Thursday, December 22, 2011

The HARD part to find the reason....

Salam,

Macam-macam yang terjadi dan macam-macam perangai yang aku hadapi lately ni. Nak kata serabut kan kepala, memang pun, tak payah cakap serabutnya. Macam-macam dalam fikiran ni kadang-kadang dah tak termampu nak fikirkan. Tapi mungkin dah sifatnya suka memikir, berfikirlah dua puluh empat jam. Tambah stress lah aku, dah lah stress memanjang. Dengan all things comes together. Tak terhandle rasanya otak ni dah. Walaweh, kalah ahli pemikir ea??? baru nak reg jadi salah sorang dari mereka-mereka yang hebar berfikir. Apa salahnya menggunakan sedikit otak ni untuk berfikir lebih walaupun macam tak patut jer...

Herm, terganggu. Tiba rasa macam koleksi lagi aku ni lagu lama-lama. Dah lama tak update so update lah. Apa lagi. Dah habis rasanya untuk malam ni update, sini pulak terpaksa diterjah. Kita selalu dengar rasanya, there's always a reason for something happened in our life's isn't it? Tu la tadi terbaca, salah satu quotes, masalahnya, SUSAH atau HARD untuk kita mencari reason tu. Dok termenung dan berfikir, betul juga. Kita ni sebenarnya just cakap gitu nak sedapkan hati kan. Kalau tak, susah hati selagi tak ada sapa nak cakap macam gitu. Mungkinlah dapat tenangkan perasaan atas sesuatu yang menimpa kita ni. Tapi kalau kita fikirkan, apakah sebabnya sesuatu itu terjadi dekat kita ni lagi sakitkan hati jer. Bukan lagi boleh menenangkan malah menrunsingkan lagi fikiran dan perasaan itu.

Itu satu bab. Ini satu bab pulak. Aku rasakan sekarang aku dah capai satu tahap yang aku dah bosan bekerja. Tak ada dah rasa seronok untuk bekerja. Kenapa? Jangan di tanya, tiba-tiba perasaan itu muncul. Keadaan ni membuatkan aku sedar siapa diri aku ni. Mungkinkah aku ni jenis tak boleh buat kerja yang sama? Atau adakah aku sudah bosan dengan suasana di tempat kerja tu? Entah, tapi yang pastinya aku dah bosan dengan kerja aku. I need change. Desperately! But the change i hope rasa macam tak nak muncul-muncul. Adakah aku ditakdirkan untuk bekerja macam ni jer??? takdir lagi yang di salahkan. Itu lah, setiap yang berlaku ada sebabnya kan??? Hehehehe Oklah takat ni jerlah, aku dah tak ada idea lagi nak fikirkan. Menyesal dengan koleksi lagu baru aku. hahaha Ciao

aurafitra

Wednesday, December 14, 2011

Kritik

Salam,

Sebenarnya tak ada idea nak post apa pun, tapi dah menjadi kewajipan rasanya untuk mengupdate blog ni. Dah lama nampak gambar duit tu jer, dan dah terlalu banyak aku miss this blog untuk update yang bermacam-macam terjadi di seantero dunia. Sekarang yang menarik agaknya isu berkenaan si yang bernama * di twitter tu. Siapa kah dia?

Macam-macam yang aku dengar, dan baca. Sesungguhnya, tercabar juga diri aku ni tatkala membaca segala tulisan tuan punya nama tu. Memang menyakitkan. Umpama agama aku ni dipijak-pijak dan aku tak berdaya untuk buat apa-apa. Aku pun malas nak cakap banyak dah macam-macam komen aku baca dekat lama sosial tu. Semuanya marah macam aku juga. Tapi aku rasa cukup-cukuplah. Kalau kita begini, hanya membuatkan tuan nama itu lagi suka untuk memperkatakan yang entah apa yang dia fikir yang sesungguhnya tak betul bagi kita. Dia rasa seronok kerana ada orang respon. Lagi dia nak kata macam-macam. Kalau tak ada orang yang respon, mesti dia diam begitu sahaja. Bukan lah aku kata macam ni, aku rela agama kita dipijak derkotak katikkan sebigini, tapi dalam dunia sekarang apa yang kita boleh buat? Kita hanya mampu menegur di dalam hati dan itulah selemah-lemah iman. Cukuplah pasal si tuan nama yang entah apa tu. Ada balasan yang menunggu. Lantaklah dia. Moga orang jiran kita akan terbuka dengan siapa sebenarnya yang benar dan salah, baik dan buruk. 

Mungkin entri kali ni semua pasal mengkritik. Ni pulak pasal movie yang tengah hangat di pasaran Malaysia ni, katanya kalah twilight. Maybe wright and maybe not, hopefully got it right. Sokong lah filem tempatan. Aku dah tengok ok walaupun kerusi paling bawah terpaksa mendongak, yang penting dah tengok. Ada pengkritik, katanya pakar, mengkritik yang entah apa. Pakar ker begitu? Atau hanya mainan akhbar dan produksi supaya kritikan tu membuatkan orang lagi nak tengok?? Entah tapi biarlah berotak dalam buat apa juga kerja. Jangan jari tu laju menaip tanpa berfikir dalam, bukan berfikir sepintas. Sedar atau tidak, korang-korang ni lah pembunuh filem kita sendiri. Hanya pendapat aku okay.

Cukuplah hari ni, at least berupdate blog aku ni. Untuk sekian kalinya, ini hanya lah pendapat aku, tak dipengaruhi mana-mana pihak ok.

Assalam, 
aurafitra

Monday, November 28, 2011

Old Collections

Salam,


Just nak sharing my collection yg tak seberapa ni. hehehe this is all malaysian ringgit but now, this is not used anymore. But it is still valid though..




Ciao

aurafitra

Thursday, November 24, 2011

Sharing Picture

Salam,

Just nak sharing pciture.. sharing is caring hahaha...




Ciao,

aurafitra

Monday, November 21, 2011

Sad come Good news!

Salam,


Jujurnya aku bukan lah minat sgt dgn bola sepak ni, but today so proud that Malaysia just won the games though!!!! So proud to be MALAYSIAN!!! 

aurafitra

Sad stories

Salam,

Hari ni, 21.11.2011, dalam jam 8.50 pagi tadi, aku terima mesej dari abg aku, and sadly to say, my uncle just passed away this morning. It was sad that i cant attend the funeral though. May God bless him. My thoughts with my aunties family. Innalillah.... Setiap yang hidup akan merasi mati, cuma masanya belum tahu. 

aurafitra

Instead of Iphone, SAMSUNG S2 here!!!!

Salam,

My hearts is pounding now! Waiting for my new phone arrival tonight. Is it tonight or maybe tomorrow? I have no idea at all. Depends on my brother. If i have the luck, might be tonight, and maybe it isnt. Only God knows. Just feeling the snow might fall thats why lah i'm talking 'london' hahaha. Enough lar.. lets talk about gadget.

For your all information, i'm not so into this gadget world. Its not like i dont like it, but i'm just not into it. It is enough as long as i can make calls, sms and others. Itulah yang aku fikirkan selama ni. tapi semalam, i mean semalam (aku tulis ni before 12 oclock, so semalam lah), got a call from  my brother berkenaan dengan register new line under new telco here. Awalnya, 28 ringgit just untuk internet unlimited. Nak tak nak setuju lah, dengan niat nak membantu dia. Tapi fikir2 balik, baik beli handphone baru jer dari biarkan rugi nak bayar bil macam tu jer kan? so i decided to buy blackberry at first and i'm asking the prize from few people. Then the one and only, my brother call me back and tell me about this samsung galaxy s 2. I was like WHAT??? Its gonna cost me a lot money. How i'm gonna end up here for about 10 days before the money come in? I was thinking hardly (not...) and without any doubt (within a few minutes i think) i decided yeah why not i'm try this new phone you know. Never experience something like this as i just have a few phones that i cant even name it now. Hahahaha pity huh? 26 years i've been living here, this is  gonna be my fifth handphone though and the most experience one! Sangat membazir. Wheres the laptop?


Inilah my new handphone! Kadang-kdang rasa rugi, kadang-kadang best. Apa yg best? Belum tau lagi. masih explore. What i found, the battery life isnt too good lah. Huhuhuhu. Oklah, sementara belum mandi nak pergi kerja ni sempat update lagi hahahaha. See ya!

 aurafitra

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha

Salam,

Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga pengorbanan kita semua di redhai olehNya. Hari ni lah yang betul-betul aku rasakan macam  hari raya. Ada rendang, pulut, dan macam-macam lagi lah. Kalau tak hari raya ni biasanya kerja, kerja dan kerja. Itulah pengorbanannya kan??? Bersesuaian lah dengan hari raya korban ni. Seperti yang dikatakan oleh seseorang laman muka buku nya. So kepada sesapa yang bekerja tu, jangan lah bersedih, anggaplah seperti yang aku coretkan. It was a sacrifice. Seperti lagu Elton John tu. 

Enough about hari raya dan pengorbanan. The funny story tu waktu hari raya pagi tadi. Jujurnya, malas nak bangun pagi tadi, nak tak nak terpaksa lah, al maklumlah semalamnya penat bekerja. Tapi walaumacamanapun, aku bangun lah juga. Dengan semangatnya, sampai jer kat masjid, sekali semayang nya udah habis. Malu yang amat, hanya tuhan yang tahu, dah lah dengan tak bersalahnya aku masuk menonong jer  dalam masjid tu, sekali orang dah berdoa dah. Sabar jer lah. Apa lagi nak cover malunya aku keluar jer terus pergi kedai beli barang yang di pesan. Huhuhu, malu sungguh. 

So the moral of the story, jangan lah pergi lambat-lambat. Masalahnya, tak lambat rasanya aku ni, dia yang mula awal ni. Nak buat macam mana. Aduh, tak perlah bukan salah aku pun. Oklah, i'm trying to reach my father, but he didnt pick up his phone. Apa gunanya handphone???? 

aurafitra

Monday, October 31, 2011

Angan, Berangan, BERANGIN???

Salam,

Its monday and its JUST monday. Nothing ordinary and nothing out of ordinary today. Walaweh, the craziest just come out of nowhere! Its not me, yeah its you, YOU, i mean YOU! Hahaha just kidding. There must be somthing wrong with the brain today. Braniac maybe???? Smallville, come and be my saviour... Oh man! There must be somthing wrong with the brain. Kalau lah nak mendaftarkan diri kat TANJUNG RAMBUTAN tu, sorang-sorang cukuplah, tak payak lah ajak teman, nanti bertambah gila orang lain ea.

Herm, apa yang menarik hari ni? Just rasanya hari ni nak berkongsi sesuatu yang terjadi kat tempat kerja. It was still early actually dan seperti biasa, En FIKRI ni dah kelam kabut nak buat kerjanya. Biasalah, dah hari ISNIN, kerja pun banyak lah nak disetlekan, tambah pulak hari ni 31st Oktober, maka berakhirnya riwayat bulan ini tahun ini. Bukan lah, dah hujung bulan biasalah, report ini kena buat, itu kena buat, belum macam-macam paperwork kena prepare. Gamaklah yer kiranya aku hari ni. 


Nak di jadikan cerita, it was not like my usual monday though. Biasanya it was gloomy, moody dan seangkatan dengannya lah. Tapi hari oleh kerana agaknya, aku dah bangun dengan SENYUMAN, senyum senyum senyum dan senyum macam orang gila kot, maka berubahlah hari ini menjadi hari yang goodmy.. nak juga ada my my belakang dia tu, maka perkataan barulah tu yer, it was historic! Boleh masuk GUINESS BOOK OF RECORDS! Masuk kedai pun dengan senyuman, agaknya budak-budak yang tengah menanti kehadiran si SINGA ni kata mereka lah, pun pelik agaknya. Tak pernah-pernah tersenyum pagi-pagi ni, biasanya datang ada jer salahnya kitaorang ni. Buang tabiat apa ABANG FIKRI ni. Nak buat macam mana, dah senior kat situ, abang tu terlekat lah. Tengah-tengah mengadap komputer tu, maka bermulalah sebuah hikayat, bukan MAT JENIN tapi MAT FIKRI. Berangan punya berangan, aduh best juga kan berangan ni. Dalam berangan tu, kerja berjalan, tangan laju menekan keyborad dan laju menulis apa yang patut. Macam-macam angan-angan. First, by the end of this week, i'll make sure yg aku akan tekan keyborad sebuah laptop yang baru, oh man. Secondly, by the end of next month, i'll mak sure (pulak) yang aku akan tekan screen with my fingers kat samsung galaxy tab 10.1. Itu jer pun yang angan-angan nya. Tak lah menggunung sangat, rasanya ianya sesuatu yang reasonable untuk angan-angan sebegitu. 

Sehingga lah baliknya aku dari bank. Untuk kepastian, aku pun double check la slip bank in tu. Tengah-tengah cek tu, alamak big MISTAKE. It was a very stupid mistake and i'm DEAD! OMG it was somthing yang aku sepatutnya elak dari berlaku but its happened. On that day yang sepatutnya menjadi hari untuk berangan semata-mata. Macam mana aku nak menyelamatkan diri. So apa lagi, aku pun mesej lah my bos, not the owner, bagitau. Ingatkan mesej sampai, cek punya cek, undelivered. Cuba lagi, same thing happen. Again and again and again, sama juga, so aku pun buat dek jer lah. Sehinggalah dia datang petangnya, terus aku bagitau the unlucky story of me, bukan lah yang berangan tu, pasal salah bank in tu lar, dan mesej yang tak sampai-sampai tu. Turnout, it was my LUCKY DAY, its not becoz of the rabbit foot ea, it is my lucky day. Just lucky! maybe aku mempunyai intention untuk memberitahu apa yang tela terjadi, aku di maafkan, mungkin juga aku sudah sediakan penyelesaian yang terbaik depan mata dia. Dah terhidang, apa salahnya, terima jerlah dengan redha. Dan aku pun mulah bertanya itu dan ini, dan kami pun rancak bersembang. Padahal, pertanyaan tu just nak mengelakkan diri Hahahaha 


So, moral of the story (penat tu taip ni) its not wrong to be dreaming even in the day. day dreaming sometimes bring you so much greater than what we're expected. (I'm trying to be DR Phil here) hahaha And turnout, from lebai malang, its become so much LEBAI LUCKY!!!! being serious lah, (pulak dah). Tak salah untuk kita mempunyai angan-angan even mat jenin ker apa apa jua mat-mat, janji angan-angan itu reasonable dan rasanya kita boleh capai. Berusaha ke arah mencapai angan-angan supaya kemudian hari angan-angan itu menjadi realiti.

p/s: Alamak, teringin jadi DR CINTA pulak, esoklah, dari jadi DR PHIL baik jadi DR CINTA hehe nanti kedatangan DR CINTA esok punya N3. 

aurafitra

Sunday, October 23, 2011

B.O.S.A.N

Salam,


This is way out too much!!! Bored to death!!!! Arghhh, i'm off and i'm bored! Boredom, is something that i cant keep with. No joy at all. God help me!!!

aurafitra

Saturday, October 22, 2011

Intervention of PRIVACY

Salam,


(Terganggu! Baru nak menaip segala yang berada di dalam kepala otak ni sekali sim card pulak hilang, pergh sabar jer lar, nasib baik dah jumpa). Intervention of Privacy. Aduh tension diri ini bila ada jer orang nak menggangu apa yang sudah hakikat nya menjadi hak milik sendiri. Kenapa kita yang di anugerahkan dengan satu otak tapi tak menggunakannya untuk memikir. Jangan lah nak di samakan dengan binatang. Kalau ikutkan binatang yang tak ada otak pun, pandai sayang anak, tapi kita ni sampai membuang. Apa bezanya???? Ini satu lagi takkan tak faham PRIVACY!!!

Sometimes, kita ni bukan tak faham, tapi buat-buat tak faham. Just dont cross the borders lar. Kita ni nak kata baik, tak lah baik sangat, nak kata jahat, hanya Tuhan yang tahu, tapi jangan lar sampai macam tu sekali. There's a limit. Limit that you cant cross. This is too much! Tolonglah!Nanti aku jadi orang lain, marah, buat muka, bila dah baik, herm, nak kata pijak kepala, jangan mimpilah. Itulah satu-satunya yang korg takkan mampu dan aku tak kan beri peluang sama sekali. 

So pengajarannya, janganlah sesekali menceroboh privacy orang, kalau nak kena sumpah seranah cubalah. Bahaya tu...


aurafitra
  

Friday, October 14, 2011

Tired..

Salam,


I'm too TIRED! I dont even know the world now. Leaving early while everybody's still sleeping and back till the sun disappear! I miss the shine and sunny day. WARGH! Need a rest. Two or three days,more than enough i think. But, bermimpilar.. even just a single day pun SUSAH! My body is crying and my mind is dead! Walah! The BED is calling, my BFF now huh BEDDY!!!! Ciao..

aurafitra

Thursday, October 13, 2011

ARGHHHHHH

Salam,


Its WORSE AND WORSE. Argh this stupid broadband! Its becoming worse nowadays. Even just to check email ok, takes like hours! Hate it. Commonlah provider, its not i'm not paying ok. Every month, never miss spendng my money on you. But this is what i got in return? What the hell!!!!!! COMMON!!! 


aurafitra

Sunday, October 9, 2011

Its My Birthday

Salam,

Its sunday and its my birthday. Hehehe i'm turning 26! Can you believe that? Macam tak percaya yang diri ini telah 26 tahun berada di muka bumi ini. Am i getting older? Of coz lar, umur semakin menambah, kubur pun semakin memanggil. I'm thankful enough for what i've been through all this years. Even banyak lagi yang tak dapat di kecapi, it is very worthy dengan semua yang aku ada, aku hadapi dan sebagainya. 


26 years, mestilah terlalu banyak yang telah aku hadapi. Manis, masam, pahit dan kelat telah menjadi asam garam kehidupan. Kalau tak cukup rempah dan tak cukup rasa, bukan lah namanya kehidupan kan? Dan sampai sekarang aku berjaya mengharungi 1001 liku yang terlaku berliku dengan hampir jayanya. Sometime the meltdown tu tak dapat lah nak di elakkan. Biasa lah, manusia kan, aku tak terkecuali. Sometimes i feel like this world is mine, but sometimes, i rather not to face this any more. Leaving this world is an option. Just sometimes okay. But i am getting back to myself thinking and realised this is not even a single option for me. This is the truth that we have to face when something come up and like it or not, face it!

26 tahun juga mengajar aku erti kehidupan walaupun jujurnya sekarang, aku masih ragu-ragu dengan apa yang aku ada dalam hidup aku. Maybe orang kata, orang yang tak ada hala tujuan, tak ada matlamat dalam hidup ni bodoh, tapi sebenarnya, susah untuk mencari sesuatu di dalam diri. Bukan mudah untuk mengenali diri sendiri tambahkan orang lain. Kadang-kadang, orang lain lebih mengenali diri kita dari kita sendiri kan? Itu lah hakikatnya. So sekarang, sudah tiba rasanya untuk aku betul mengenali diri dan mengetahui apakah yang aku inginkan dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang insan yang bukan sahaja berjaya di dalam kehidupan, malah semuanya. InsyaAllah. 

Apa yang aku inginkan untuk my 26 birthday? Kalau boleh macam-macam yang aku nak. But being practical lar. Semua sama jer aku rasa. what we want is stability. Life stability, financial stability, and semuanya lah. Thats what i'm wishing now. Itu yang aku nak sekarang. Aku tak perlukan yang lain. Cukuplah sekadar itu. And wishing that i know what i really want with my life now. Anyway happy birthday to me. Ciao

p/s: I really miss my life back then.. huhu 

aurafitra

Friday, September 30, 2011

Dreams, only a dreams...

Salam,


Sometimes, but maybe all the times, mimpi masih menjadi mimpi. Itulah apa yang aku rasakan sekarang. Terlalu banyak yang di impikan, dan terlalu sikit yang terlaksana. Mimpi dan angan-angan, apakah persamaanya? Kadang-kadang, pepatah itu betul juga, angan-angan mat jenin. Itu nak dan ini nak, tapi tak berusaha ke arah merealisasikan impian itu. Timbul pulak impian. Apakah persamaan antara mimpi, angan-angan dan impian? 

Walau apa jua tafsiran semua itu, apa yang aku rasakan sekarang adalah, it is just a dream, for now. Semuanya tak dapat di laksanakan. Walaupun hampir dua-tiga bulan aku berusaha kearahnya, ada saja yang menghalang. Hanya satu aku inginkan sekarang. New laptop! Bukan tak sayang dengan latop sekarang ni, sayang, tapi kadang-kadang kita perlu kan sesuatu yang baru untuk menjernihkan pandangan. And it was for a good course actually (am i spelling it right) entah lah. Tapi tak per, aku bekorban untuk sesuatu yang baik, walaupun maybe ada yang akan mengatakan, i was a stupid organization? Stupid excuse? And wahtever stupid yang boleh keluar dari mulut kita. Maybe that was me. Always put someone else first, instead of me. Takperlah, that was call, SACRIFICE. Macam lagu elton john tu...


Tinggal kenangan.....

Sehingga berjumpa lagi.. ciao

aurafitra

Tuesday, September 20, 2011

Bukan bekerja untuk 'KREDIT'

Salam,


Aku bekerja bukan untuk mendapat kredit ataupun pujian. Itu yang di rasakan sekarang. Walaupun jauh di sudut hati  ingin sekali aku mendapat pujian dari orang yang sepatutnya. Tapi tak apalah, aku bukan bekerja untuk mendapat kredit, tapi bekerja kerana inilah adalah punca rezeki yang Allah berikan sementara kepada aku. Nak tak nak kenalah terima. Bekerja ni sebenarnya baru lah dapat tahu macam mana rasanya bila kita di anak tirikan atau pun sebaliknya. Baru kita dapat melihat dunia sebenar yang selama ini berselindung di sebalik wajah2 manusia yang bermacam-macam perangai. Sekali terkena, tak apa, dua kali terkena, lantaklah, kali ketiga dan seterusnya, herm, berdiam dirilah sementara Allah bukakan rezeki yang lain. 

Bukan mudah untuk tidak menghiraukan segala apa yang berlaku di sekeliling di tambah pulak bila di anugerahkan sekeping hati yang cukup sensitif. Walau macam mana sekalipun kita cuba tidak mengendahkan apa yang berlaku, tetap hati kecil bercakap sendiri. Bukan susah untuk dengar hati bercakap, asyik dengar mulut jer bercakap, penat juga kan. At least kalau hati yang bercakap, kepala otak yang penat. Bila kepala otak yang penat, tidur pun dah dapat mengurangkan penatnya. Adeh, libra lah katakan. Hati yang lembut, bukan orang yang lembut. Hahahaha apa yang di repekkan di malam hari ni pun aku tak tau, tapi itu yang di rasakan nak tulis. Kesakitan mengahalang untuk terus menulis, sehingga berjumpa di lain hari.. ciao

aurafitra

Thursday, September 15, 2011

!st since last time!

Salam,

Its been a long time since i update this blog isn'it??? Hahaha a few matters come up, so nak tak nak terpaksa menyepikan diri dari dunia blog dan online buat sementara waktu. But now i'm back and i'm so sleepy. Apa kena mengena entah kan? Hahahaha dah nak tidur tp ada pulak sorg staff nak sgt gajinya, kebetulan i'm hloding her money. Baru cash kan cheque yg dapat tadi, terus balik rumah, dengan bermacam-macam masalah yang muncul, pada hari yang sama pulak tu. Adeh, lari budget. 
Niat awalnya macam-macam nak tulis tp memandangkan maa yang dah kuyu ni, terpaksa lah aku memendekkan untuk kali. Memandangkan masih belum terlambat lagi rasanya, di sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan hari kemerdekaan. belum terlambat lagi, raya kan sebulan? ok lah, for now, at least aku update blog ni dari labah2 bermaharajalela. Ciao n assalam,

aurafitra

Sunday, June 26, 2011

Fever!

Salam,

Sambungan dari yang lepas, (baru berkesempatan nak update kat sini). Terkurung macam tu sampai dua jam dan ada la juga beberapa orang yang memerhati, it was a shame. Sungguh memalukan. Apalah yang aku fikir sampai kejadian yang sungguh tak diingini terjadi. Entah apa-apa entah. Dan juga, kempunan lah aku hari tu nak makan ketam masak lemak cili api masakan mak aku. Semua gara-gara kebodohan yang disengajakan atau pun tidak di sengajakan. Mana satu? Entah lah. Yang mana menjadi pilihan, pilih jer lar. Penat bila fikir perkara ni. Bukan jer penat, bila teringat belik, kelakar pun ada. Malu pun ada. Hehehe

Fever. Fever adalah sesuatu yang semua nak elak. Tak dapat di nafikan lagi. kenapa la kita kena sakit ni kan? Hehehehe ujian tu. Nak tak nak kena lar hadapinya juga. Badan kalau asyik sihat pun tak boleh juga. Sometimes dia nak di manjakan juga. Sesekali kena ni baru la nak jaga semua, dan yang penting ingat kepada Yang Satu! Sebelum ni tunggang langgang, bila dah kena ni baru lar terfikir baik dan buruknya. Muhasabah diri namanya tu. Ok lah, sampai disni sahaja, no more idea dalam kepala aku ni. Yang difikirkan kalau boleh nak tidur jer sekarang. Hahahaha At least, berupdate la blog ni. Till next time. Ciao

aurafitra

Tuesday, June 21, 2011

What the hell am i thinking????

Salam,

What am i thinking??? Its been a shame what had happened to me a few days ago. Malu yang tak dapat rasanya nak di gambarkan. Not just that, i feel like i am the dumbest person alive at that time. Apa yang aku fikirkan pun aku tak tau. betul kata my auntie, wake up! This is a wake up call for me. Wake up! (will continue)....

Sunday, June 12, 2011

Berhabuk

Salam,

Its been a long time isn't? Argh, malas betul nak update benda alah ni. Tak tau kenapa semenjak dua menjak ni kemalasan bermaharajalela. Rasanya inilah tahap paling malas pernah aku hadapi, for this blog la. So, wuts up with me huh? Nothing much, walaupun macam-macam leh citer tapi semuanya same jer. Kebetulan aku dah bosing tahap gaban, sementara menunggu ke kenduri kazen kawin, dan setelah halwa telinga di penuhi dengan cerita yang entah apa, aku pun duduk la dalam bilik mengemas. Lepas mengemas bilik yang bersepah tahap gaban ni, apa lagi on la laptop ni. Kebetulan firefoz buat hal, so sekarang tgh un and install balik firefox. Sementara tu yang aku menjenguk bloh ni dan update. Hehehehe Ok lah, download pun dah habis, apa lagi operasi pun bermula. Hehehe Ciao, have a nice weekend though!

aurafitra

Tuesday, May 3, 2011

Malu

Salam,

Its been a while since my last update isn't it? Entah kenapa la aku malas betul nak update blog ni. Kalau nak letak alasan, bermacam-macam alasan boleh letak, tapi kita ni asyik dengan alasan. Cuba jangan mencari alasan dan cuba untuk memperbetulkan yang mana tak betulnya. Hai cakap boleh kan? Hahahaha. Apa isu yang hendak dikongsikan kali ini? 

Sejak dua menjak ni, ada la beberapa perkara yang berlegar, bermain di fikiran. Almaklumlah, keje di waktu malam sebenarnya banyak mengajar kita, banyak mendedahkan kita kepada realiti sebenar di luar sana. Dan aku sungguh terkejut, terharu, dan entah apa lagi yang bermain di fikiran memikirkan perkara yang entah patut atau tidak aku fikirkan. Dan yang paling mengejutkan, mereka dari sebuah negeri di sini yang mejadikan aku lebih hairan dan sedih kenapa perkara macam ni boleh berlaku di sebuah negara yang rata-ratanya semua umat Islam khusunya diari sebuah negeri yang terkenal dengan imej keislamannya. Di manakah letaknya nilai estetika kita sebagai umat Islam? Adakah ianya hanya sekadar nama, keturunan ataupun budaya? Jangan memalukan sebuah nama yang cukup agung di hadapan kebanyakan nama kita MOHD.

Dengan mudahnya sekarang umat Islam, orang melayu tanpa segan silu meminta untuk membeli minuman yang bukan sahaja memabukkan malah boleh membawa kepada perkara-perkara yang sungguh dahsyat berlaku tanpa kita sedari. Pilihan yang semestinya salah bukan lagi 100% malah tak mampu diungkapkan nilainya. Malu, sungguh malu aku bagi pihak mereka. Kenapa ini yang menjadi pilihan? Di mana penguatkuasa? Di manakah keadilan??? Bukan niat di sini untuk memalukan mana-mana pihak ataupun bersifat kenegerian, cuma itu yang menghairankan. Perbetulkanlah diri dan sedar di manakah letaknya diri kita ni. Malu sungguh memalukan.

Dan hari ini entah betul atau tidak, FBI most wanted people in the world, has declared by them dead. Not sure where the truth of that news, but whether it is true or not, i'm just hoping its bring something good to us. And i think thats all for today, perbetulkan lah diri dan tengok lah diri sendiri sebelum hebat mencanang itu dan ini. Iya, memang betul, lihat kepada apa yang di perkatakan jangan orang yang memperkatakannya. Tapi kita umat sekarang, nak tak nak dalam hati mesti tengok juga orangnya. Lumrah dan itulah sebenarnya.

aurafitra

Friday, April 1, 2011

Ubat Pedas!!!

Salam,

Just a short entry for today. Sambil-sambil online tu terfikir la juga nak update blog ni. Kebetulan ada sedikit idea yang berlegar di kepala (bukan bertakhta di hati), so kita ambil la kesempatan mengupdate! Kebetulan hari ini, aku kurang nak makan nasi, so ambik lah kesempatan menguji kerajinan aku masak maggie. Hahaha bukan susah pun kalau nak senang, tambah pulak, itu makanan ruji orang bujang dan malas, tapi aku bukan malas, rajin tu, kalau malas tak la aku masak maggie tu. Inilah maggie caraku, cara anda???

Bahan-bahan:
1) Maggie kari
2)Cili padi tiga ulas
3)Bawang Putih (kalau ada bawang merah masukkan, kebetulan tak jumpa bawangnya)
4)Serbuk lada hitam
5) Sos Cili
6)Telur (tapi tadi tak ada telur, habis kot atau pun mataku rabun hahaha)
7)Semangkuk air

Cara-cara:
1)Masukkan air secawan (bukan kopi secawan) di dalam kuali (periuk pun boleh)
2)Masuk kan cili padi dan bawang putih (setelah dihiris dan di ketuk). Biarkan sedikit mendidih
3)Masukkan serbuk lada hitam
4)Masukkan maggie dan tunggu 2 minit
5)Masukkan perencah dan gaul perlahan-lahan (kuat-kuat nanti terpercik pulak airnya)
6)Masukkan cili sos dan tunggu seminit, boleh di hidangkan.

Ini adalah cara aku, kalau anda? Hahaha kalau ikutkan betul cara aku, aku panaskan minya dulu, tumis bawang tu, tapi ada orang kata kalau pakai minyak bukan maggie namanya, itu dah tambah goreng belakangnya. Hahahaha sambung balik citer, makan punya makan, bukan main pedas lagi tergigit cili padi tu. Pergh, dah habis ni, cuba lar minum air masak pun x hilang. Sekali ternampak cadburi dairy milk kat dalam fridge, so amik lar, mana tau boleh hilang pedas. And, tanpa ku sedar, ianya berhasil!!!! Sungguh, mampu menghilangkan kepedasan yang sedang bermaharajalela di dalam mulut aku ni. Hahahahah



So kepada mereka yang sedang dan akan kepedasan, cuba lah petua aku ni, berhasil! Tapi air masak jangan lupa, minum la sikit Hahaha petua dari Fikri.. Fikir2kan dan selamat mencuba! 

aurafitra

Wednesday, March 30, 2011

Chocolate Day!

Salam,


Entah kenapa hari ini aku not in the mood lar. Rasa macam you know, bila malas datang, semua serba tak kena. Betul tak? Tambah pulak aku baru bangun tidur, lagi la malas aku nak buat semuanya. Itu yang akhirnya, aku memutuskan untuk keluar menikmati udara segar, tapi malangnya di KL ni, udara dah tak berapa segar. Almaklumlah, banyak sangat kenderaan kat kl ni. Tambah dekat tempat tinggal aku ni Sungai Buloh, lori bukan main banyak, tambah dengan jalan yang dah bukan macam jalan, lagi la teruk. Tapi nak tak nak, aku kena juga keluar, sebelum kemalasan aku bermaharajalela.

So, keluar punya keluar, lepas pergi bank (malangnya tak boleh kuar duit sepuloh, lima puloh jer boleh, terpaksa daaa) aku pun pergi la ke econsave, bertujuan hanya untuk memborong sedikit coklat. And i like it, walaupun rasa macam membazir jer. But thats is something that i like. Untuk menghilangkan stress dan tekanan, walawei stress dan tekanan beb, nak wat macam mana, kita nak gabungkan semua bahasa hahaha so inilah dia sedikit gambar coklat yang aku borong tadi. Enjoy the feel....








For make it clear, just read the article about chocolate, for real, manfaat chocolate sama dengan buah-buahan. I dont know whtether its true or just a myth, but thats what i have read in a magazine and i kinda believe that. Sebabnya? I love chocolate. Ok lah ciao.. gambate!

aurafitra

Tuesday, March 29, 2011

PWTC dan Window Shopping (Aku jer, Din tak)

Salam,

Apa khabar semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat hendakNya. Lupakan segala sengketa, lupakan segala duka, semoga minggu ini akan menjadi minggu yang terbaik! Tu dia intro, biasa lah kan di pagi2 macam ni, memang lar idea tu hilang entah kemana. Yang berada di fikiran, hanya lah bantal, katil, dan selimut. Di tambah kepenatan bekerja, actually bukan penat fizikal, tapi minda yang penat. Penat dengan semua yang berlaku. Itu sebab aku suruh lupakan semuanya, dan make it this week the whole new! hahaha 

N3 kali ni hanya nak tunjukkan beberapa gambar yang di ambil ketika aku dan kawan pergi BNYOUTHJOBFAIR ahad yang lepas aka semalam lah. Di sebalik tu, ada kisah yang nak aku ceritakan. Kebetulan dekat sana ada lah suruhanjaya pilihanraya, so nak tak nak, kerana rasa tanggungjawab aku pun daftar lah sebagai pengundi (baru nak daftar, bertanggungjawab sangatlah kan) hahaha. Tengah isi borang sekali, borang keahlian menjadi ahli ....... pun ada. Aku cakap la kat kawan aku, aku ni tak sure mana sidenya. So tak bo nak isi. Tapi kalau tak isi, tak boleh pulak. Nak tak nak isilah aku. Dan dengan rasminya, entah rasmi ke tak, aku pun tak tau, maka jadilah aku ahli .... hehehe apa yang penting? Bukan setakat kerjasama, tapi undi anda adalah rahsia! Oklah ini adalah gambar-gambar sekita di sana.


















Ops, gambar bungai tu di SOGO. AKu hanya window shopping, kawan aku yang memberli aka shopping. Tengah pokai, biasa lah kan, hujung bulan. hehehe So inilah antara gambar yang mampu aku uploadkan. Till next time. Remember, lupakan semuanya, buat dek jer de... hahaha copycat. See ya  and have a nice week ahead!

aurafitra

Thursday, March 24, 2011

Entry di pagi hari

Salam,

Twice a week ok! Manakah janjimu.. bukan janji manis mu. Hahaha.. apa la aku merepek di pagi hari ni kan? Actually tengah menunggu untuk dipanggil oleh Tok aka nenek aku nak teman pergi beli barang dapur. Nak cakap ikan macam kurang sesuai, so nak tak nak sementara tunggu tu, update la juga. So, what's new? Nothing to say, although there are a lot of things happened for the last few days. Its not that nice to say in here, so let me keep it to myself lar. Baik tak payah bagitau kalau macam tu, tapi nak buat macam mana, dah itu yang tertulis. Itulah masalahnya, kalau kita 'bergerak' dahulu tanpa berfikir baik dan buruk. Sesetengah orang tak berfikir dalam bertindak, kekadang aku pun macam tu. Thats why sekarang, nak tak nak, we need to think carefully before we speak or do something. Yer lar, nak elakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Kekadang, perkara yang tidak diingini ni yang berlaku membuatkan hidup terumbang ambing. 

Baru jer tadi rasanya aku mempunyai idea nak tulis apa kat sini, tapi sekali dah berangan, hilang semuanya. Herm, berfikir dan berfikir dan apa yang aku nak tuliskan, aku bersyukur dengan apa yang aku ada hari ni. Mungkin hari ni macam ini takdirnya untuk aku, tapi in the future sapa yang tahu. Manusia, kadang-kadang tak lari dari mengangisi nasib yang mereka kena tempuh, tapi kena lah ingat, kalau kita macam ni, ada mereka yang lebih teruk dari kita. Aku pun pernah begitu, tapi kesedaran membantu aku dalam menghadapi kehidupan seharian dan yang mendatang. Nasib, dah ditentukan olehNya, tapi kita kena lah berusaha mencarinya. Dia lebih berkuasa dan mengetahui apakah yang terbaik untuk kita semua. Apa yang mampu kita lakukan, mintalah yang terbaik bukan sahaja untuk kita malah untuk family secara umumnya. Nak tak nak, ianya berkaitan dengan family juga kan? 

Menangis. Mungkin air mata lelaki begitu mahal bagai emas permata berlian semua lah. Agaknya sifat lelaki yang agak ego itu yang menjadikan air mata mereka begitu mahal. Tak salah kita menangis kerana mengangis itu bukan menunjukkan sifat yang lembut untuk seseorang lelaki itu, sebaliknya, ia menunjukkan sifat lain di sisi lelaki itu. Dan ingat lah, 'kita bermula dengan menangis dan berakhir dengan tangisan'. Permulaan kita merasa kehidupan di dunia dengan kita menangis, dan berakhirnya kehidupan kita di muka bumi ini juga dengan tangisan. Bukan sahaja tangisan kita, tetapi orang dikeliling kita. Jadi tak salah menangis ok wahai kaum adam. 

Akhirnya, memandangkan sekarang siang hujan, malam pun hujan, maka berhati-hati lah anda di jalan raya. Kalau boleh elak hujan tu, elaklah, untuk kesihatan diri. (sebenarnya dah tak ada idea, nk tulis pasal moto, tak reti sangat, ha ni lagi satu untuk clarify semua, motor itu pilihan orang tua saya yer, bukan saya, tapi menerimanya dengan redha). Apa2 pun, have a nice day

aurafitra

Saturday, March 19, 2011







Thursday, March 17, 2011

WVB 3441

Salam,

Happy news! I just bought a new motorcycle, and it is become my first and ever motorcyle, under my name!!!! Wah, very excited lor. Teruja yang amat. And satu lagu sejarah tercatat di dalam kamus hidup insan bernama Fikri, drive for the first time dekat highway. Lesen full belum dapat lagi tu. redah saja. Hahaha banyak sejarah terjadi hari ni. 

Cuba untuk transfer gambar dari handphone ke laptop ni, tapi tak berjaya pulak. Nak tak nak terpaksa lar menamatkan n3 untuk kali ini. Kalau dah masuk tu, boleh lar juga bercerita itu dan ini. Hehehe. Memandangkan aku terpaksa bersengkang mata malam ini, terpaksalar berundur diri. Nan tak nak, terpaksa memaksa diri untuk tidur di siang hari. WVB 3441, itulah nombor yang di daftar atas motor aku? Senang tak nak ingat?????

aurafitra

Monday, March 14, 2011

Tsunami di Japan!

Salam,

Fisrt N3 for this week. Cuba untuk merialisasikan apa yang telah azamkan pada N3 sebelum ini. Dahsyat! Dan baru-baru ni kita dikejutkan dengan malapetaka yang melanda Jepun. Tsunami! Sungguh menggerunkan setiap kita yang mendengarnya! Salam takziah saja yang mampu saya utarakan. Tsunami! Merupakan satu bencana alam yang sungguh dahsyat, tanpa mengira masa, tanpa sebarang amaran, aianya datang begitu sahaja.Walaupun negara secanggih jepun yang sentiasa bersedia dgn segala bencana, tapi masih tak mampu sebenarnya melawan kuasa alam semesta yang begitu dahsyat sekali.


Bayangkan kalau kita yang kena, macam mana? Nauzubillah! Minta di jauhkan. Bukan lah minta tapi alangkah bagusnya kalau kita sentiasa bersedia dengan segala macam bencana. Dan bersyukurlah kerana negara kita jauh dari lingkaran api pasifik! tetapi taukah anda, negara manakah yang paling kerap di landa gempa bumi? Bukan tsunami. Nak tak nak, kedua2 benda ni berkaitan kan?

So, besyukurlah kerana kita menjadi rakyat Malaysia, tanah yang aman lagi damai, semangat patriotik kita sepatutnta kena ada. Tetapi kenalah ingat, kita hanya menumpang sementara di bumi yang fana ini, nak tak nak wajib bagi kita bersyukur selagi mana kita berdiri di tanah yang gersang ini. Perjalanan masih jauh dan dunia sanalah dunia yang kekal abadi!

aurafitra

Saturday, March 12, 2011

Buy Online

Salam,

Hari ni dan saat ini, nak tak nak aku kena juga berusaha untuk menjadikan blog ini salah satu daripada blog yang sentiasa berupdate. Mempunyai blog sebenarnya merupakan satu cabaran dan memerlukan komitmen yang tinggi, bukan hanya sekadar 'trend' orang lain ada blog, kita pun nak juga. Tapi usaha dalam berblog tiada. baik tak payah kan? So, bila aku terfikir begitu, pergh, bak aku yang terketuk kepala sendiri. Nak tak nak, have to act now, not later or tomorrow. 

So untuk hari ni, terfikir nak tulis berkenaan pembelian secara online ni. Secara jujurnya, i dont really believe in buying online. Banyak yang difikir, dan kebanyakannya negatif. Maybe itu cara aku berfikir, suka memikirkan kesan buruk dari baik untuk sesuatu perkara. I'm working on that, trying to change the way i think. Takes time, but i will. So, nak tak nak, hasil dari keterpaksaan, terpaksalah aku menggunakan medium yang satu ini dalam membuat pembelian. Kenapa terpaksa? Mencari senaskhah novel di sini cukuplah susah. Dalam beberapa hari mencuba untuk mencari, tidak membawa apa hasil akhirnya, terpaksalar menggunakan medium yang satu ini. Dan inilah hasilnya!!!!


Just within two days, apa yang di hajatkan sampai. Pergh, i was suprised by that actually. Tak expect yang ianya akan secepat itu, and it was under good condition you know. Hahaha first experience dan ianya menunjukkan hasil yang baik, nak tak nak kenalah admit, it was good dan bolehlah buat yang kedua. Always nak compare macam mana dia punya service. 

Ini sebenarnya merupakan satu kemudahan yang sepatutnya tidak di abaikan oleh kita semua. Try to use it, tapi rasanya untuk benda-benda yang macam ni oklah, yang lain, rasanya terpulang kepada individu dalam menilainya. Tapi it was good. Only the cost is higher than actual price. Mestilah, habis tu shipping cost macam mana. Tapi kalau free delivery sevice kan bagus. Hahahaha oklah, itu saja untuk hari ni, and i will try my best tp update twice a week. Thats a promis to myself. ANd have a nice weekend. 


aurafitra

Saturday, February 26, 2011

Tanpa Gagal

Salam,

Its been a while since aku tak update blog ni. Tapi hari bukan lah nak update pasal 'nama di beri' coz nama  panggilan aku tak ada specialnya. Dari kecik nama diberi begitu, sampai kebesarlah orang panggil nama aku tu. So nothing special yang boleh diceritakan berkaitan dengan nama panggilan yang boleh membuatkan orang tergelak sampai terguling-guling. Haha, tapi n3 kari ini hanya lah sekadar memenuhi kehendak hati yang ingin update blog ni daripada minggu lepas lagi tapi sehingga lar saat aku menaip tadi, ada saja gangguan yang menghalang. Macam biasa lah gangguannya kan? MALAS. 

Tanpa Gagal. Kenapa tiba-tiba tajuk tu yang aku tulis kat atas tu. Entah, terlintas dengan sendirinya tatkala aku sedang menikmati taufu fa di pagi hari. Adakah kenikmatan taufu fa yang memberi aku ilham akan tajuk ini? Tanpa gagal aku harus menghabiskan taufu fa yang sungguh enak ini! Rugi lah kalau tak habis kerana sesungguhnya pembaziran itu bukan lah sifat orang terpuji malah mereka bersaudara dengan syaitan, nauzubillah! Minta di elakkan. Makanya kali ni, apa yang akan tertulis di bawah ini, maybe tak ada kaitannya dengan tajuk yang di tulis di atas. 

Memikirkan apa yang hendak di tulis ni sebenarnya susah juga. Kalau dah tak ada idea tu tak ada idea juga. Macam mana lah seorang penulis boleh menghasilkan sebuah buku yang panjang berjela? Tabik hormat dekat mereka yang boleh mencurahkan pelbagai idea di dalam sebuah naskhah yang dinamakan buku. Termenung! Termenung adalah merupakan satu penyakit atau habit? Adakah ianya bad habit atau just habit, tetapi bukan just harry. Apabila seseorang itu berada di satu alam yang lain (alam yang lain?) hasil daripada ketidaketahuan untuk melakukan sesuatu, mereka akan cenderung untuk termenung sambil memikirkan apa yang hendak di lakukan atas sesuatu tugas atau kerja yang sedang di lakukan. 

Entah apa yang aku merepekkan pun aku tak tau. Oklah, usaha aku untuk medapatkan idea nampaknya gagal. Di lain hari mungkin aku akan update sesuatu untuk blog ini. Ciao, salam and happy weekend!

aurafitra

Sunday, February 6, 2011

Penantian SATU PENYEKSAAN

Salam,

Penantian itu satu penyeksaan! Memang betul kata orang tua dahulu kala, memang menyeksakan apabila kita di takdirkan untuk menunggu. Sungguh bijak pemikiran mereka sehingga kita masih menggunakan istilah dan pepatah mereka yang terlebih dahulu makan garam dari kita. Sedar atau tidak, sepanjang hidup kita ni memang akan sentiasa menunggu dan menunggu. Nak tak nak, terpaksa hadapinya samada kita boleh berhadapan dengannya atau sebaliknya kita yang tersungkur dengan menunggu. Tengah 'menunggu' tadi sambil perkena teh ais, aku terfikir, menunggu memang menyeksakan tetapi seksaan itu bukan hanya pada waktu itu tetapi untuk kemudian hari, setelah menempuh alam kehidupan yang lain. Sedar kah kita akan hakikat itu? Rasanya, kita kadang hanya mampu memperkatakan akan penyeksaan itu tanpa kita sedari ianya akan memberatkan amalan di sebelah kiri ni.

Cuba kita fikir, dah lah dengan menunggu menyeksakan batin dan sanubari, di tambah dengan maki hamun yang keluar dari mulut kita ni, mana tak nya. Memanglah menempah bala di kemudian hari jer. Cuba la kalau menunggu tu di sulami dengan kesabaran, maka semua itu tidak akan berlaku. Tapi siapalah aku terutamanya dan kita umumnya di tambah umat zaman sekarang, cukup laju bagai air sungai yang mengalirn keluarnya kata-kata yang tanpa kita sedar akan keluarnya kata-kata yang entah apa. Itu belum hati yang entah apa kita carutkan kerana hanya menunggu. Memang betullah penantian itu satu penyeksaan. Bukan sahaja penyeksaan present tapi di future yang nak tak nak terpaksa kita hadapi akan balasannya. Tapi kenapa kah kaum kita aka aku ni terkenal dengan tak pernah on-timenya? Adakah itu hakikat atau hanya sekadar mainan bibir? Janji Melayu.. Kadang-kadang sedih sebab yang masih memperkatakannya kita kaum Melayu sendiri juga. Tak semua macam tu dan hakikatnya kita sudah semakin berubah kerana masih ramai yang tidak suka menunggu dan membuat orang menunggu. Berubah demi masa depan!

aurafitra

Wednesday, February 2, 2011

Chinese New Year

Salam,



Happy Chinese New Year! Gong Xi Fa Cai! Hahahaha Rindunya lama tak dapat limau dari my best friend. Hahaha Kalau tidak, every chinese new year for the past three years, mesti dapat limau punya. Satu kotak. Keyang sampai tak larat dah nak makan. Rindunya time-time macam tu. Tapi sekarang pun dapat juga, cuma dari mak cik aku lar dia dapat kat tempat keje dia. Huhu Apa-apa pun happy chinese new year, to all my friends and semua yang menyambutnya. May this year brings a lot of happiness and prosporeos.


aurafitra

Thursday, January 27, 2011

Another day another Thursday

Salam,

Percaya atau tidak hari semakin berlalu, melangkah menongkah arus perjalanan yang sungguh berliku. Sepanjang hampir dua puluh enam tahun bernafas di bumi yang sementara ini, entah berapa banyak khamis yang telah aku tempuhi. Dan sebenarnya semenjak dua menjak ni, hari khamis umpama merupakan hari yang sungguh tidak aku nantikan, entah kenapa dan aku tiada jawapannya. Kalau ikutkan semua hari aku tak nanti kan. Kecuali sabtu jer lar yang agak tidak memusingkan kepala aku ni. Hari lain, entah mengapa, jiwa ku berdolak dalik kalau la boleh setiap hari adalah hari sabtu. Hahahaha entah apa aku merepek di pagi hari pun aku tak tau yer. Jangan tanya kenapa dan apa dan segala jenis persoalan kerana aku tak tau jawapannya. Hahahahaha Ok lah ciao, nak menjamah nasi goreng sebagai breakfast aku hari ni Hahahaha

aurafitra

Tuesday, January 25, 2011

Pengat LABU

Salam,


Sedapnya PEngat LABU.... huhuhuh inilah rupanya. Menu makan petang aku wahaha

Kehairanan Yang Tinggi Melangut

Salam,


Dari tajuk pun rasanya sudah memeningkan, ini kan pulak nak cerita kat sini. Lagi pening ada lar kan. Tapi biarlah, baik aku bercerita mencoret sesuatu di sini dari membiarkan aku tertengguh-tangguh langsung tak update. lama-lama bukan setakat berhabuk, semua lah. Hahaha

Sikap. Selalunya menjadi isu yang besar terutama bagi remaja yang masih belum mengenal dunia dan cuba untuk mengenalinya. Mencuba sesuatu yang baru bagi mereka tanpa memikirkan pro dan kons dalam setiap perbuatan mereka. Tapi untuk remaja yang begitu mungkin tidak menghairankan insan yang diberi nama seperti aku ni, tapi bila kita telah melangkah setapak atau bertapak-tapak dari keadaan itu, itu yang menghairankan. Masih belum berjaya menlangkah dengan jayanya ataupun sengaja mencuba untuk berada di takuk yang lama seperti usianya tak akan berganjak. Entah lah, sikap bukan sesuatu yang mudah untuk di ubah. tapi manusia tak akan berubah tanpa usaha  dan kehendak sendiri. nak berubah, sendiri kena usaha. Orang lain tak boleh nak ubah apa yang telah azali seperti itu. Tapi di dalam persekitaran yang lain, perubahan itu perlu walaupun mungkin kita hipokrit. Tapi bagi aku, hipokrit itu lebih baik kerana ianya memberi kesan kepada persekitaran yang best dan selesa. kalau di ikut kan diri sendiri, memang semua pun terasa akan perasaan ketidak selesa tu.Kadabg-kadang berlakon itu pun penting. Mana lar tau kalah pulak Bront Palare yang baru-baru ni menang sampai dua anugerah pelakon terbaik kan? Lagi tinggi anugerah kita. Kalau tak, Collin Ferrel yang menang pelakon terbaik dalam Kings Speech tu. Anugerah tu satu dunia tengok. Nak? Sapa tak nak? Kan.....?????

Itulah sebenarnya asam garam kehidupan. Banyak yang kita akan tempuhi bila kita berhadapan dengan bermacam ragam manusia. Dulu waktu sekolah, pastu belajar di universiti, dan sekarang alam pekerjaan. Masing-masing mempunyai pengalaman dan peristiwa yang pernah di hadapi. Nak tak nak, we got to face it. As long as we do what we're supposed to do. Sometimes ignorance itu pun penting. Walaupun hati tetap berkata-kata tapi ignorance itu lah yang membantu kita dalam meneruskan apa yang perlu kita lakukan. Hahaha And one thing, whether we like it or not, please respect others. Especially elders ok. Mereka lebih besar nilai usianya dari kita, nak tak nak show some respect. Sometimes perasaan benci itu mampu memusnahkan diri tanpa kita sedari. Jangan mencari kesalahan orang lain tanpa kita tengok diri kita sendiri. Love each others in this small world. ke sana ke sini, jumpa juga. 

aurafitra

Saturday, January 22, 2011

Almost two month.. and still counting

Salam,

Kalau di kira, hari ni dah masuk 2 bulan 2 hari aku melangkah ke satu alam yang baru untuk aku. Bukan alam perkahwinan macam kawan baik aku tu, siap dah nak dapat anak dah dia, cepat produce. Tapi alam pekerjaan. Dan sepanjang dua bulan ni juga tanpa peneman setia ni, aku banyak cerita tak berupdate dan bermacam ragam yang telah aku jumpa. Ini dan itu dan banyak yang nak diceritakan tap rasanya tak patut di ceritakan. Apalah aku ni, kata nak cerita tapi tak dapat nak diceritakan. Jangan cakap putar belit boleh tak? hahahaha 

Dan saat-saat aku nak update blog ni, waktu tu lah idea tak nak keluar. Di tambah dengan blog ni yang agak macam bengong, sabarkan jer lah, so aku pun tak jadilah nak update. Esok aku mencari idea apa yang nak di update, bo tak??? Tajuk still sama lar.. dah macam ni.. aku keciwa.. wahahahahaha

aurafitra