Thursday, June 4, 2009

Public vs Private Sector

Handphone aku mengeluarkan suara mengalunkan lagu zero to hero nyanyian Sarah Connor. Dengan pantas aku membuka dan membeleknya. Sejak tadi aku bertukar-tukar sms dengan seorang sahabat nun jauh di Ampang (Eh bukan jauh sangat pun) bertanyakan perkembangan terbaru. Tapi, sms kali ini yang masuk membuatkan mata tue terbeliak membaca nya.

"Rugi lar mereka yang buat praktikal dekat public sector ni, tak dapat apa," kata dia. Itupun sebenarnya bukan lah dia yang kata, penyelia dia yang kata. Dia cuma menyampaikan kat aku nie.

Dalam hati bukan main panas lagi. Tak panas mana pun, tapi dah kita buat kat sini, terasa la jugakkan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula aku, insan kerdil bernama Fikri.

"Eh, eh.. tak semsetinya korang buat dekat private tu bagus sangat. Tgk member kita macam sorang tue, bukan main besar company dia, seantero dunia tau, tapi apa dia buat? Online dari pagi sampai petang. Itu yg bagus?" Balas aku. Silap lar kalau dengan aku. Benang yang basah pun kadang-kadang aku nak tegakkan. Itu kelemahan yang aku akui.

"Hahaha... tapi sebenanrnya terpulang kepada individu," tak sampai seminit aku menerima mesej kembali.

Yeah. Itulah yang sebebnarnya. Semuanya terpulang kepada individu. Kalau dah 'malas' tue kerja kat mana pun tak guna juga kan? dan sebaliknya, kalau kita rajin dan hardworking person, tak kisah di mana. Bukan kerja mencari kita, kita yang mencari kerja. Itulah yang sepatutnya, untuk menjadi seorang pekerja yang dedikasi. Kan?

Dan selepas itu sms kami terus berkisarkan perkara lain. Ranhill lah, rugilah, dan macam-macam lagi. Semuanya ada kaitan dengan praktikal yang kami sedang lakukan.

Dan tiba-tiba tanpa disangka mesej ku tidak berbalas. Biasa lah tue. Aku tak kisah pun. Bukan macam sorang kawan aku tue. Kalau mesej tak berbalas, siaplar orang tue kena maki hamun. Aduh. Pening kepala aku. Takkan dia tak boleh faham. Orang tue sibuk bekerja ker apa ker, tak ada kredit dan senagkatan dengan nya kan. Sabar jer lar.. (entah-entah aku pun dah kena maki. Jarang juga reply mesej sebab jarang topup huhu).

************

Di atas cuma satu situasi di mana aku terasa dan terpanggil untuk mengeluarkan pendapat ini. Selama ini aku pun berpendapat macam yang lain. Macam apa usahlah di tanya kerana aku percaya kita semua mempunyai pendapat yang sama. Siapa di antara kita yang suka dan teringin untuk bekerja dengan government or public sector nie kan? Even doktor-doktor kat oversea tue pun tak nak balik kerja kat sini. Sory guys. Ini hakikatnya. Inikan pula kami student unversiti kat Malaysia ni kan. Lagi lar..

Bekerja di private ni best lar, banyak gaji lar, ini lar itu lar dan sebagainya. Semuanya manis-manis belaka. Memang lah ada yang pahit, mustahil lah tak ada yang pahit kan? Tapi selama ini yang didengari semuanya yang baik-baik belaka. Dan kita tengok public@govern sector. Semuanya berkaitan dengan negatif sahaja. Birokrasi lah, ini lah, itulah, keluar kul 10 minum pagi lah, kul 4 pun keluar minum lah. Macam-macam lagi. Tak ada lah yang baik. Bukan lah tak ada, ada tapi boleh dikira sangat. Sikit sangat.

Tapi hakikatnya inilah yang aku rasakan. Empat minggu aku disini sebenanarnya memberi satu nafas baru bagi aku ke atas public sector ni. Pandangan aku kalaupun tidak totally berubah, hampir 70% berubah. Apa yang selama ini kita sangkakan hanya lah rupanya hujan di tengah hari (entahkan ada @ tak peribahasa ni). Mungkin lah ada segelintir yang masih berkelakuan seperti itu, tetapi aku yakin pekerja alaf baru nie tidak melakukan tradisi yang dikatakan turun temurun ini. Huh! Terkejut? Tak payahlah, inilah realiti di sini. Tempat lain usah di tanya. Apa yang aku kata semuanya berdasarkan di sini.

Itu dari segi tradisi. Ini dari segi pendapatan. Aku akui dengan sepenuh jiwa bahawa pendapatan di sector private much,much better than here. Sapa yang tak tau, semua orang tau. Boleh dikatakan perbezaan dia beribu-ribu ringgit Malaysia. Kita nampak rugi kan? Memanglah rugi sapa kata tak rugi. Aku sendiri pun rasa rugi. Tapi ini yang boleh aku katakan. Kita jangan fikir untuk jangka pendek. Cuba kita fikirkan untuk masa panjang. Masa depan. Aku tau ramai yang tidak bersetuju dengan aku. Terpulang. Ini hanya pendapat aku. Lagi satu, kerajaan nie macam-macam elaun ada. Banyak juga aku tengok. Yerlar aku nie sekarang berurusan dengan fail peribadi semua staff DBKL ni. Aku tau serba sedikit pasal semua benda nie. Cuba kalau kita kerja dengan private, itu gaji kita, itu jer lah yang kita dapat. Mana ada tambahan-tamabahan nie. Itu gaji kita, itu lah yang kita dapat.

Lagi satu scheme pencen vs kwsp. Mana satu menjadi pilihan? For sure ramai orang di luar sana memilih KWSP. Nak duit banyak. Tapi hakikatnya, kalau kita semua pandai merancang, melabur sana sini tak apa. Sebaliknya orang Malaysia nie, dapat duit, beli itulah ini lah. Cuba kita lihat pencen pulak. Pencen nie bukan sahaja yang dapat. Bila kita sudah tidak lagi berada di dunia nie, isteri kita akan dapat, kemudian anak kita di bawah umur 18 pulak akan dapat sambungan bayaran tue. Cuba kita fikir bila kita dah tiada. Sekurang-kurangnya, isteri kita tak menyusahkan anak-anak. Ada duit. Kan?

Tapi semuanya terpulang kepada individu. Setiap daripada sesuatu ada hikmah dan buruknya. Cuma terpulang kepada kita untuk menilainya. Lagi satu aku tekankan disini, ini hanylah pendapat aku. Kalau nak diceritakan, banyak lagi kebaikan dia tapi tak ada masa untuk aku menaipnya. Ini lagi sekali aku tekankan hanyalah pendapat aku. Kita masing-masing mempunyai pendapat masing2. No hard feeling ok. Kejap lagi aku dah nak balik.. Apa yang baik tue kita amik, apa yang kurang kita nilai dan tak payah lah amik kan? Baik dan buruk dari Yang Maha Esa. Terpulang kepada kita nak mencoraknya. Wallahualam.


0 comments: