Monday, March 1, 2010

Facebook.

Salam,


Small entry jer rasanya kali nie. Tengah-tengah duduk checking my email and facebook, terbaca everything people post on their wall in facebook. The question is, DO WE HAVE TO POST EVERYTHING IN THAT WALL??? EVEN A SMALL MATTER???? ARE WE ADDICTED?? AM I ADDICTED? Itu lar rasanya yang membuatkan aku terfikir, memikir memerah otak di pagi hari mencari jawapan yang tak pasti. Adakah ini penangan mereka-mereka dalam melalaikan kita? Entah, aku tak ada jawapan nak jawab... Mungkin aku pun salah satu dari mereka yang ketagih, itu sebab aku tulis AM I ADDCITED? Bagi aku, yeah, mungkin aku sedikit ADDICTED, tapi jangan lar sampai perkara-perkara kecil pun nak di besarkan di sana. Orang kata cakap-cakap pandang-pandang lar kiri dan kanan, sekarang bukan setakat cakap, tulis pun kena pandang kiri dan kanan. Banyak pihak yang memerhati. Dan jangan sesekali melupakan otak dalam membuat kenyataan. Padah yang akan di terima. Itu yang membezakan kita dengan makhluk Tuhan yang lain. Otak. BUkan sekadar menggunakan jari jemari menaip entah apa saja yang kita rasa nak tulis dekat facebook tu. Yang membuatkan aku tak faham, perkara KECIL.. yeah SMALL kalau tak faham bahasa kita sendiri, perlu ker di tulis, di post di sana? Untuk apa? Mendapat perhatian? Even i dont know how to spell this pamplete pun menjadi isu? Aduhai, think lar, not just simply put everything into that wall. People laughing look at us like this. BUkan tak terbukti, lebih dari 4 jam mengadap facebook tu dah KETAGIH, ADDICTED! Think. Benda nie bukan saja-saja orang buat kajian, bukan saja-saja kosmo nak dedahkan, thats the reality we have to face now. Am i mad? Deeply. Sedih melihat mereka-mereka yang post something that is not necessary to post out there. I'm speaking for myself either here. Itu sebab latelt, i'm not posting something yang really tak perlu untuk di postkan. Pictures? Another story for me. We share the joy we have. But not perkataan yang entah apa-apa entah. Even aku rasa, picture pun tak perlu terlalu banyak nak letak. Entah lar, its easier said than done kan? Nanti tak pasal-pasal aku lak yang tulis small isu kat facebook. Tapi serasanya, so far tak ada lar..Tolonglar fikirkan, tak kan semua nak letak dalam FACEBOOK??? ADAKAH INI KERJA ORANG JAUH DI SANA? MELALAIKAN KITA? Think about it! BUkan nak tunjuk siapa bagus kat sini, cuma aku menyuarakan apa yang aku terfikir setelah BERFIKIR panjang. Dan yang pasti bukan di FB.

Ciao

aurafitra


Saturday, February 27, 2010

Dari biar berabuk... hehehe

Salam,

Its been a while rasanya aku tak update blog aku ni. Bukan x ada masa, ada. Even, terlebih lagi, cuma bila MALAS menguasai diri, memang aku malas nak update, although dah buka dah, tinggal untuk writing jer lagi, tapi still malas. Apa lar nak jadi. Hahaha Actually, within this 2 weeks, banyak perkara yang berlaku in my life and even people around me rasanya. Yer lar bayangkan, dah almost two weeks aku tak update cerita kat sini, semua tertinggal lar belakang. Hahaha Sayang nak give up blogging ni. Dah teruskan, baik teruskan jer, rugi rasanya stop tengah jalan macam tue jer. Hahaha (yang terasa jangan marah).

Balik Kampung dan Chinese New Year

Cuti mid sem aku rasanya hampir aku habiskan dengan bercuti di kampung nenek aku, Bagan Serai. Last aku balik rasanya waktu raya. Lepas tu dah tak balik dah. Lagipun sekarang nenek aku dah jadi orang KL dah, bukan lagi orang kampung yer.. hehehe so, jarang lar agaknya balik kampung. (dan hakikatnya aku memang jarang balik kampung pun ish apa nak jadi ni) hahaha. So dekat sana banyak lar yang aku buat. Apa lagi, makan, tdur, makan dan tidur. Bestnya sekali sekala dapat buat macam tu tanpa perlu menggunakan otak untuk memikir perkara yang berat-berat. PSM sudah semestinya aku lupakan waktu aku kat sana. Apa nak jadi dengan PSM, dah malas aku nak fikir. Hahaha Lagi satu yang best nya waktu aku nak balik kampung dan dari kampung nak balik KL, jalan dekat highway tue bukan main jam lagi. Perkara biasa setiap kali musim perayaan. PLUS mesti jam. Walaupun pihak mereka dah sediakan waktu yang sesuai untuk bergerak bagi mengelak kesesakan di jalan raya tue. Tapi still the same bak kata Joey Mcintyre tue. Hahaha

Persoalannya, kenapa masih macam tue? Apakah sikap pemandu dan pengguna itu sendiri? Entah lar, aku rasa isu ni walaupun cuba nak selesaikan tapi still di takuk lama. Jangan menunding jari kepada pihak-pihak tertentu kalau kita sendiri masih berada di takuk lama, tak nak perubahan. Macam mana nak berubah, laluan kecemasan lalu, berenti kiri kanan tanpa fikir orang lain. Aku sekadar pemerhati. Cuba kalau semua pemandu berhemah, pasti dapat mengelak semua kemalangan dan segala masalah yang timbul berkenaan dengan jalan raya kan? Dont know, just what i have in mind. Hahaha its easier said than done kan? well, better said dari berdiam diri.. hehehe kidding.. up to you la guys. Anyway aku tak berkesempatan nak wisk HAPPY CHINESE NEW YEAR kat sini. For those yang celebrated it, GONG XI FA CAI.

Outing With Dien@Niedy

Rasanya dah lama aku tak bertemu dua muka dengan kawan aku sorang ni.Sekali sekala berpeluang nak keluar dengan dia apa salahnya. Hahaha aktiviti kitaorg tengok wayang, lowyat, timesquare. Itu jer lar. Itu pun dah letih tengok macam tue. Hoho

Ok lar sebenarnya dah tak ada idea dah nak tulis apa nie nanti lar kau fikir lain hahahaha so far, this is for now. ciao

aurafitra



Friday, February 12, 2010

Home Sweet Home

Salam,

Home Sweet Home! Akhirnya aku balik juga rumah. Rasanya dah lama dah aku tak balik akhirnya, aku berjaya juga menjejaki kaki aku ke rumah ini. Hahaha gembiranya rasa hati. Hahaha Walaupun cuti ni hanya seminggu, tapi dapat juga aku merehatkan minda dan fizikal aku dari memikirkan semua kerja yang berlambak di UTM tu. Walaupun aku merasakan yang aku tak ada lar rehat sangat, sebab dalam perancangan macam nak buat sikit kerja yang aku tinggal kat sana. Hahaha Dalam perancangan jer lar. Tapi tak tahu lagi macam mana.


1st----->Home Sweet Home


2nd-----> Enter

3rd-----> Straight to the kitchen.. yummy!!!


4th----> After having lunch, tempat ni mesti di tuju sambil baca paper.. hahaha

4 benda ni lar yang aku buat sebaik sahaja aku sampai rumah semalam (11.2.2010). Hahaha part of it, adalar aku punggah baju nak basuh. Biasa lar, sekali sekala balik mestila nak kena basuh baju. Hahahaha Kat bawah ni pulak gambar anak buah aku. Si kakak dan si abang.


Kakak penat balik sekolah... terus tidur

Si abang pulak tak reti tdur.. yg lain semua dah tidur kecuali dia, aku and my mum of coz hehe

p/s : Berfikir dan memikir.......

Ciao

aurafitra

Saturday, February 6, 2010

My books.....

Salam,

Hahaha ini idea roomate aku untuk masukkan gambar novel-novel dan buku-buku yang aku beli sepanjang sem akhir aku di sini. Berapa cuba korang teka? Kalau ada yang baca blog aku ni lar. Hahahaha ok lar tanpa buang masa lagi, this the picture lor...


Novel bilik aku dan roomate...


novel-novel kami.. hehehe


Novel yang agak best (padahal lagi dua tu tak baca pun lagi hehehe)


Buku-buku untuk kebaikan... ;)


AGak kurang sikit buku nie.. (rasa cam nyesal beli)



Walaupun dah tgk harry potter, tetap beli juga... roomate hehehe yg satu lagi hadiah dari tunang dia (agaknya hahaha)



Membaca sambil dgn contos.. bestnya..;)


Again contos....



Ish3x.. corntoz lagi... hehehe nak???



Corntoz dan corntoz

p/s : Membaca sambil kena dengan corntoz best wooo hahahaha

ciao

aurafitra

Camera Baru dan CHINESE NEW YEAR

Salam,


Akhirnya dapat juga aku update blog ni. Walaupun tak banyak yang berlaku, tak apa lar, aku rasa aku update juga lar dari biarkan blog ni berhabuk tak berusik. Hahaha Apa guna blog kalau setakat nak di biarkan begitu jer kan? At least berupdate lar sikit. Penat-penat design blog. Last-last biarkan begitu jer. Ish, ish, ish, rugi-rugi (sapa yang makan cili tue terasa la pedasnya kan?) hahaha.

Kamera

Akhirnya. Aku memilki juga camera sendiri. Hahahaha walaupun berat sewaktu nak beli tu, fikir punya fikir akhirnya aku beli juga. Setakat nak bergambar boleh lar. BUkan lar nak jadi macam profesional tue. Gambar untuk aku menjadi satu kenangan terindah. Tambah-tambah aku dah berada di akhir semester. Mestila gambar ni penting dalam hidup kita kan? Gambar kan memberikan seribu satu makna tersirat. Hehehe walaupun aku agak lambat memilikinya, tapi aku bersyukur walaupun tidak memiliki D3000 tapi tetap ada untuk bergambar.

So ini adalah antara gambat yang aku tangkap pada minggu pertama pembelian camera. Hahahaha hidup ku tak lengkap tanpa camera.



My 1st camera picture ever


Kipas pun boleh beb hahaha (actually tgh bergerak kipas ni)


Pemandangan depan bilik aku.. menarik kan? hahaha


Again, depan bilik.... harum semerbak (sehingga menakutkan hahaha)



Kalau dapat minum..... pergh sedap betul

Again, pemandangan.....


Berbaloi atau tidak aku beli, bukan persoalan. Yang penting aku puas mempunyai sebuah camera yang dapat merakam segala detik2 manis terakhir aku di sini. Hehehe (sebenarnya dah puas aku menangisi meratapi betapa lajunya duit aku berjalan huhuhuhu SEDIH!!!!)

Ok lar sempena chinese new year yang akan datang tak lama lagi, ha ini gambar untuk semua yang menyambutnya. Hahahaha (tak ada keje, biasa lar tu). Happy Chinese New Year everybody.



Lokam....





Happy Chinese New Year

Ciao

aurafitra

Sunday, January 31, 2010

Should or shouldn't?

Salam,

Macam kenal kan title kat atas tu. Hahahaha itu lah title dalam fb aku. Aku pun sebenarnya tak tau nak letak tajuk apa dah waktu nak menaip ni, letak jer lar tajuk ni, sebab ini juga yang aku nak postkan. Should i or shouldnt i?

Kamera.

Its my dream actually nak ada satu camera kepunyaan diri sendiri. Dengan menggunakan duit aku sendiri. Tapi sampai ke hari ini, masih aku tak mampu untuk memlikinya. BUkan tidak mampu, mampu cumanya mungkin lepas dengar nasihat ibu tercinta, perasaan tu jadi ragu. Entah lah, aku masih memikir, macam aku masih memikir samada nak sambung atau tidak pengajian aku ni. Perlu ker tidak aku beli ni. Yang berkenan dah jumpa, semuanya tersedia, cuma menunggu keputusan hati aku ni macam mana. Ini akibatnya andai 'otak' terlalu mengambil tempat. Semua segi aku fikir. Baik dan buruknya. Entah, setakat ini aku masih tiada jawapan, andai jawapannya nanti tiba, akan aku war-warkan. Hehehehe mungkin Isnin jawapan boleh agaknya??? Hahaha

Handphone.

Ini satu lagi. Sebenarnya tiada dalam perancangan pun nak tukar handphone, tapi bila dah tolong kawan-kawan survey ni macam berminat pulak. So far, speanjang aku mulakan journey baru (sebaik tamatnya sekolah menengah), aku hanya pernah memakai 4 hp jer. 4 jer, bayangkan, kalau orang lain aku rasa bukan main banyak lagi. Yang pertama hadiah daripada bonda tercinta (hilang maybe terjatuh dalam CAB kat kl huhuhu), yang kedua ihsan daripada abang sebab dah tak ada hp. Dua hp pertama adalah pemebrian orang. Yang pertama aku beli menggunakan duit aku, ketika tahun 2 di KL. Secondhand. Dan yang terakhir, hp sekarang yang aku pakai ni, siap sebiji macam roomate aku sekarang. Sebabnya kami beli sekali. Hahahaha

So macam nak tukar jer hp tanpa jual hp sekarang, sayang sebab beli sendiri. Hehehe entah lah, masih juga memikir hahahahaha. Keputusannya nantilah aku berikan. Tapi yang pasti, hp untuk ayah tersayang tetap akan aku belikan. Hehehehe

Oklah itu jer lar, memandangkan cuaca yang amat panas ni, aku nak mandi, dan nak restart laptop ni. Line dah macam apa.. hehehe ciao!!!

aurafitra

Saturday, January 30, 2010

Khilaf....

Salam,

Banyak perkara yang berlaku sepanjang aku berdiam dari mengupdate blog ini. Tapi, tiap kali aku buka, perasaan untuk aku update blog ini tak timbul-timbul juga. Lastly, tinggal lar blog ni sedikit berhabuk. Berhabuk dari menerima cerita-cerita yang menarik berlaku dalam kehidupan aku. Entah menarik atau tidak, entah lah. Aku pun tidak mampu untuk mengetahuinya. Kadang-kadang, mempunyai blog dan menceritakan segala yang berlaku dalam kehidupan aku, macam syok sendiri. Syok sendiri? Mungkin ada yang berpendapat syok sendiri tu tak baik. Tapi bagi aku, syok sendiri pun bukan lah satu yang salah, janji kita syok dengan apa yang kita buat. Itu sudah cukup baik. Kepuasan lebih penting dari segalanya kan? Kalau kita buat sesuatu benda tapi tak dapat kepuasan pun macam tak guna juga.

Kekhilafan Diri

Kita bukanlah 'perfect', malah tidak juga 'maksum'. Siapa lah kita? Hanya seorang insan yang lemah. Lemah dari segala segi. Begitulah yang berlaku dalam kehidupan aku. Kadang-kadang kita lupa, alpa dengan semua yang melimpah ruah berlaku di dalam kehidupan kita sendiri. Semuanya berada di hadapan mata. Petik jari, semua boleh dapat. Dunia di hujung jari. APa sahaja sudah terbentang luas di hadapan mata. Kalau tidak berfikir dengan akal yang waras dan mengikutkan panasnya hati, tamaknya hati, berlakulah sesuatu yang tidak diingini.

Adakah kita perlu menyalahkan 'manusia mudah lupa' atas semuanya yang berlaku. Sehingga membuatkan kita bertindak tidak seperti seorang khalifah Allah yang mengikut landasannya? Adakah 'otak' yang dianugerahkan hanyalah untuk simpanan sebagai hiasan di dalam kepala kita? Bukankah ini adalah antara anugerah terbesar yang membezakan kita dengan makhluk yang lain. Tapi, di dalam sesetangah perkara atau situasi (aku), mulut bergerak lebih pantas daripada otak. Tindakan refleks yang entah apa namanya aku pun tak tau mebuatkan kadang-kadang bukan sahaja orang sekeliling yang terasa akan akibatnya, malah diri aku sendiri pun tidak akan tenang. Adakah aku masih nak beralasan itu dan ini? Herm, entah, apa jua alasan yang aku berikan, benda dah terjadi. Terlajak jalan, boleh juga undur atau berpatah balik, tapi kalau terlajak kata? Nak undur, jangan bermimpi. Sekadar ucapan maaf di bibir yang mampu kita lakukan. Itupun andainya ego tidak mengambil tempat.

Maaf. Adakah hanya sekadar ucapan di mulut? Teringat ketika aku sedang membuat 'presentation' dahulu, kebetulan tajuk yang perlu aku bentangkan adalah 'FORGIVENESS'. Teringat satu phrases, FORGIVING IS NOT FORGETTING, REMEMBER AND LET IT GO. Entah, aku pun sebenarnya tak berapa faham maksud tersirat di sebalik ayat ni, padahal waktu present tu, bukan main lagi aku kelentong. But, kelentong-kelentong aku pun based on fact. Fact is fact, bukan hanya mainan di bibir. Terpulang kepada anda bagaimana anda menafsir ayat itu sendiri. Maaf, mungkin di hadapan, ucapan menerima kemaafan itu sering diungkapkan. Takkan kita nak bermusuhan? Tapi di dalam hati? Itu lah yang merisaukan aku. Mungkin kesalahan itu rasanya nampak kecil di tambah dengan kehadiran kawan-kawan yang tergelak sekali, tetapi di dalam hati? Hanya Tuhan yang tahu. Mulut bukan lah satu perkara yang mudah, sebaliknya mulut umpama senjata tajam yang menikam ke tusuk hati.

Mungkin aku kadang-kadang bukan berniat begitu. Cuma sekadar gurauan tapi gurauan itu mungkin sedikit kasar. Kadang-kadang perkara yang berlaku membuatkan kita bertindak sekali lagi tanpa mengikut kewarasan akal fikiran. Salah aku, tapi orang lain yang menjadi mangsa. Mungkin hakikatnya, waktu tu aku mengharapkan sedikit bantuan. Bukan hanya berdiam diri melihat kekecewaan di dalam diri aku. Mungkin SITUASI yang membuatkan aku sedikit kecewa membawa kepada sifat marah di dalam diri ini di tunjukkan. Tapi adakah itu satu tindakan yang bijak? Memang tidak. Apa-apa pun, bukan niat di hati, walau hanya sekadar ucapan maaf yang mampu aku ucapkan, harap semuanya di lupakan. Cukuplah andainya aku tahu, maaf itu diterima, apa kata hati, itu terpulang kepada mereka dan yang terlibat.

Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Itu adalah jalan yang terbaik. Terpulang kepada kita macam mana kita nak suaikan dengan semuanya. Hakikat tetap hakikat! Tak boleh di ubah.....


aurafitra

Saturday, January 23, 2010

Legion dan Makan Hahaha

Salam,

Legion

Cerita ni memang di nanti-nantikan aku dan juga member-member aku. Akhirnya keluar juga. Aku pun apa lagi, mula lar memancing diorang nak pergi tengok. Tapi tak ada lar aku ajak sume, siap ajak kawan aku bernama Mai lagi (seorang perempuan) hehehe. Kitaorang macam dah lama nak gi kuar tengok wayang, tapi tak berkesempatan lagi. Hari ni, berjaya juga tapi kami keluar bertiga, aku, dia dan sapa lagi kalau bukan Ajai.


Tiket aku dan Ajai beli awal lepas teman Ajai tukar tayar motor dia dan grip handle tue lar. Malangnya nasib Ajai, pisangh berbuah dua kali. Huhu still the same beb. Hahaha Nasib apa lar malang Ajai. Yang pasti bukan salah aku. Not my fault Ajai. Hahaha Tiket jam 8.45 malam. Tapi oleh sebab yang nak ambik aku tue perempuan, nak buat macam mana, janji 8.15, datang mesti lambat punya. Hahaha jangan marah Mai n girls out there. I'm not being prejudice here, just say wut i feel though. Hahaha But its the truth bai!!! So we all sampai tepay-tepat jam 8.45 malam tue. Masuk jer terus cerita tue start.

So, macam mana citer dia? Herm entah kenapa aku suka cerita ni. Walaupun Ajai tidak beberapa menyukainya, bukan kerana tema cerita nie, tapi dia kata kurang action. Yes its true. Tapi bukan itu yang aku lihat. Aku melihat dari aspek something differ from orang lain maybe. Jalan cerita? bukan aku untuk komen. Tapi cara dia oleh cerita tue, kira suit me well lar. Tak tau kenapa. Maybe aku meminati cara lakonan lead actor dia, Paul Bettany tue kot (betul ker tue nama dia). Yang aku pasti, he's english. And like it or not, i love every actress or actor from same region. Haha maybe kearan accent dia kot. Hahaha but overall its good for me. Orang lain? I dont give a damm what they thought. Haha so you'r. Dont give a damm bout my opinion. (entah kenapa aku rasa macam kasar jer ayat aku nie, geram kot, line internet malam ni macam apa jer. TERUK. CELCOM, improve your service plz.. We paid not free man!!!). Eh lupa nak tulis. Cerita ni maybe bercanggah dengan agama kita. Jangan mudah terpengaruh. Setakat ingin enjoy atau melihat. Dont take it to our heart lor. Yang pastinya, diorg nie juga ada bermacam-macam idea tentang bentuk angel tue sendiri. Angel dalam legion dgn supernatural, totally berbeza. Dalam supernatural, human body just sebagai badan untuk di bumi. Tapi dalam legion, macam angel tue macam kita jer. Dan satu lagi, dalam supernatural, manusia tak boleh melihat 'the REAL' angel.. tapi dalam ni macam boleh jer.. well ups to you... (senyum)

Makan

Oleh kerana Mai ni orang Johor, dia pun bawa lar kitaorang makan dekat Bandar UDA. Where the hell is the place, i dont know. But what i know, not very far from angsana and make it clear, Mydin. Hahaha So apa yang aku makan? Tak tau nak makan apa, so aku pun pilih lar Mee Hailam plus tea ais. Walaupun aku tau minum tea ais tak elok nak wat cam mana, itu jer aku rasa cam ok kat situ. Hahahaha Ajai apa lagi, tiru aku lar. Bukan nak pilih sendiri hahaha Mai memilih sepinggan meehoon goreng dah tea tarik. Hehehe so enjoy the picture. Enak tak?


Wedges


Fries

MeeHoon Goreng

Mee Hailam

aurafitra

Thursday, January 21, 2010

BOSAN YANG AMAT!!!!

Salam,

Bosan!

Gila punya bosan bila sampai weekend ni. Seriously aku tak tau nak buat apa. Huhu Nak buat keje so far tak ada keje yang nak kena buat (padahal ada) semua macam dah siap. Herm, any idea??? Hahahaha nak berjalan-jalan roomate aku ni balik lar pulak. kalau tak ada lar juga geng nya. Huhu Bosan yang amat-amat nie. Aku nak melayan apa lagi lar malam macam nie. Just mengharapkan diorg yang masih ada kat sini ajak lar aku gi mana-mana. Hahaha

Dexter or My Fair Lady??

Dua cerita yang baru aku beli. Mana satu nak layan? Herm, kalau ikutkan hati, semua macam aku tak nak layan jer. Bukan hari aku nak melayan movie or drama. Tapi di sebabkan aku boring yang teramat, aku pun melayan lar cerita ni. So apa yang aku layan? DEXTER. So far, baru episod 1 season 1. hahaha tak tau lagi macam mana nak bagi komen. Just wait and see. Ha bercakap pasal cd kan, hari tue nak di jadikan cerita akhirnya aku jumpa juga dvd concert CELINE DIOn kat vegas (jumpa kat Pavillion). So aku pun beli lar sebab dah lama cari. Harganya, tak lar mahal mana, RM 49.90 jer. Nak di jadikan cerita, main punya main ada part yang tak leh play. Aduh!!! Betapa sakitnya hati aku nie. Tengah layan lentok punya CELINE nyanyi sekali dvd rosak lor. Wut a fate lar.. huhu nak nangis pun dah tak mengalir dah air mata aku nie. Hahahaha

LEGION, SPY NEXT DOOR,TOOTH FAIRY

Ni semua movie yang tengah tayang kat wayang yang belum berkesempatan nak tengok. Kalau lar aku dah sampai satu tahap yang amat membosankan, tengok lar ketiga-tiga aku layan nanti kat MBO nie. hahaha nak wat cam mana MBO jer yang dekat kat skudai ni. Nak gi tebau, jauh. Hahahaha hari tue baru lepas tengok OLD DOGS. Best jugak citer dia. Bukan main kelakar lagi. Thumbs up to Travolta dan Williams. Hahahaha kitaorang gi waktu ada member kitaorang tengah buat test. Dapat la aku tau pulak tu dia merajuk kata sampai hati kuar tak ajak. Hahaha Nak wat cam mana dah kuar dengan Daus yang nak belanja, kena lar ikut time dia. Ming, jangan marah yer, sekali sekala jer kena tinggal. Huhu. Tapi tak apa, u dapat pergi CITY SQUARE juga kan? hahaha apa lar ada kat sana tue? haha i tak tipu tau, betul syapit gunting rambut kat taman u.. hahahaha

Ok lar so far itu jer lar sempat aku nak update sedikit cerita HIDUP aku ni.. hahaha bukan apa, seronok juga share ngan orang kadang-kadang. Hahahaha SO jangan lar weekend korang sume macam aku. Hahaha ciao

aurafitra

Sunday, January 17, 2010

GUGUP.. Sekadar Hiburan Petang 1

Salam,

GUGUP

Seorang lelaki bertubuh kecil menjadi saksi di mahkamahuntuk suatu kejadian rogol... Lelaki itu kelihatan ragu-ragu dan gugup ketika dimintai memberikanketerangannya oleh seorang peguambela...

Dengan suara yang kuat peguambela itu bertanya...

Peguam : "Anda sudah berkahwin?"

Lelaki : "Su.. Su.. dah, encik"

Peguam : "Siapa yang Anda kahwini?"

Lelaki : "Se.. Se.. seorang perempuan.. encik!"

Peguambela tersebut dengan marah berkata..

Peguam : "Sudah tentu anda akan berkahwin denganperempuan... apa anda pernah dengar ada yang berkahwin dengan lelaki?"

Lelaki : "Adaencik.. adik perempuan saya..."


p/s: Hidup kadang-kadang perlukan keceriaan... sama-sama lar kita menceriakan hidup kita agar hari kita semua indah belaka.. hahaha

aurafitra