Thursday, June 11, 2009

Erti Sebuah 'Pengalaman'

Salam,

"Buzy ker?" Tanya Ju (Bukan nama sebenar).

"Biasa lar Ju. Dak praktikal ni kena buli jer," Jawab aku yang kepenantan.

"Hehe. Tak apa lar. Pengalaman tue yang penting," kata Ju sambil tersenyum memandang aku.


Mengingatkan perbualan singkat antara aku dan seorang kawan membuatkan aku terduduk diam, kaku di atas kerusi. Aku cuba untuk berfikir mencari realitinya 'pengalaman' itu dan bukan fantasi yang sering kita impikan. Aku akui, sejak kebelakangan ini, acap kali mulut aku berkeluh kesah, mengadu domba akan kerja yang bertimbun di atas meja. Walaupun jauh di sudut hati aku tahu tidak enak kiranya kita asyik berkeluh kerana semua yang terjadi adalah ketentuan-Nya. Andaikata kita berkeluh, maka secara sedar atau tidak kita sebenarnya menyoal apa yang telah ditetapkan olehNya kepada kita.

Pengalaman.

Kiranya satu perkataan yang pada kiraan awalnya bukan lah begitu asing untuk ditaksirkan. Namun semakin aku cuba untuk merungkainya, semakin jauh dari aku menghampirinya. Benarlah kata pujangga, semakin bertambahnya umur, makin banyaklah pengalaman. Dan sebaliknya. Ini membuatkan aku sedar, rupanya aku terlalu muda untuk memahami lumrah kehidupan alam yang penuh sesak ini. Masih jauh perjalanan yang perlu aku tempuhi untuk aku benar-benar meletakkan diri di dalam satu alam yang belum pernah aku rasai.

Selama ini aku cuba mencari dan cuba untuk mecelahkan diri di dalam kesibukan dunia namun setapak aku melangkah kehadapan, dua tapak aku kebelakang. Sunnguh besar halangan yang terpaksa aku tempuhi. Namun hari ini, aku mampu untuk berada di dalam salah satu 'pengalaman' yang ingin aku rungkai selama ini. Alam pekerjaan. Walaupun sesingkat dua bulan aku berada di alam ini, namun bagi aku sudah cukup bagi aku memahami selok belok apa yang berada di 'alam' ini.

Benarlah apa yang telah dikatakan kawan hasil perbualan singkat kami. Janganlah difikir akan kerja yang bertimbun, dan janganlah memikir penat yang kita rasa tetapi cubalah melihat apa yang kita peroleh dan dapat. Walaupun sedikit yang kita dapat, itulah yang akan menjadi panduan untuk masa hadapan. Sungguh, terkesan hati apabila mendengarnya. Selama empat minggu aku meletakkan diri ini, adakala aku suka akan keadaannya, tetapi adakala mulut ini tidak diam mengeluh akan kerja yang diberikan. Keldai lah, dibulilah, bengang lah dan bermacam lagi perkataan negatif yang keluar dari mulut ini. Betullah, kerana mulut badan binasa. Seribu percent tanpa ragu aku mengakuinya. Kerana 'mulut' inilah berjaya membuatkan badan ini lemah, tidak bersemangat dan geram.

Tetapi hari ini, membuatkan aku sedar. Rupanya selama empat minggu aku disini, bermacam 'pengalaman' yang berjaya aku tempuhi. Sunngguh, aku sendiri sebenarnya terkedu apabila mengingatinya. Bukan sahaja pengalaman di alam pekerjaan ini, sedikit sebanyak pengalaman dalam aku menempuh kehidupan di masa hadapan. Kehidupan harian yang tidak kita sedari dengan seribu satu liku-liku yang terpaksa ditempuhi. Tersalah liku, terpesonglah hidup. Inilah sebenarnya yang amat aku hargai. Pengajaran untuk aku dalam menempuh hidup bagi aku yang masih 'kecil' ini umpama berlian yang bersinar menyinari hidup. Pengalaman yang tidak akan diperoleh andai sejauh mana pun kita cuba untuk menggalinya bersendirian.

Bukankah ini yang kita mahukan? Selama ini kita terlalu sibuk memenuhi tanggungjawab seorang pelajar. Sehingga terkadang kita lupa apa yang berlaku di luar sana. Kita juga terlalu enak dibuai mimpi indah yang hanya sementara. Yang hanya membuatkan kita hilang arah tuju sebagai seorang yang bergelat 'makhluk' Tuhan. Mungkin ada yang berkata "Eh, itu juga pengalaman kan?" Tetapi adakah itu yang kita mahukan. Masih besar yang perlu kita tempuhi dalam hidup ini. Sejauh manapun kita cuba untuk menerokanya, semakin luas apa yang akan kita tempuhi di hadapan. Di sana setia menanti. Persoalannya, adakah kita bersedia? Tepuk dada tanya selera. Ceduklah sebanyak mungkin pengalaman yang boleh kita terima selagi sempat. Masih panjang masa yang diberi. Semuanya telah dirancang dengan baik. Gunakanlah dengan semaksimanya.

aurafitra

0 comments: