Friday, June 26, 2009

Salam,

Agak lama sebenarnya aku termenung depan pc komputer ni sebelum aku mula mengorak langkah menulis apa yang terlintas di fikiran.Masih mencari idea untuk dikongsi bersama tetapi malangnya idea tersebut tidak juga muncul-muncul. Aku masih terkapai-kapai mencari ayat sesuai untuk tatapan blog ini. Tetapi sepertinya, bermimpi di pagi hari lah nampaknya. Kalau mimpi di malam hari tak apa lah juga, tapi mimpi di pagi hari tatkala mata terbuka luas melihat panorama indah ciptaan tuhan, macam mana tu? Entah lah, aku sendiri pun tidak dapat menjawabnya.

Sebenarnya sekarang mata aku tertancap pada satu artikel di dalam akhbar sisipan The Sun. Tajuknya aku kira agak menarik untuk dikongsi bersama. People pay for sin of others. Aku bukan lah hendak memciplak artikel yang ditulis oleh penulisnya, cuma rasanya menarik bagi aku untuk berkongsi apa yang kita fikirkan. Inilah apa yang terlintas dan bermain-main di fikiran. Betul. Sedar atau tidak kita sering sebenarnya yang perlu 'membayar' kesalahan orang lain. Aku lebih suka menggunakan kesalahan daripada dosa, kerana siapalah kita untuk menghakimi samada orang tersebut berdosa atau tidak. Ya betul, sudah terang lagi bersuluh, memang tertulis kesalahan-kesalahan yang membawa kepada dosa. Tetapi untuk menjatuhkan hukuman itu bukanlah kita. Kita perlu melihat sekeliling. Kita sering hanya memandang apa yang berada di hadapan tetapi terlupa apa yang berada di belakang, kiri dan kanan. Semua sudut sebenarnya perlu menjadi ruang lingkup pandangan kita. Even, kita duduk di restoran, perhentian bas pun sebenarnya kita telah membayar kesalahan orang lain. Malah berada bersama keluarga pun sebenarnya. Apa jenis 'kesalahan' mereka yang perlu kita tanggung, tepuk dada tanya lah sendiri.

Tiba-tiba idea melimpah ruah pulak. Terima kasih kepada The Sun. Kau tetap menjadi pilihan. Mana tak menjadi pilihannya, free. Kalau tak free jangan harap aku nak beli. Haha. Hari ni juga sebenarnya juga di office ni akan diadakan satu jamuan bagi menyambut perpisahan 'budak-budak praktikal' di sini. Untunglah mereka yang hanya berada di sini seminggu. Aku yang hampir dua bulan pun baru ada jamuan. Tapi tak kisahlah. Yang penting ada jamuan. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami. Dan yang paling penting sekali, makan free. Hehe

Itu pasal makan, ni pasal TRANSFORMERS!! OMG, its good. Very good. I love this movie very much!!! Bak kata Abang Raimi, from 5 star, he gives you 10 star. How come??? Isnt amazing?? Yes it is. No wonderlah movie ni must see movie in 2009. Still, masih juga ada 'komplen' kan. Whatever lar people saying! I dont care, lantaklah diorang nak cakap apa, yang penting its very entertatin wacthing this movie. Ni yang boleh tengok untuk kali ke dua ni. Hehe. Kira berbaloi lah beratur untuk beli tiket hari rabu, khamis baru dapat tengok. And for you guys outhere yang belum tengok, pergilah tengok. Tak rugi tengok kat wayang dari nak tunggu CD yang entah nampak atau tak tu. And Daus!! Ko pelik bin ajaib. Hehe


aurafitra


0 comments: