Tuesday, June 9, 2009

Mendung

Salam,

Mendung bukan sebarang mendung,
Mendung datang dari Bandung,
Bandung bukan sebarang bandung,
Bandung datang dari keladung.

Boleh tak? Dengar pun macam pelik. Tapi itulah yang terlintas di kepala otak tatkala sedang menaip n3 ni. Bukan niat di hati hendak berpantun. Tiba-tiba secara spontan dua baris ayat awal yang ditaip boleh dijadikan sebaris pantun. So, why not aku buat macam pantun terus. Tapi realitinya, bab ini bukan menjadi pilihan tatkala bermacam lagi perkara atau bidang yang dapat menarik minda untuk aku mengabdikan diri ini. Walaupun pelbagai bidang, tetapi pengabdian kepada Yang Maha Esa adalah yang paling utama. Jujurnya masih jauh lagi perjalanan untuk sampai ke tahap itu, tetapi dengan selangkah kita berjalan semakin dekat kita mencapai apa yang kita inginkan.

Awalnya niat dihati menulis n3 kali ini adalah kerana kebosanan terlampau yang aku hadapi di dalam office ini. Hari ni sepanjang empat minggu aku disni adalah merupakan antara hari terboring yang pernah aku rasakan. Bukan tiada kerja. Tetapi kerja yang selama ini diberikan Alhamdulillah mampu untuk aku siapkan dalam masa yang telah diberikan. Alangkah bagus andaikata aku mengikut nasihat yang diberikan oleh seorang sahabat.

"Kalau ada kerja jangan buat cepat-cepat. Simpan supaya berguna untuk masa depan."

"Ish, kalau kita buat cepat pun bagus juga. Dapat positive impression kan?" Argue aku.

"Terpulang lah. nanti kalau dah bosan tak ada kerja jangan nak mengadu," balas kembali sahabat aku sambil memberikan renungan maut.

Mengingatkan kembali kepada perbualan kami berdua membuatkan aku kembali berfikir. Betapa bagus kiranya aku mengikut apa yang telah dinasihatkan kepada aku. Tetapi kemudian membuat aku terfikir sejenak. Setiap daripada perkara pasti mempunya pro dan kons. Begitu juga dengan situasi yang aku hadapi. Cuma terpulang kepada kita untuk membuat penilaian. Yang mana satu bagus dan yang mana kurang.

Dalam aku duduk mengeluh kebosanan, dengan secara tiba-tiba, datang seorang pegawai memberi senarai tugas yang perlu aku laksanakan. Bukan sedikit yang aku kena buat. Bertimbin-timbun. Tapi dalam bertimbun tue pun, sikit jer yang aku kena buat. Tapi apa yang penting di sini, aku tidak lagi kebosanan mengeluh tidak mempunyai kerja. Tengok kebesaran Tuhan. Dalam sekelip mata Dia memenuhi apa yang aku inginkan. So pengajaran dia bersama-samalah kita menginsafi semua apa yang berlaku. Amin.. ;)

0 comments: