Salam,
Ada apa dengan Selasa? Herm, persoalan yang sama sekali sukar bagi aku rungkaikan. ZBagi aku, Selasa hanyalah Selasa. Selasa takkan sama dengan Rabu, takkan sama dengan Isnin, Khamis, dan Jumaat. Takkan menjadi Sabtu dan Ahad. Ianya tetap akan berdiri sebagai Selasa. Tidak membawa apa-apa keistimewaan sepanjang aku bernafas di bumi bertuah ini. Tapi , entah mengapa tiba-tiba, aku tertarik untuk bercakap Hari Selasa.
Tapi Selasa yang baru aku lalui selama 14 jam ini bukanlah seperti Selasa-selasa yang telah aku lalui. Jujurnya, Selasa aku pada hari ini adalah seakan hanya ingin bermalasan seperti malasnya si Keldai (itu yg terlintas). Alangkah enak kiranya tubuh aku terbaring indah di atas katill ditemani bantal-bantal yang empuk.Juga ditemani insan-insan bergelar isteri. Tapi siapalah aku, masih memegang status nan satu. Belum sampai agaknya rezeki untuk ditemani. Dan, siapalah aku yang masih bergelar seorang 'student' ini. Layakkah aku? tepuk dada tanyalah sendiri.
Entah dimana silapnya, aku cukup malas untuk menyelesaikan tugasan diberi. Mataku kalau diberi peluang untuk dilelapkan, bukanlah sekejap rasanya dia tertutup. Dan pasti juga bukanlah untuk selama-lamanya. Aku masih ingin merasai keistimewaan berada di sini. Serba-serbi semuanya tidak kena. Cuba untuk mencari sedikit kekuatan, tapi dimanakah letaknya kekuatan itu? Mataku terbuka luas tapi semua dihadapan aku gelap. Gelap dari mendapatkan kekuatan untuk meneruskan hari ini. Dan akhirnya aku pasrah. Apa yang berlaku hari ini biarlah ianya berlaku. Semoga esok sinar baru akan muncul.
aurafitra

0 comments:
Post a Comment