Salam,
Sedar tak sedar, kita kini telah pun berada di penghujung tahun. Dalam hanya beberapa jam sahaja lagi, kita akan sekali lagi melangkah ke tahun baru yang entah keberapa dalam hidup kita. Aku? Sudah tentulah tahun baru yang bakal menjelang ini merupakan tahun baru ke 25 dalam hidup aku. Adakah ianya akan menjadi semakin panjang, ataupun sebaliknya?
2009
Seperti biasa, setiap tahun mempunyai memori tersendiri samada yang menggembirakan ataupun sebaliknya. Bagi aku, banyak sekali yang berlaku dalam hidup aku. Baik atau tidak. gembira atau menyakitkan, cukuplah ianya menjadi sejarah lipatan hidup aku. Sememangnya, setiap tahun merupakan cabaran yang terpaksa aku dan kita tempuhi bersama. Dugaan dan cabaran hanya diri kita yang dapat tempuhinya. Kalau kita dapat mengharunginya dengan baik, maka sudah tentulah tahun itu akan menjadi tahun yang sungguh memberikan kita satu kenangan terindah.
Kalau nak diiuktkan, banyak yang berlaku tahun 2009 dalam hidup aku, samada sebagai seorang insan, mahupun pelajar. Kita sebagai insan dan aku sebagai pelajar tidak lari daripada segala masalah ataupun halangan untuk meneruskan kehidupan. Terutama sebagai pelajar. Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu di hadapi untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian yang tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi. Tidak di nafikan, kadang sifat aku sendiri yang megundang kepada semua yang berlaku, terutama yang pahit. Tapi, adakah kita hanya perlu berdiam diri andaikata kita 'dipijak' dan 'ditendang' kesana dan kemari bak lalang apabila ditiup angin. Kesabaran mempunyai tahapnya. Andai kita melangkaui tahap tersebut, segala mungkin diluar jangkaan akan muncul yang menyebabkan 'permusuhan' dan sebagainya. Cukup yang pahit. Kalau diingat, kadang-kadang kelakar juga. Macam budak tak matang. Tapi itu, hakikatnya. Semua kita sama, tak payah nak kata aku tak macam ni. Cuma samada kita memendam atau menunjukkan semuanya. Cumanya pilihan aku, aku tunjuk. Tak tahan dah nak memendam, akhirnya, berlakulah sesuatu yang kita tak pernah nak sangka. Hahaha macam apa jer.
Yang manis? Hahaha 2009 merupakan tahun terakhir aku bergelar pelajar. Tak sabar rasanya nak menamatkan semua penat lelah yang telah aku usahakan sepanjang beberapa belas tahun ini belajar. Dari sekolah rendah, menengah, diploma, dan ijazah akhirnya, sampai juga ke penghujungnya. Tapi persoalannya, adakah ini penghujungnya? Hanya aku yang dapat menjawabnya, tetapi masih belum mempunyai jawapannya. Susah untuk memikirkan jawapannya. Masih belum mendapat petunjuk.
Apa lagi yang menarik, dan indah? Entah lah, tatkala aku menulis ini, tak ada apa pun yang berlegar di dalam kepala otak aku ni yang indah. Semuanya yang 'memedihkan' hati jer. Mungkin ada juga beberapa perkara yang cukup menggembirakan hati aku, tetapi sebagai seorang insan yang mudah lupa, biasa lar tu. Bukan mudah nak ingat apa yang berlaku 12 bulan yang lepas. Tapi kalau nak diikutkan, semuanya dan kebanyakannya tercatat di dalam jurnal aku di dalam blog ini.
Sebelum aku terlupa, tahun 2009 juga merupakan tahun yang cukup menyedihkan dalam hidup aku. Perginya seorang ahli keluarga bukan lah merupakan satu perkara yang mudah untuk kita hadapi. Tambah pula ketika sedang berhadapan dengan peperiksaan akhir. Itu lah yang aku hadapi. Dan kali kedua aku menerima berita duka begini ketika sedang melaksanakan latihan industri. Semoga roh kedua-dua datuk aku dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang salih. Amin..
Azam? Penat dah berazam, tetapi apa yang di capai? Tepuk dada tanya sendiri. Disiplin aku kiranya kurang cukup untuk mencapainya. Setiap aku berazam, separuh daripadanya rasanya susah untuk dilaksanakan. Siapa yang bersalah? Mestilah diri sendiri. Cukuplah 2009. Tinggal kenangan, tinggal sejarah. Tahun baru menjelma.
2010
Tahun baru biasanya sinonim dengan azam baru. Tetapi aku, rasanya dah penat nak berazam. Adakah kita perlu berazam? Berazam itu aku rasa bagus untuk diri kita, berubah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Semuanya teserlah kepada diri kita samada untuk mempunyai azam atau tidak. Biasanya semua daripada kita mempunyai azam tersendiri. Dan kita kena berusaha untuk mencapainya. Azam aku? Nantilah aku fikirkan, itupun kalau aku mempunyai azam. Setakat jam ini, rasanya belum lagi azam-azam baru menjelma. Hahaha
Apa-apa pun, dari aku, Selamat Tahun Baru, Happy New Year!!! Semoga tahun baru memberi wajah baru dalam meneruskan kehidupan seharian kita. Buang segala yang keruh pada 2009, dan jadikannya lebih jernih supaya ianya dapat mewarnai kehidupan kita dengan warna-warna keceriaan. Happy New Year!!
Persoalannya, kenapa kita mengagungkan tahun baru masihi sedangkan tahun baru hijriah di ketepikan???? Bagaimana perlu kita menyambuatnya? Sekadar peringatan untuk diri aku dan kita semua.
(Makan kfc dengan Ajai dan Remy. Agaknya ini cara kami menyambut tahun baru??? Tak berniatpun, sekadar mengisi perut yang kosong)
aurafitra