Hanya 20 jam sebulan penggunaan internet untuk setiap individu???!!! 20 jam?? Sebulan pulak tu. 20 jam?? Percaya atau tidak, itulah realitinya. Marahkah kita, geramkah kita, apa yang boleh kita lakukan? Bersuaralah kita macam mana sekalipun, sekali keputusan dibuat, jangan mengharap ianya akan berubah. Mimpilah agaknya kalau ianya diubah dari 20 jam sebulan kepada 20 jam sehari? Alangkah bagus andai itu yang berlaku. Tapi, hanya bermimpi di siang hari. Keratan akhbar aku sertakan supaya kita sama-sama dapat membaca dan menilainya. Sukar untuk aku menyingkap apa yang tersirat di hati. Masih belum ada kekuatan untuk aku begitu sahaja mengunakan medium ini untuk bersuara. Tak nak lar menjadi sejarah. Cukup lar sekadar kita berkongsi. Dan, kita perlu ingat, setiap daripada apa yang terjadi mempunyai hikmah dia yang tersendiri. Mungkin juga ianya satu hikmah untuk kita, dan juga sebaliknya. Terpulanglah pada kita untuk menilainya...
JOHOR BAHRU 8 Jun - Seramai 20,000 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hanya dibenarkan menggunakan kemudahan Internet selama 20 jam sebulan mulai Julai ini bagi mengelakkan kesesakan talian.
Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, peraturan baru itu dibuat bagi mengawal penggunaan kemudahan Internet untuk mengurangkan kesesakan dalam talian sehingga melambatkan proses mendapat maklumat.
"Peraturan ini menjadikan UTM universiti pertama di negara ini yang mengamalkan kawalan penggunaan kemudahan itu bagi membolehkan pengguna mendapatkan maklumat yang tepat dan pantas.
"Berdasarkan kajian, antara sebab kesesakan talian Internet adalah sikap pengguna yang menggunakan kemudahan di luar keperluan termasuk muat turun lagu, bahan lucah, filem, perisian dan permainan," katanya.
Beliau bercakap kepada para pemberita selepas melancarkan laman web berwajah baru dan polisi teknologi dan telekomunikasi UTM di Skudai, di sini hari ini.
Zaini berkata, dengan pelaksanaan polisi baru itu, semua penuntut UTM perlu bijak memanfaatkan 20 jam yang diberikan kepada mereka.
"Kita juga mengambil kira keselesaan pelajar dengan menyediakan 700 tempat untuk melayari Internet dengan 135 megabait sesaat.
"Kemudahan yang kita bangunkan sendiri itu merupakan megabait terpantas di negara ini, " katanya.
Mengenai laman web berwajah baru itu, Zaini berkata, antara elemen yang diperkenalkan bagi memenuhi kehendak secara efektif ialah fakta pantas, kalendar akademik, aktiviti penyelidikan, maklumat mengenai hal ehwal pelajar dan bahan rujukan.
Katanya, UTM turut memperkenalkan rangkaian laman web sosial seperti facebook dan You Tube serta twitter yang boleh diakses terus dari laman web universiti itu.
Sementara itu, katanya, UTM turut menjadi universiti pertama di negara ini melaksanakan Pelan Pembangunan Pelajar (PPP) yang berfungsi membentuk sahsiah secara holistik.
Menurutnya, menerusi PPP, semua aktiviti dilakukan di kolej-kolej dengan diselia oleh felo yang terdiri daripada para profesor.
"Sebelum ini, kita lakukan di kelas akademik. Menerusi kaedah ini kita dapat menjimatkan masa, sumber manusia dan tidak menjejaskan waktu pembelajaran pelajar," katanya.
0 comments:
Post a Comment