Tuesday, December 28, 2010

Bz.....

Salam,

Dah lama rasanya aku tak mengadap blog ni, tak apa lah untuk sementara, biarkanlah ianya menjadi sarang untuk labah-labah membiak. Bukan setakat labah-labah aka spider tu, apa macam atau jenis nak membiak pun, silakan, dengan rela hati memberi kebenaran. Di tambah dengan kesengsaraan yang aku hadapi dengan laptop ku yang di sayangi. Huhuhuhuhu.... Semoga bertemu di lain kali, jangan lupa doakan suapay laptop aku bertambah baik dengan segera. Still searching for the bright futue although i'm kinda busy with job at the moment. Sometimes i wonder, what path do i have to face or choose, and i cant see it clearly now. Apakah takdir untuk aku sebenarnya pun menjadi persoalan...
Truthfuly,
aurafitra

Wednesday, November 17, 2010

Harry Potter!

Salam,

Short N3. Byk yang berlaku dan byk yang nak diceritakan. Tetapi disebabkan malas, semua tak berupdate. Tapi sebelum aku merehatkan mata petang hari raya ni, aku nak update sikit jer. Malam ni, aku akan menyaksikan the greatest, best, semua lar.. HARRY POTTER. at premier hall in the garden. Hahaha First time nak cuba masuk hall ni, so nanti aku update macam mana rasanya masuk hall ni. C ya.
Truthfuly,
aurafitra

Thursday, November 11, 2010

Pictures

Salam,

Today, is about sharing pictures only. I dont have nothing else in mind, so here are some of the pictures taken during the last few weeks and month. Hahaha








The woman actually in the 1st picture is SO beautiful. I dont expect that kind of beauty but after look at it by myself, it was very beautiful. Cant take my eyes of her. Cewah! None others, its Era Fazira. Walawei, all this time i believe, its not gonna be the same, what we've seen in tv and the real life. But i can say, here she is more beautiful than what we have seen in tv. Hahaha

Second picture is about the view in Putrajaya from PICC. I've never been there (not putrajaya), i mean PICC if i not mistaken, so its kinda interesting to me just being there. Hahaha and while i'm taking this picture, maybe our 1st astronaut, none other Dr Sheikh is getting ready inside the buildings for his weddings. Third and fourth, isnt he just so cute? Hehehe Gambar seterusnya, the famous nasi ayam in gombak. I dont know why this nasi ayam so famous, but i believe everything in KL going to be huge (famous) although its just feel/taste usual. Hahaha but the soup is nice. 

Truthfuly,
aurafitra

Monday, November 8, 2010

Weekend MADNESS!

Salam,

Happy monday guys! Hari isnin sebenarnya merupakan hari yang paling tidak di nanti sebenarnya dalam kehidupan mereka yang bekerja malah pada mereka yang masih di alam pembelajaran. Mana tidaknya, setelah dua hari bercuti (bagi mereka yang bercuti lah), di penuhi dengan aktiviti samada bermalasan di atas katil, duduk di rumah, enjoy keluar, dan sebagainya, tiba-tiba kena kembali kepada rutin harian. Bangun di awal pagi, menempuh kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Tapi sebaliknya, hari isnin juga merupakan hari permulaan bagi menentukan lima hari berikutnya, samada ianya baik dan berjalan lancar, ataupun sebaliknya. 

Tapi entry kali ini bukan lah nak bercerita menganai hari isnin ni, bukan juga nak celebrate liverpool menang semalam (hahaha peminat chelsea, selamat bersedih) tapi sekadar entry untuk berkongsi perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas, weekend madness aku dengan kawan-kawan.

Weekend Madness

Its was MADNESS. 2 movies, several malls, and a lot more happens during my weekend. Crazy but enjoyable. Hahaha Weekend ni juga mungkin merupakan weekend terakhir aku dengan kawan baik aku yang akan menamatkan zaman bujangnya dalam beberapa hari lagi. Itu yang menjadikannya lebih menarik. Hahaha.  Sabtu malam, awalnya kitaorang telah bersetuju untuk pergi EMPIRE yang terletak di subang. Awalnya aku tak tahu pun apa kah itu EMPIRE. Rupa-rupanya shopping complex cum hotel. Ketinggalan zaman juga aku rupanya. 



Walaupun namanya segah bangunannya, tapi sebenarnya dalam nya tak ada lar sehebat mana. Tak seperti tempat lain yang penuh dengan pelbagai tarikan. Walaupun di dalamnya ketika ini terdapat the tallest slide indoor, tetapi tidaklah menarik sangat pun. Hahah akhirnya kitaorang pun bergerak lah ke sunway pyamid mengambil tiket yang telah aku tempah. Cerita UNSTOPABLE. ANd turn out,it was fantastic. Tak rugi la buang duit tengok cerita ni. 


It was packed with action, even some of the viewers in the hall claps their hands. But somehow, at the end, the ending is not what i expected. I was a little bit disappointed at that, however it was enjoy to watch. Kat sunway juga aku berkesempatan untuk mencuba sesuatu yang baru. Ishiban Ramen sebuah restoran jepun. Aku pun bukanlah boleh sangat dengan makanan jepun ni, tapi nasi dia boleh lah tahan. Yang lain, memang not my taste. Aku jujurnya agak ragu-ragu nak makan di sini tapi memandangkan ianya sudah dipersetujui, ikut sahaja. Harap-harap keyakinan aku ini dapat menyelamatkan aku. Amin.


Keeseokannya, aku berkesempatan meneman kawan aku survey barang rumah. Almaklumlah, dah nak pindah. Kami juga seterusnya ke IKEA dan THE CURVE, jujurnya, pertama kali aku masuk kat sini sebenarnya walaupun ONE 1 tu dah selalu sangat sampai. So inilah, gambar-gambar bangunannya. (Aku dah hilang idea gara-gara gangguan yang tak dapat di elakkan tadi. 



Dan akhir sekali, kami sekali lagi meneruskan kerja gila dengan menonton wayang, TAKERS. I dont really into this movie but after watching, it was ok for me. Again, i was disappointed with the ending. I am really hoping that all of the thievs there 'TAKERS' die instantly. Although their will is good, but the way they doit, definitely wrong. Perasan atau tak korang yang tengok, diorang tak akan membunuh until the stupid chris brown accidentally kill a cop. Dan aku percaya, polis tu dengan sengajanya ingin mati kerana dia dah kantoi amik duit dari pengedar dadah. 


It was a really madness weekend for us. Even sorg kawan aku kata, 'gila lar sampai dua kali tengok wayang, straight tu, aku nak tgk sebulan sekali pun susah'. Hahahaha Aku mengikut jer. No komen, but i was enjoyed watching the movies, outing and so on. Oklah, i'm out of idea. Really. Kacau betul dak-dak kecik ni. Hahaha so untill next time, ciao

Truthfuly,
aurafitra

Go LIVERPOOL

Salam,

Just GO LIVERPOOL. Big win tonight!!!! Not a big fan of football, but this is something that cheer me up.. Hahaha Finally.. LIVERPOOL 2-0  chelsea. Wut a day for torres.

And also salam takziah to all the Merapi Volcano vintims, tsunami in Indonesia, and not forget our flood victims in North Malaysia. Hope everything will be getting better, Insyaallah.

Truthfuly,
aurafitra

Thursday, November 4, 2010

Ricky Martin dan Petainya????

Salam,

Its been a while since my last post. Can you believe it? hehehe New month, new day, and everything is new. But for me, i still feel the same. And why is that? Herm, hard Q and a hard answer for me. Sometime we just wanna keep it simple and take a chance, hope for the best. But, that's life. However we hoping for something, sometime is just not getting there. I'm not saying that 'hoping' is useless, but we need to put our very best effort together with this fantastic word 'hope'.

Apa la aku melalut ni? Tujuannya nak update jer. Macammana pun 'malas' menguasai diri, rasa tanggungjawab nak update blog ni tetap ada. Bila kita dah involvekan diri dalam dunia bloggers ni, nak tak nak, kena lar menjadi seperti yang sepatutnya. Tak begitu wahai bloggers2 semua? Tapi apa yang nak diupdate tak tau pun. Saja menulis. Apa yang tangan ni taip itu lar yang akan menjadi entry terbaru di sini. Tadi aku berpeluang melihat RICKY MARTIN dalam OPRAH. Kebetulan tengah melayan youtube tu, tengok jer lar. Bukanla aku nak cerita yang aku tengok diorang tu, tapi apa yang menariknya, kandungan interview tu lar. Of coz, its all about the 'coming out' by Ricky Martin tu, tapi sometimes, dia inspired bagaimana kita sepatutnya menjadi diri sendiri. Selama ni kadang-kadang kita menipu diri kita dan semua sekeliling kita, dan sebenarnya ianya sangat menyakitkan diri kita sendiri tanpa kita sedar. Its hurt to be living in thats life, lying to everyvody, even ourselves. Apa yang menariknya lagi, kata Ricky Martin, takkan lar dia nak hidup dalam sebuah keluarga yang berasakan penipuan? As you all know, dia kan ada anak kembar melalui surrogate,itulah yang membuatkan dia menjadi diri dia sendiri selepas bertahun dia hidup dalam penipuan. Hehe memandai jer aku. Mungkin apa yang berlaku pada dia pasal dia punya sexuality, tapi kita boleh aplikasikan dengan benda yang lain di dalam kehidupan ini. 

Cadangnya, entry kali ni aku hanya nak masukkan gambar-gambar yang menarik di malaysia ni, tapi tiba-tiba dah terpanjang pulak ceritanya. Macam-macam la aku ni kan? Macam-macam tu la yang menarik untuk diceritakan. Kalau tak macam-macam, duk lagu tu jer, tak best juga kan? Hehehe.. pandai-pandai lagi aku ni. Tak per lar, kali ni kita cakap pasal PETAI. Anda tahu apa itu petai? Hehehe kalau tak tau memang lar anda bukan seorang 'seorang'. Apakah anda? Jawab lar sendiri. Hehehe


Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Leguminosae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Tahiland, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama bitaninya Parkia speciosa - Hassk. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan. Sumber wikipedia. Kalau nak tanya aku, memang lah aku tak tau sejarah petai semua ni apa yang baiknya. Tau makan jer. tapi sejak kebelakangan ni kalau aku makan jer petai ni, mesti badan rasa panas, tekak rasa lain macam jer. Sakit tekak pun ada rasanya. Tu yang sampai aku tanya kawan aku, allergic ke aku ni ngan petai. Dulu aku dah tekad tak nak makan kalau macam ni jadinya, tapi masih makan juga. Kan banyak khasiatnya? Hehehe antara lain khasiatnya, aku copy jer dari blog orang lain yer, tapi maaflah dalam english.

PMS ( premenstrual syndrome ):
Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Anaemia (lack of blood) :
High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anaemia.

Brain Power :
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Heartburn:
Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief.

Constipation:
High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Morning Sickness :
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites :
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Seasonal Affective Disorder (SAD) :
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.

Nerves:
Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.

Ulcers:
Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control :
Many other cultures see petai as a 'cooling' fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Holland, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature.

Overweight (obesity) :
Studies at the Institute in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.

Strokes:
According to research in 'The New England Journal of Medicine, ' eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%'.

Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape!

Smoking:
Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Oklah untuk entry kali ni, kejap lagi aku masukkan gambar-gambar yang menarik sepanjang beberapa minggu ini. Kalau menarik, sekadar nak berkongsi. Hehehe ciao 

p/s: Such a weird title kan??? Hahaha last-last baru aku masukkan, itulah jadinya

Truthfuly,
aurafitra

Monday, October 25, 2010

Space

Salam,

Setiap kali ingin menulis untuk N3 baru disini, permulaan tu mesti susah nak cari ayat. Tapi bila dah jumpa permulaan itu, langkah seterusnya mesti lebih mudah. Laju seperti 'bullet train' yang laju tu. Ada satu persoalan di sini, apakah binatang yang terpantas di dunia? Apa kena mengena pulak dengan binatang terpantasnya? Saja, nak menguji minda. Kalau minda dah asyik duk terperap tu sekali sekala kena di asah juga.

Ok, aku dah jumpa ayat permulaannya. Tapi masih juga susah jer nak mencari idea di kala ini, saat-saat menunggu masuknya solat isyak ni. Tajuk dah ada, cuma nak menghuraikan tajuk tu yang tak ada. Sudah aku jauh melalut. Jangan gelak, senyum jer lar yer sapa yang baca. Kita kembali kepada topic kita pada N3 kali ini. Space ataupun dalam bahasa melayunya ruang. Bukan lah niat di hati nak menulis berkenaan dengan ruang sebuah rumah, kedai, ruang kosong dan sebagainya. Tapi 'ruang' yang satu dalam hidup manusia ini yang menjadi perhatian dan keinginan di dalam setiap mereka yang ebrgelar insan. Sometime we DO need SPACE. Kalau asyik di tembak, mati lar akhirnya. Walaupun jasad tetap di sini, di dalam hati siapa yang tahu. Ada mereka pernah memikir kan itu. Itu yang aku lihat, kebanyakan dari kita sekarang lantang memperkatakan apa yang mereka suka dan ingin. Tanpa memikir perasaan pihak yang di kata. Itulah gunanya otak, tapi kita tak menggunakan kelebihan yang di anugerahkan itu dengan sebaiknya. Sebaliknya, bak meletupnya bom jangka, terus melulu tanpa terhenti walau sedetik. Tidakkah kita bersyukur dengan anugerah yang di berikan? Jangan nanti kita di samakan pulak dengan 'lembu' walaupun mempunyai otak, tapi tidak boleh berfikir.

Mungkin ada betulnya, nasihat, mengambil berat. Boleh di terima, tetapi itu lah kadang-kadang kita perluakan 'space' itu, jangan sampai 'rosaknya' hubungan yang terbina. Tawarnya hati susah nak ubat, kalau tawarnya makanan, ada ubatnya. Bukan begitu. Cukup-cukuplah kalau nak 'berlagak' awak semua tahu. Dunia dah berubah. BUkan lagi zaman 70an, 80an. Tolong, kalau nak cakap sesuatu, depan mata ni. Biar aku betulkan apa yang salah. Ini tidak, masih nak menegakkan benang yang basah. Kita menghormati tapi tahap penghormatan yang di beri itu ada hadnya, bukan begitu? " Nak buat master kena kerja dulu. Tu la lain kali tanya mereka yang tahu". Jujurnya aku tak kisah lah kalau mereka ni mengatakan setakat nak buat master kena kerja dahulu, tapi ayat terakhir tu memang sungguh menyakitkan. Walaupun bukan aku yang mendengar, melalui penceritaan itu pun sungguh menyakitkan. Kalau tahu sangat, kenapa salah jer yang di katakan tu? Tak apa lah, apa sahaja lah, aku terima dengan hati yang tak terbuka kerana selama ini sudah asyik terbuka jer hatinya. Itulah, kita ni mempunyai tahapnya, bukan sahaja konkrit tu yang mempunyai hadnya sebelum pecah. Nak bukti surat tawaran ker? So cynic!

Itu satu perkara, ini lagi satu perkara. Rasanya memang betullah kata 'metro' hari tu, laman sosial ini lebih banyak buruknya dari baiknya. Bukan setakat lama sosial, malah internet. memang aku akuinya, tapi tak pernah terkena di kepala sendiri. Sekali terkena, banyak yang menyakitkan dari menyenangkan. Kenapa lar semuanya perlu menjadi isu? Pelik sungguh manusia ni. Buatla hal sendiri. Tak perlu menjaga kain orang lain, kain sendiri pun tak cukup nak di jaga. Kan? Harmonikan lah dulu 'kain' sendiri dari nak jaga harmonikan 'kain' orang kerana sesungguhnya tak kan harmoni 'kain' orang tu. Lebih banyak buruknya dari baik menjaga kain orang lain, dan teruk juga akibatnya kalau tak di kawal.

Oklah, setakat jer yang mampu di garapkan di sini untuk N3 kali ini. Semoga kita semua mendapat pengajaran dari apa yang cuba di sampaikan di sini. 'Kita cuma akan menghargai sesuatu apabila sesuatu itu telah tiada', Petikan dari drama taubat nasuha yang dikatakan sungguh sedih. Ramai sangat dah amik petikan ni, aku pun dah masuk dah sekali.

Truthfuly,
aurafitra

Saturday, October 16, 2010

Choices....

Salam,


Another day, another hour, just passing by. Hari-hari yang di lalui masih seperti itulah hendaknya. Apa lagi yang boleh di minta? Penat sudah rasanya 'meminta'. Lebih baik memberi kalau begitu lah caranya. Bukankah memberi itu lebih baik dari menerima dan meminta? Its been a week from my last week birthday, and i'm still thinking of my ages, my life and all the things supposedly happen but it didn't. I'm not asking for more, i'm just asking for this one, and hoping this coming very soon.


Walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan. Samada telan sahaja yang pahit atau buang ke dalam tong sampah yang memang sudah tersedia. Pahit mempunyai lawannya, manis. Di dalam pahit ada manisnya. Maka disitulah kadang-kadang kita sebagai manusia lupa dan hanya menumpukan kepada yang pahit sahaja sehingga mengabaikan yang manis. Sudah semestinya yang manis itu lebih sedap dari yang pahit. Tetapi manusia mudah memilih yang pahit kerana sifat kita yang lebih banyak mazmumah dari mahmudahnya.


Semuanya berkaitan dengan pilihan. Tak dapat kita lari dari membuat pilihan sepanjang kita bergelar insan. Samada yang baik atau sebaliknya yang di pilih, semuanya terpulang kepada mereka yang bergelar insan itu sendiri. Perjalanan bukan semakin dekat sebenarnya, masih jauh dan banyak yang perlu ditempuhi. Andai tersalah pilihan yang dibuat, bertambah jauhlah perjalanan itu. Oleh itu, kebijaksanaan amat di perlukan di saat kita cuba menentukan masa depan kita, membuat keputusan bukan untuk hanya untuk jangka panjang, jangka pendek juga tidak perlu dilupakan.



Dan pilihan paling utama kita sebagai seorang umat Islam adalah memilih diantara Syurga dan Neraka. Pilihan ini lah yang menetukan kehidupan kita sebaik sahaja kita meninggalkan dunia yang fana ini. Pilihan ini lah yang menentukan di manakah tempat yang kita akan berada dengan kekalnya. Buatlah pilihan yang 'bijak' dan bertindaklah mengikut 'pilihan' itu.  



Dan tiba-tiba jer serius. Kan? Actually, tak ada idea nak tulis apa, cuma teringat nak kaitkan entry sebelum ni dengan entry yang ini. Jadilah ia serius bagai nak rak. Tapi, sebenarnya, thats the real thing. Either we like it or not, gotta face it. Its all about choices. Whether it is the right or wrong. We are the one responsible to make it. Not anybody or everybody. (Teringat dialog Ron dalam Harry Potter, Not me, not hermoine, but you Harry, kind a like that haha). Sebenarnya nak upload gambar konvo, waktu atas pentas, tetapi lambat pula dia upload, so, abaikan jer lar. 

Oklah setakat ini sahaja yang mampu aku coretkan di petang sabtu yang panas lagi tak menyamankan ini. Hehe gurau jer, sehingga bertemu di lain kali, Ciao.

Truthfuly,
aurafitra

Monday, October 11, 2010

Life's SUCK without you

Salam,

Tajuk macam bikin gempaq sei. Hahaha tiba-tiba teringat lagu Kelly Clarkson tu. Bukan lagu yang aku suka dengar pun sebenarnya, tapi ada kaitan dengan apa yang aku hendak garapkan kali ini. Its been emotional for me this past few days. Kadang-kadang, terfikir, life's suck, just terlintas, sapa yang tak pernah terlintas kan di fikiran perkara-perkara macam ni, bila emosi menguasai diri, semua yang negatif mula berlegar di dalam fikiran. Tambah-tambah kita ni pulak jenis yang berfikir, melihat semua angle dalam membuat penilaian dan berfikir. Ialah, manusia ni, fikiran mudah terpedaya tambah lagi dengan hasutan musuh kita umat islam yang utama.

Till today, my head just keep spinning, thinking, thinking, and thinking. Bermula jer aku mencelikkan mata aku ni, its keep coming back apa yang berlaku semalam. Its hurt, i mean really. Tapi aku bukan lah jenis seorang yang terlalu menunjukkan semua emosi yang berada itu di wajah, dan mungkin mereka tak akan menyedarinya pun. Dan aku bukanlah jenis yang outspoken, menyatakan apa je yang di fikir dan terlintas. Betapa aku mengharap aku adalah seorang yang begitu sebenarnya. So, kita berani menyatakan pendirian membalas semua 'peluru' yang dituju kepada aku. Lantaklah, apa orang akan rasa kan kalau kita cakap yang menyakitkan hati mereka. Selama ini, aku terlalu memikirkan orang, mengikut orang kata a to z, dan sebagainya. Tapi aku sememangnya bukan begitu. Dilahirkan dan ditakdirkan aku menjadi sebegini. Semua perasaan itu, marah, sedih, sakit hati hanya menjadi tatapan aku sendiri dan sekarang blog ini lah tempat aku luahkan. Apa yang aku dapat dengan meluah kat sini pun aku tak tau. Tapi at least, bebanan tu rasa kurang walaupun sebenarnya aku teringin sangat nak membalas semua kata-kata yang pahit lagi memahitkan itu. Dengan apa yang aku dengar semua, melihat, berhadapan, dengan mereka yang tak memahami lagi, its killing me. Kalaulahkan (kalau) aku ni bukan orang yang berpendidikan, beragama, dah tentu aku ambil tindakan yang amat membodohkan itu. 

And, i'm keep asking, apa jalan sebenarnya kehidupan aku ni? Apa sebenarnya ditakdirkan untuk seorang insan bernama 'aku' di sini.? Tak ada siapa yang dapat menjawab kerana siapa tahu masa hadapan. Bagaimana kita merancang dengan baik pun, tapi kalau di takdirkan begini jadinya, inilah yang terjadi. Dan aku akan terus bertanya sebenarnya. Sampailah takdir itu bertemu dengan diri ini. Takdir..... Inikah balasannya? Semakin aku berfikir, semakin ia jawapannya. All of this, its killing me. Not softly, slowly, instead its likewise. Betapa sekarang aku mengharapkan sebenarnya aku hanya aku seorang,berada di tempat yang aku tak perlu berhadapan dengan orang yang not so understanding, underestimate myself, me just being myself without facing this kind of people. I really am hoping i am living by myself without depending on this people anymore. I dont know this, but at this point, living with the strangers its more likely than the one closest to us. Thats what i feel at this time and really wish this come true very soon. Soon enough to make me think about me, just me, feeling just about me.. and all about me, myself. Me, me and me. 

Semakin kita berfikir, semakin serabut sebenarnya. I'm trying not to think about it, but its still berlegar di dalam fikiran. But what can i do now, just keep trying, praying and hoping all my wishes come true anytime soon. And just pretending that, all of this never happened and live my life well and appreciate every second of it. We can pretending, but inside, it still there, kukuh berada di dalam bersembunyi daripada mereka dapat menghidunya. That is me. The real me who love to keep everything inside, mad, sad, happy, and all the things inside. Keep praying becoz it is the most dangerous weapon in our lives. And i'm just hoping you guys pray the best for me as i pray for you guys. 

That's for now, and i'm just glad that i write something in here today. Till next time, see you and live a healthy life. Just ignore all the bad and aiming for the best. Ciao

Truthfuly,
aurafitra

Saturday, October 9, 2010

Happy Birthday

Salam,

Its been a while i didnt put my effort writing in this lovely and caring space. Hahaha Bukan mudah sebenarnya nak tulis dalam blog ni, sebab sambil menulis kena berfikir. And i hate that part lar. Thinking is always harder for me, and i've been doing this quite a long time. This whole years, its been tough as a student. Like you guys dont know it right. Hehehe So seboleh-bolehnya, aku tak nak lar berfikir sangat, although i know, kehidupan ni memang amat berkait dengan kita kena berfikir. Itu yang membezakan kita dengan makhluk Allah yang lain. And for that, we should be thankful, to be who we are today. 

Today, its MY BIRTHDAY. So happy birthday to me. Hahahaha umur semakin bertambah, kubur semakin memanggil. bila di fikir dan di ingati, its so scared, to death. Kadang-kadang berfikir, alangkah bagusnya kalau kita mendapat umur yang panjang kan? Sapa tak nak, semua orang nak, tapi itulah hakikat alam, lumrah kehidupan, hidup lawannya, mati. Nak tak nak kita akan berhadapan juga dengannya. Bila? Hanya Allah yang lebih mengetahui dan lebih menyayangi. 

So, apa ertinya birthday bagi anda? Entah lar, kalau tanya aku pun, sekarang aku tak tau nak jawab apa. Yang kita semua tahu, umur kita semkain bertambah dan keseronokan menyambutnya. Banyak intrepetation bila kita cakap pasal birthday ni. Macam-macam. Terpulang kepada individu sebenarnya, and buat masa ni,  ihave no idea.. actually i do, but with all the noise behind me, its really disrupting and stressful enough  to not make me post what i have in mind. Huhu, i've lost all the ideas i have. So, itu jer lar. Dan aku berchating dengan kawan aku, setiap birthday dia, menakutkan, becoz, there are some outhere saying actually our birthday is the day that we are going to leave this world, life forever. When think about it, i might be true and whatsoever, seperti yang telah aku katakan tadi, kematian semakin mengahmpiri. So adalah baik kiranya kita membuat persediaan. Manusia ni mudah alpa, especially aku ni, dengan dunia yang menawarkan perlbagai hiburan yang entah apa. Tambah lagi this cyber world. Lebih banyak keburukan dari kebaikkanya.. as what metro said. Hehehe 

So cukuplah setakat ni. Aku pun dahtak beridea dah. Hehehe sehingga kita berjumpa di lain kali. Apa-apa pun, its my birthday. Hehehe Ciao

aurafitra


Saturday, October 2, 2010

Open House And Movies

Salam,



Open house dah menjadi tradisi rasanya. Hari ni sahaja, dua buah rumah aku pergi untuk open house. So thankful for the invitation. I am full. Really. Although i dont feel it suit with my selera, but i still enjoyed the food though. Cant complaint. Orang menjamu, tak kan nak komplen pulak kan?? Hahaha aku ni bak kata orang lar.. tolak batu, kayu, besi jer tak makan, yang lain semua makan. Rezeki, mana boleh tolak. Betul tak? Cuma kalau tak sesuai dengan selera tu, there are no 2nd time lar. 1st time kalau tak kena tu, there will be no for the 2nd time. Hahahahahaha guarentee that. Tapi kalau kat rumah orang, tak ada lar macam ni.  I know how to behave, accordingly. 


Then, its time for me to takes time watching all the movies in my hard drive. I dont even watch even one movie or tv drama which i really enjoyed watching actually. So tonite, by hook or by crook, i 'm gonna push myself watching, finishing the series though. Currently Unnatural History, and of coz my favourite Supernatural and Smallville though. Hahahaha Without this two, feeling  like incomplite lar. Hahahaha Nak tak nak malam ni memang kena tengok nak habiskan. Kalau tak asyik teringat jer. Nak buat macam sekali layan, bukan aku yang layan, laptop yang layan aku. Hahahaha ok lah thats for now. Till next time. Ciao!

aurafitra

Friday, October 1, 2010

Orang Pertama..

Salam,


Orang yang pertama

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : H arun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW


Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

aurafitra

Thursday, September 30, 2010

My Convocation

Salam,


Just short n3 for today. I have a lot to say actually, but becoz of  time constraint, nothing much i can do. Hehehe so wuts up? Just back from my convocation on monday and it was a blast. Be there, togeher with all my family, family angkat, and friends of coz it's just amazing. I cant ask for more especially during my convocation. So i'm going to get my life back on track. And pray for the best. Amin


My family

 


aurafitra

Thursday, September 23, 2010

201/GRADUATION/HARI RAYA

Salam

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Tak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang bertamu di blog ni. Its been a while actually i didnta post anything in here. Hahaha Sedar tak sedar ini dah merupakan post yang ke 201 untuk blog ni.


Wut, 201???? Belive or not, yeah, it is my 201 post today. Sejak aku mula berjinak-jinak dengan dunia blog ni, rupanya2 dah sebanyak ini aku post di blog ni. Entah apa-apa jer lar yang aku merepekkan di sini kan selama ni? Hahaha dulu awal-awal, semangat jer nak update blog ni, sejak kebelakangan ni lain dah jadinya. Betulla kata orang, semua yang kita lakukan memerlukan konsisten. Jangan hanya berombak di tepi pantai (apa kena mengana entah, itu yang terfikir, taip jer lar). Awal-awal semuanya 'manis' tapi bila dah lama-lama, 'masam' la jadinya. Bukan begitu? Hehehe dah stuck dah actually, tak tau nak update pasal apa.

Convocation



After 3 years of hardwork, assignments and all the works, i'm officially graduating this monday. Yeah.. yeah... yeah.. 3 years, long enough to teach me how this life actually.
Banyak yang berlaku sepanjang 3 tahun ni. Happiness, sadness, geram dan semuanya lar ada sepanjang belajar ni. Dan ada juga keadaan di mana tiba satu masa yang i had enaugh! Cant hold it any longer and its shows. Hahaha bila teringat balik, kelakar juga. Tapi itulah hakikatnya. Belajar bukan senang, susah sebenarnya. Tapi akhirnya, me and my friends graduating this monday. Congrat guys. Its paid off for what we've been through together. Forget all the sadness and enjoy this weekend! Hahahaha

To be honest, i dont know my feeling. Part of me, i'm happy to attend this graduation. Another part of me,
rasa malasnya nak pergi malam ni (i'm off to Skudai tonight). Banyak persediaan yang perlu di lakukan, and i havent done anything yet. Hahaha Malas betul rasanya. Tapi tak apa lah, just pergi jer, apa yang terjadi kemudian redha jer. Hahaha

Oklah, i dont have any idea to write down today. I'm going upstaurs, packing my bag, and relax wait till this evening before i'm heading to johor, again after a while. Hehehe So ciao.. wish me all the best.

aurafitra

Friday, September 3, 2010

Kentang Putar, bukan sebarang Putar

Salam,

Beberapa hari sahaja lagi kita nak menyambut syawal. Tak sabar rasanya, bukan apa, boleh makan di siang hari balik. Hehehe nak buat macam mana, sah-sah aku ni pelahap orangnya. Jujur tu bagus, tak payah nak hipokrit. I hate hypocrite! Say no to that. Be yourself instead of what people are gonaa say abaout you. Let them be. Orang kalau dah tak tau nak buat apa, itulah kerja nya. Asyik nak sibuk akan hal orang lain. Ini lah, itulah, ish.. really dont like that.

Tapi entry kali ni bukan berkenaan itu, ini berkenaan satu juadah berbuka yang agak unik aku jumpa di bazar Ramadhan. So aku cerita lar dekat kawan aku, dia pun tertarik dan suh aku letak gambar dalam blog ni. Tapi rasa macam dah habis. Mungkin rezeki aku, buka tudung saji, ada lagi juadah tu, walaupun tinggal sikit. So inilah gambarnya.





So inilah bentuknya kentang goreng tu. Yang pasti cuba bayang kan, ada lidi ditengah2 kentang itu. Quite unic bukan? hehehe So apa kata anda mencubanya.. walaupun just ordinaru photatoas, its interesting and unique. hhahaha Ciaw

aurafitra



Tuesday, August 31, 2010

Kuih SOM-SOM (our way)

Salam,

Hari ni genap sudah 21 hari kita menyambut ramadhan almubarak. Ini bermakna tidak sampai 10 hari, kita akan sama-sama menyambut hari lebaran yang di nanti-nanti, terutama kanak-kanak. Kita yang sudah dewasa ni, menyambutnya dengan alar kadar sahaja. Begitu juga dengan aku. Tapi entry kali ni bukan lar berkenaan dengan 10 malam terakhir ramadhan, tetapi seperti tajuk yang tertera di atas. Hehehe, kuih som-som versi family aku. Ejaannya sum-sum atau som-som pun aku tak pasti. Disebabkan seorang rakan di BP eja som-som, aku pun ikut jer lar. Nak buat macam mana, aku ni sedikit jahil akan nama-nama kuih ni, apatah lagi ejaan nya. So inilah sedikir gambarnya.

1. Sebaik keluar dari Peti Ais



2. Air Gula.. (black sugar)


3. Masukkan gula



4. Setelah gula di masukkan, inilah bentuknya



5. Apalagi, makan lar hahaha



Inilah rupanya kuih som-som. Selamat mengenal kepada yang tak kenal. Hehehe bon apetite!

aurafitra

Sunday, August 15, 2010

Puasa

Salam,

Hari ni merupakan hari ke 5 umat islam seluruh dunia berpuasa. Tinggal dalam s3 hari lagi untuk kita menyambut hari raya dan tamatnya bulan puasa ni. Adakah bulan puasa ni di sambut dengan sepatutnya? Entah lah, aku rasa masih jauh dari landasan untuk betul-betul mengimarahkan bulan ini. Bulan yang hanya setahun sekali sepatutnya perlu di sambut dengan meriah dan di nanti-nanyi dan memenuhkannya dengan amal ibadah, adakah kita tergolong dalam golongan ini? Tepuk dada tanya diri sendiri. Jawapannya memang sudah berada di dalam diri kita sendiri, sedar atau pun tidak.

Ada juga antara kita mengambil kesempatan di dalam bulan puasa ini untuk menurunkan berat badan yang terlebih sini dan sana. Persoalannya, adakah ini niat yang betul? Entah, aku pun tidak tahu jawapannya. Bagi aku, itu adalah merupakan salah satu kelebihan berpuasa andainya kita melaksanakan dengan betul. Selain daripada menurunkan berat badan, berpuasa seperti yang di ketahui juga adalah baik untuk kesihatan setelah setahun kita memenuhkan dalaman kita dengan pelbagai makanan, kan? Aku bukan lah arif sangat, sekadar terlintas di fikiran, aku tulislah. Bagi aku, entah lah, samada berjaya atau tidak turunkan berat yang sudah berlebih ni, tunggu dan lihat jer. Harap-harap dapatlah turun sedikit, walaupun tak banyak. Ia kemudiannya, dapat melatih aku mengawal nafsu makan, walaupun aku rasakan aku ni bernafsu terhadap makanan (hahahaha).

Puasa kali ini juga di Malaysia terutamanya, seperti dikatakan di dalam akhbar, cuacanya sedikit sejuk sebab berlaku di dalam musim angin monsun barat daya (betulke). Adakala rasanya betul juga, sebab angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan hujan di malam hari. Kadang-kadang panasnya boleh tahan juga. Tapi itulah salah satu dugaan berpuasa. Bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga, malah terpaksa menempuhinya di tengah-tengah cuaca yang agak panas. Cubaan bagi umat Islam seluruh Malaysia dan negara-negara yang berada di iklim khatulistiwa. Hehe Geografi pun leh masuk.

Puasa kali ini, aku menyambut penuh di rumah, berbanding puasa tiga tahun lepas yang mana aku masih bergelar pelajar dan menyambutnya di sana. Suasananya tentulah berbeza. Yang pastinya, duit aku tidak perlu keluar untuk membeli keperluan berbuka. Sebaliknya hanya duduk, menunggu makanan terhidang dan berbuka jer lar. Tapi sebenarnya, suasana berbuka, membeli di bazar ramdhan bersama-sama sungguh mengamit kerinduan aku di sini. Rindunya nak berbuka macam tu. Best rasanya walaupun kadang-kadang kat sana rindu juga nak berbuka di rumah. It was one of the best memories during my time there. Rindunya. Puasa tahun kedua, sebelum keluar membeli makanan berbuka, biasanya aku akan mengupdate blog ni dengan bermacam-macam cerita. Kadang-kadang apa jer aku masukkan untuk memenuhi blog aku ni. Pastu, ketukan di pintu merupakan petanda aku dan rakan-rakan akan pergi membeli makanan. Itulah rutinnya. Belum lagi dengan bersahurnya. Dekat rumah ini, ikutlah,bersahur atau tak, sama jer sebab tak buat apa, duduk jer tak memerlukan tenaga sangat. Dulu belajar, kelas masih ada, oleh itu sedikit tenaga di perlukan.

Cukuplah aku update untuk hari ni, idea masih ada tapi simpan untuk hari akan datang. AKu rasa, berblog ini juga merupakan satu terapi untuk meluahkan perasaan dan apa yang berada di dalam fikiran kita ni. Bukan mudah sesetengah dari kita untuk berkongsi secara bersemuka dengan entah sapa, tapi di sini kita menulis tanpa perlu memikirkan apa yang orang rasa. Ada juga mempersoalkan, kenapa perlu kita kongsi dengan satu dunia dengan berblog. Entah, tak tau, tapi bagi yang berblog, rasanya itu adalah sesuatu yang bukan perlu tapi satu kehendak untuk bertulis dalam menyatakan buah fikiran dan perasaan. Kan? So, marilah berblog (hahahaha) dan SELAMAT BERPUASA!

aurafitra


Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan AL Mubarakh

Salam,



Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, Semoga kedatangannya memberi 1001 erti...

aurafitra

Saturday, August 7, 2010

Ipoh, Bandar KU

Salam,

Hari tu aku berkesempatan meluangkan masa melawat Ipoh, tanah di mana aku membesar. Pergi pun sekejap jer, bawa kawan melawat. Dia tak pernah sampai Ipoh, so aku pun apa lagi, snap lar itu dan ini. Hasilnya, inilah antara bandar Ipoh yang very nostalgia bagi aku hehehe














So inilah antara pemandangan bandar Ipoh yang sempat di tangkap. Hehehe Enjoy, marilah bersama-sama memeriahkan lagi Ipoh bandar ku. Hehe

aurafitra