Not me, not hermoine, but you Harry, kind a like that haha). Sebenarnya nak upload gambar konvo, waktu atas pentas, tetapi lambat pula dia upload, so, abaikan jer lar. 

Oklah setakat ini sahaja yang mampu aku coretkan di petang sabtu yang panas lagi tak menyamankan ini. Hehe gurau jer, sehingga bertemu di lain kali, Ciao.

Truthfuly,
aurafitra

Monday, October 11, 2010

Life's SUCK without you

Salam,

Tajuk macam bikin gempaq sei. Hahaha tiba-tiba teringat lagu Kelly Clarkson tu. Bukan lagu yang aku suka dengar pun sebenarnya, tapi ada kaitan dengan apa yang aku hendak garapkan kali ini. Its been emotional for me this past few days. Kadang-kadang, terfikir, life's suck, just terlintas, sapa yang tak pernah terlintas kan di fikiran perkara-perkara macam ni, bila emosi menguasai diri, semua yang negatif mula berlegar di dalam fikiran. Tambah-tambah kita ni pulak jenis yang berfikir, melihat semua angle dalam membuat penilaian dan berfikir. Ialah, manusia ni, fikiran mudah terpedaya tambah lagi dengan hasutan musuh kita umat islam yang utama.

Till today, my head just keep spinning, thinking, thinking, and thinking. Bermula jer aku mencelikkan mata aku ni, its keep coming back apa yang berlaku semalam. Its hurt, i mean really. Tapi aku bukan lah jenis seorang yang terlalu menunjukkan semua emosi yang berada itu di wajah, dan mungkin mereka tak akan menyedarinya pun. Dan aku bukanlah jenis yang outspoken, menyatakan apa je yang di fikir dan terlintas. Betapa aku mengharap aku adalah seorang yang begitu sebenarnya. So, kita berani menyatakan pendirian membalas semua 'peluru' yang dituju kepada aku. Lantaklah, apa orang akan rasa kan kalau kita cakap yang menyakitkan hati mereka. Selama ini, aku terlalu memikirkan orang, mengikut orang kata a to z, dan sebagainya. Tapi aku sememangnya bukan begitu. Dilahirkan dan ditakdirkan aku menjadi sebegini. Semua perasaan itu, marah, sedih, sakit hati hanya menjadi tatapan aku sendiri dan sekarang blog ini lah tempat aku luahkan. Apa yang aku dapat dengan meluah kat sini pun aku tak tau. Tapi at least, bebanan tu rasa kurang walaupun sebenarnya aku teringin sangat nak membalas semua kata-kata yang pahit lagi memahitkan itu. Dengan apa yang aku dengar semua, melihat, berhadapan, dengan mereka yang tak memahami lagi, its killing me. Kalaulahkan (kalau) aku ni bukan orang yang berpendidikan, beragama, dah tentu aku ambil tindakan yang amat membodohkan itu. 

And, i'm keep asking, apa jalan sebenarnya kehidupan aku ni? Apa sebenarnya ditakdirkan untuk seorang insan bernama 'aku' di sini.? Tak ada siapa yang dapat menjawab kerana siapa tahu masa hadapan. Bagaimana kita merancang dengan baik pun, tapi kalau di takdirkan begini jadinya, inilah yang terjadi. Dan aku akan terus bertanya sebenarnya. Sampailah takdir itu bertemu dengan diri ini. Takdir..... Inikah balasannya? Semakin aku berfikir, semakin ia jawapannya. All of this, its killing me. Not softly, slowly, instead its likewise. Betapa sekarang aku mengharapkan sebenarnya aku hanya aku seorang,berada di tempat yang aku tak perlu berhadapan dengan orang yang not so understanding, underestimate myself, me just being myself without facing this kind of people. I really am hoping i am living by myself without depending on this people anymore. I dont know this, but at this point, living with the strangers its more likely than the one closest to us. Thats what i feel at this time and really wish this come true very soon. Soon enough to make me think about me, just me, feeling just about me.. and all about me, myself. Me, me and me. 

Semakin kita berfikir, semakin serabut sebenarnya. I'm trying not to think about it, but its still berlegar di dalam fikiran. But what can i do now, just keep trying, praying and hoping all my wishes come true anytime soon. And just pretending that, all of this never happened and live my life well and appreciate every second of it. We can pretending, but inside, it still there, kukuh berada di dalam bersembunyi daripada mereka dapat menghidunya. That is me. The real me who love to keep everything inside, mad, sad, happy, and all the things inside. Keep praying becoz it is the most dangerous weapon in our lives. And i'm just hoping you guys pray the best for me as i pray for you guys. 

That's for now, and i'm just glad that i write something in here today. Till next time, see you and live a healthy life. Just ignore all the bad and aiming for the best. Ciao

Truthfuly,
aurafitra

Saturday, October 9, 2010

Happy Birthday

Salam,

Its been a while i didnt put my effort writing in this lovely and caring space. Hahaha Bukan mudah sebenarnya nak tulis dalam blog ni, sebab sambil menulis kena berfikir. And i hate that part lar. Thinking is always harder for me, and i've been doing this quite a long time. This whole years, its been tough as a student. Like you guys dont know it right. Hehehe So seboleh-bolehnya, aku tak nak lar berfikir sangat, although i know, kehidupan ni memang amat berkait dengan kita kena berfikir. Itu yang membezakan kita dengan makhluk Allah yang lain. And for that, we should be thankful, to be who we are today. 

Today, its MY BIRTHDAY. So happy birthday to me. Hahahaha umur semakin bertambah, kubur semakin memanggil. bila di fikir dan di ingati, its so scared, to death. Kadang-kadang berfikir, alangkah bagusnya kalau kita mendapat umur yang panjang kan? Sapa tak nak, semua orang nak, tapi itulah hakikat alam, lumrah kehidupan, hidup lawannya, mati. Nak tak nak kita akan berhadapan juga dengannya. Bila? Hanya Allah yang lebih mengetahui dan lebih menyayangi. 

So, apa ertinya birthday bagi anda? Entah lar, kalau tanya aku pun, sekarang aku tak tau nak jawab apa. Yang kita semua tahu, umur kita semkain bertambah dan keseronokan menyambutnya. Banyak intrepetation bila kita cakap pasal birthday ni. Macam-macam. Terpulang kepada individu sebenarnya, and buat masa ni,  ihave no idea.. actually i do, but with all the noise behind me, its really disrupting and stressful enough  to not make me post what i have in mind. Huhu, i've lost all the ideas i have. So, itu jer lar. Dan aku berchating dengan kawan aku, setiap birthday dia, menakutkan, becoz, there are some outhere saying actually our birthday is the day that we are going to leave this world, life forever. When think about it, i might be true and whatsoever, seperti yang telah aku katakan tadi, kematian semakin mengahmpiri. So adalah baik kiranya kita membuat persediaan. Manusia ni mudah alpa, especially aku ni, dengan dunia yang menawarkan perlbagai hiburan yang entah apa. Tambah lagi this cyber world. Lebih banyak keburukan dari kebaikkanya.. as what metro said. Hehehe 

So cukuplah setakat ni. Aku pun dahtak beridea dah. Hehehe sehingga kita berjumpa di lain kali. Apa-apa pun, its my birthday. Hehehe Ciao

aurafitra


Saturday, October 2, 2010

Open House And Movies

Salam,



Open house dah menjadi tradisi rasanya. Hari ni sahaja, dua buah rumah aku pergi untuk open house. So thankful for the invitation. I am full. Really. Although i dont feel it suit with my selera, but i still enjoyed the food though. Cant complaint. Orang menjamu, tak kan nak komplen pulak kan?? Hahaha aku ni bak kata orang lar.. tolak batu, kayu, besi jer tak makan, yang lain semua makan. Rezeki, mana boleh tolak. Betul tak? Cuma kalau tak sesuai dengan selera tu, there are no 2nd time lar. 1st time kalau tak kena tu, there will be no for the 2nd time. Hahahahahaha guarentee that. Tapi kalau kat rumah orang, tak ada lar macam ni.  I know how to behave, accordingly. 


Then, its time for me to takes time watching all the movies in my hard drive. I dont even watch even one movie or tv drama which i really enjoyed watching actually. So tonite, by hook or by crook, i 'm gonna push myself watching, finishing the series though. Currently Unnatural History, and of coz my favourite Supernatural and Smallville though. Hahahaha Without this two, feeling  like incomplite lar. Hahahaha Nak tak nak malam ni memang kena tengok nak habiskan. Kalau tak asyik teringat jer. Nak buat macam sekali layan, bukan aku yang layan, laptop yang layan aku. Hahahaha ok lah thats for now. Till next time. Ciao!

aurafitra

Friday, October 1, 2010

Orang Pertama..

Salam,


Orang yang pertama

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : H arun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW


Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

aurafitra

Thursday, September 30, 2010

My Convocation

Salam,


Just short n3 for today. I have a lot to say actually, but becoz of  time constraint, nothing much i can do. Hehehe so wuts up? Just back from my convocation on monday and it was a blast. Be there, togeher with all my family, family angkat, and friends of coz it's just amazing. I cant ask for more especially during my convocation. So i'm going to get my life back on track. And pray for the best. Amin


My family

 


aurafitra

Thursday, September 23, 2010

201/GRADUATION/HARI RAYA

Salam

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Tak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang bertamu di blog ni. Its been a while actually i didnta post anything in here. Hahaha Sedar tak sedar ini dah merupakan post yang ke 201 untuk blog ni.


Wut, 201???? Belive or not, yeah, it is my 201 post today. Sejak aku mula berjinak-jinak dengan dunia blog ni, rupanya2 dah sebanyak ini aku post di blog ni. Entah apa-apa jer lar yang aku merepekkan di sini kan selama ni? Hahaha dulu awal-awal, semangat jer nak update blog ni, sejak kebelakangan ni lain dah jadinya. Betulla kata orang, semua yang kita lakukan memerlukan konsisten. Jangan hanya berombak di tepi pantai (apa kena mengana entah, itu yang terfikir, taip jer lar). Awal-awal semuanya 'manis' tapi bila dah lama-lama, 'masam' la jadinya. Bukan begitu? Hehehe dah stuck dah actually, tak tau nak update pasal apa.

Convocation



After 3 years of hardwork, assignments and all the works, i'm officially graduating this monday. Yeah.. yeah... yeah.. 3 years, long enough to teach me how this life actually.
Banyak yang berlaku sepanjang 3 tahun ni. Happiness, sadness, geram dan semuanya lar ada sepanjang belajar ni. Dan ada juga keadaan di mana tiba satu masa yang i had enaugh! Cant hold it any longer and its shows. Hahaha bila teringat balik, kelakar juga. Tapi itulah hakikatnya. Belajar bukan senang, susah sebenarnya. Tapi akhirnya, me and my friends graduating this monday. Congrat guys. Its paid off for what we've been through together. Forget all the sadness and enjoy this weekend! Hahahaha

To be honest, i dont know my feeling. Part of me, i'm happy to attend this graduation. Another part of me,
rasa malasnya nak pergi malam ni (i'm off to Skudai tonight). Banyak persediaan yang perlu di lakukan, and i havent done anything yet. Hahaha Malas betul rasanya. Tapi tak apa lah, just pergi jer, apa yang terjadi kemudian redha jer. Hahaha

Oklah, i dont have any idea to write down today. I'm going upstaurs, packing my bag, and relax wait till this evening before i'm heading to johor, again after a while. Hehehe So ciao.. wish me all the best.

aurafitra

Friday, September 3, 2010

Kentang Putar, bukan sebarang Putar

Salam,

Beberapa hari sahaja lagi kita nak menyambut syawal. Tak sabar rasanya, bukan apa, boleh makan di siang hari balik. Hehehe nak buat macam mana, sah-sah aku ni pelahap orangnya. Jujur tu bagus, tak payah nak hipokrit. I hate hypocrite! Say no to that. Be yourself instead of what people are gonaa say abaout you. Let them be. Orang kalau dah tak tau nak buat apa, itulah kerja nya. Asyik nak sibuk akan hal orang lain. Ini lah, itulah, ish.. really dont like that.

Tapi entry kali ni bukan berkenaan itu, ini berkenaan satu juadah berbuka yang agak unik aku jumpa di bazar Ramadhan. So aku cerita lar dekat kawan aku, dia pun tertarik dan suh aku letak gambar dalam blog ni. Tapi rasa macam dah habis. Mungkin rezeki aku, buka tudung saji, ada lagi juadah tu, walaupun tinggal sikit. So inilah gambarnya.





So inilah bentuknya kentang goreng tu. Yang pasti cuba bayang kan, ada lidi ditengah2 kentang itu. Quite unic bukan? hehehe So apa kata anda mencubanya.. walaupun just ordinaru photatoas, its interesting and unique. hhahaha Ciaw

aurafitra



Tuesday, August 31, 2010

Kuih SOM-SOM (our way)

Salam,

Hari ni genap sudah 21 hari kita menyambut ramadhan almubarak. Ini bermakna tidak sampai 10 hari, kita akan sama-sama menyambut hari lebaran yang di nanti-nanti, terutama kanak-kanak. Kita yang sudah dewasa ni, menyambutnya dengan alar kadar sahaja. Begitu juga dengan aku. Tapi entry kali ni bukan lar berkenaan dengan 10 malam terakhir ramadhan, tetapi seperti tajuk yang tertera di atas. Hehehe, kuih som-som versi family aku. Ejaannya sum-sum atau som-som pun aku tak pasti. Disebabkan seorang rakan di BP eja som-som, aku pun ikut jer lar. Nak buat macam mana, aku ni sedikit jahil akan nama-nama kuih ni, apatah lagi ejaan nya. So inilah sedikir gambarnya.

1. Sebaik keluar dari Peti Ais



2. Air Gula.. (black sugar)


3. Masukkan gula



4. Setelah gula di masukkan, inilah bentuknya



5. Apalagi, makan lar hahaha



Inilah rupanya kuih som-som. Selamat mengenal kepada yang tak kenal. Hehehe bon apetite!

aurafitra