Salam,
Hari ni, membuatkan aku terfikir. Banyak sebenarnya yang perlu aku fikir, dan aku tak mampu nak menanggung semua yang berlegar-legar di fikiran, serabut jadinya. Tapi ada satu keadaan atau peristiwa yang membuatkan aku terfikir, memikir dan cuba memahami situasinya. Dan sehingga ke saat ini, aku masih tak faham kenapa, mengapa, dan bagaimana. Apa sahaja persoalan yang mungkin timbul, aku sedaya upaya sebenarnya cuba menjawab tapi nampaknya cubaan itu hanyalah sepertinya sewaktu Beckham menyepak penalti ketika menentang Argentina. Tak masuk! Semua soalan, jawapan tak nak masuk. Takkan 'soalan' dah bagitau 'jawapan', "ko jangan masuk, biar budak ni berserabut memikirkan ko!!" Sampai hati soalan kalau macam tu. Betapa sedihnya hati aku setiap kali jawapan yang entah apa masuk ke dalam ruang lingkup fikiran aku. Betul! Kadang-kadang hati aku seperti tercucuk dengan pisau juga bila memikirkannya. Nak buat macam mana, orangnya sensitif gila seperti sensitifnya kakak aku pada ular.
Ini persoalannya yang membuatkan aku 'serabut' memikir akan jawapannya. KENAPA KITA SERING MEMANDANG/MENGAGUNGKAN YANG JAUH DAN MELUPAKAN YANG DEKAT?? Walaupun aku tahu aku tidak sepatutnya memikirkan perkara yang remeh temeh seperti ini, padahal banyak lagi assignment nak kena fikir, training yang akan diadakan Jumaat ni, tesis nak kena submit tajuk, semuanya memerlukan kudrat otak aku untuk diulas dengan lebih supaya aku dapat fikirkan jalan penyelesaian kepada semua kerja di hadapan aku. Tetapi sebaliknya, aku memikirkan perkara lain yang mungkin tak ada kena mengena dengan apa yang sepatutnya aku dahulukan.
Oklah kita berbalik kepada persoalan tadi. Persoalan ini boleh membawa dua maksud, bagi aku. Pertamanya bagi mereka yang sedang mencari cinta dan keduanya dalam erti persahabatan atau kawan. Dan persoalan percintaan sungguh bukan bidang yang aku minat dan cuba terokai. Belum lagi masa untuk aku cuba menjadi mereka-mereka yang pakar. Tapi dalam perkara persahabatan, ianya sungguh menarik minat aku untuk melihat dan memikir akan sebab dan akibat. Cuba anda memikirkan, kenapa kita hanya memandang sebelah mata apa yang berada di hadapan, padahal kalau yang jauh tu, kita pandang bukan setakat dua belah mata, malah terjuling, tambah lagi mata dan sebagainya? Lagi satu kenapa kita sering buat endah tak endah orang yang sudah terang lagi bersuluh memang rapat dengan kita padahal orang lain yang sekali sekala datang menjelma di tatang bagai minyak yang penuh? Aku sebenarnya tidak faham kenapa perkara ini boleh terjadi. Adakah kerana aku yang sensitif terasa akan bahangnya? Nak tak nak, pasti kita terasa. Nak dibuat cerita kita yang rapat dengannya.
Entah lar, mungkin ada masanya kita tak dihargai, dan ada masanya kita sangat-sangat di hargai. Orang jauh lagi dijamu itu dan ini, orang yang dekat? Tak perlulah aku menulis jawapannya kerana aku yakin kita semua tahu jawapannya. BUkanlah terlalu meminta, tetapi apa salahnya andai kita tidak membezakan antara yang dekat dan jauh. Kesamarataan itu andai kita praktikkan sekarang akan memastikan bahawa kita akan menjadi pemimpin yang baik di masa hadapan. Tetapi memang benar, hakikatnya kalau orang jauh tu datang, kita bukan main suka lagi. Pelbagai persiapan sanggup kita sediakan. Tidak kira lar duit keluar atau tidak, tapi kalau hati dah suka, semuanya bukan lah satu persoalan kan. Umpama tapak sulaiman di bawah, perjalanan yang masih jauh dan alangkah indahnya andai persinggahan sementara itu disulami dengan sedikit penghargaan? Ia. Betul, tiada yang salah dari itu tapi seperti yang telah aku katakan, kiranya kita melayan yang 'dekat' ini seperti yang jauh, mungkin yang 'dekat' tidak mempersoalkannya. Ini sebaliknya. Itulah, memang betul, kita jarang menghargai yang berada di hadapan, tetapi bila dah jauh, nak hargai pun dah tak sempat.
Oklah, setakat itu sahaja yang mampu aku garapkan dan tuliskan apa yang tersirat di hati dan minda. Kalau nak diikutkan masih banyak yang aku hendak tumpahkan disini, tetapi pagi ini membuatkan otak aku sedikit beku. Oklah, masa bersahur sudah tiba. nantikan makanan berbuka aku pula untuk hari ini. Sekian, wasalam no offense kepada sesiap!!
aurafitra