Salam,
Rasanya sudah agak lama aku tidak 'mengupdate' blog ni. Bukan lah malas, nak kata rajin sangat pun tidak juga, cumanya bila berada di depan komputer ni nak update blog, salam jer sempat di tulis. Setakat itu jer mampu untuk aku garapkan. Sejak dua menjak ni, nama aku menjadi terlalu 'famous' di dalam ruang lingkup office ni. "Fikri, fikri, tolong saya." "Fikri, macam mana nak buat ni yer? Boleh tolong ajarkan?" "Fikri.. fikri.. fik.. fikri dan fikri" Semakin hampir ke penghujung latihan industri ni, semakin banyak kerja menunggu. Aku pun kalau boleh, sebolehnya hendak memudahkan kerja semua orang. Sementara aku masih di sini. Minggu ni juga merupakan minggu terakhir aku berada di office sebelum aku di'campak' jauh nun di tingkat bawah. At least, dapatlah juga untuk aku menimba ilmu lain yang berada di bahagian lain. Itulah apa yang dikatakan oleh bos di sini. Herm, ikut jer lah. Malas nak 'argue,argue' di sini. Kalau nak diikutkan hati sebenar, jangan harap lar aku nak turun. Malas dah nak balik seperti budak baru di sini. Aku sebenarnya dah cukup 'senang' dengan keadaan aku sekarang. Tapi, kerana pengalaman yang difikirkan, aku pasrah.
Hari aku pada minggu ini tidak bermula dengan sebaik yang aku inginkan. Bangun jer subuh nak mandi, air tak ada. Aduh sakitnya hati. Tak dapat digambarkan. Tak ada sapa rasanya mampu menggambarkan apa yang tersirat di hati. Hendak tak nak, terpaksa lar menapak pergi ke blok B untuk membersihkan badan yang sentiasa bersih ini. Hehehe...Dan pagi ini, sekali lagi berlaku perkara yang sama. Aduh!! Aku sakit!! Sakit hati!! Memandangkan keadaan perut ketika itu tidak mengizinkan, dengan pantas aku mengenakan pakaian untuk turun ke blok lain untuk proses-proses seterusnya. Hendak dijadikan cerita, sebaik sahaja selesai membersihkan badan, masuk sahaja ke bilik, roomate tengah sedap mandi di bilik air. Lagi membuatkan hati bertambah gulana. Sakit! Geram! Panas! Semua yang boleh korang gambarkan. Dahlar keadaan macam tue, tambah dengan diorang memerli. Lagi lar membuatkan hati ini membara. Tetapi hendak dijadikan cerita mungkin ada benarnya air sembahyang itu membuatkan perasaan amarah yang menguasai diri dapat dikurangkan.
"Hahaha, panas!!" Gelak Daus dan Raimi serentak sebaik sahaja aku dan adik menjejakkan kaki ke dalam bilik. Daus apatah lagi, bergema-gema gelaknya di dalam shower room.
"Eh, macam mana ada air? Ya, penat jer kitaorang turun bawah," adik menjengukkan kepala ke dalam bilik air cuba memeriksa keadaan sebenar.
"Tak apa, ahli syurga memang Allah nak uji, lainlah ahli neraka," kata aku yangs edang mengenakan kain pelekatnya.
"Amboi, ahli syurga ker?" tanya Daus yang sedang mandi. Agaknya sedang sabun lar tu kalau dengar.
"Eh, kami memang ahli syurga pun kan? Lain lah hang, sah-sah ahli neraka," jawab aku kembali. Kain pelekat sudahpun tersedia tersarung di badan. Baju mana pulak nak rembat ni. Pakai jer lar singlet ni. Dah nak pukul 7. Subuh belum lagi.
"Aku ahli syurga juga lar," Daus menjerit. Ish, bangun satu blok ni agaknya dengar suara dia.
Dan keadaan terus menjadi senyap apabila tiada tindak balas dari sesiapa. Baik aku, raimi dan adik. Rasanya semua sedang menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
Serba sedikit itulah yang berlaku pada pagi ini. Perbualan yang berlangsung sebenarnya menceriakan pagi kami. jarang perbualan macam ini berlaku di antara kami. Biasanya waktu macam itu, hanya aku dan adik sahaja yang mencelikkan matanya. Tapi hari ini, semua sudah mampu melihat metahari mengeluarkan wajahnya. Di sini, bukanlah aku menilai siapakah ahli syurga ataupun neraka. Siapalah kita sebagai manusia untuk memberi penilaian. Hanyalah perbualan kosong antara kami. Ingin menceriakan suasana pagi yang jarang ceria itu.
Dan, aku lupa hendak menyatakan bahawa aku disini sudah ditemani oleh 3 bunga. Walaupun hanya seminggu mereka menemani, cukuplah untuk menceriakan hari-hari aku di sini. Macam-macam boleh dilaksanakan memandangkan kami semua adalah kawan dari satu universiti, satu kos,dan pernah satu kelas. Malah pernah satu group buat asignment. Lain tidak lain, kak Sarah yang satu dan renu. Seorang lagi Zana daripada unimas. Ok lah, sebenarnya banyak yang hendak dinyatakan tapi memandangkan jam sudah menunjukkan ke angka 9, rasanya eloklah aku mengundurkan diri menyiapkan kerja yang belum disiapkan lagi. dan hari juga, kalau tiada aral melintang, aku akan sama-sama menonton transformers. Tidak sabar rasanya hati ini. Walaupun Daus tidak menyukainya, tetapi kami tetap akan menjadi peminat no 1 transformers. Sekian
aurafitra

0 comments:
Post a Comment