Friday, August 14, 2009

Entah apa-apa lar aku ni... ;P

Salam,

Hai guys, how are you? Harap korang semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Aku? Sekarang, bukanlah berada pada tahap yang memuaskan. Masih dalam 'recovery' proses. Tapi kalau lihat aku meneruskan kehidupan waktu, mesti ramai yang tak sangka tahap kesihatan aku tidaklah sebaik mana. Mana tidaknya, kalau orang demam, yang dia tau, makan, tidur, selimut, jaket. Tapi aku tak, aku kesan dan kemari. Sebenarnya demam ni jangan di layan. Kalau kita asyik layan jer demam atau apa-apa sakit kat badan, akibatnya lagi manja lar dia. Tak habis-habis mengadu sakit, nak makan ubat ini lah, itulah, makan ubat bukan tak boleh, boleh dan memang kena makan pun sebab nak baik, cuma jangan terlalu manja melayan kesakitan tu. Kan Ajai kan???

Sebenarnya kan, sedar ataupun tidak, aku ada post something kat sini sebelum post yang ini. Ada sapa-sapa yang sempat baca ker? Kalau ada tu, tak apalah nak buat macam mana. Alkisahnya, lepas jer aku post kat sini, ia membuatkan aku berfikir. Wajar atau tidak aku post benda tu. Actually post yang tu sebenarnya telah dieedit hampir 3 kali sebelum aku memutuskan untuk memberanikan diri postkannya disini. Tapi akhirnya, aku merasakan yang ianya tidak wajar dan aku terpaksa memadamkannya. Hehehe bukan apa, nanti semua orang terasa dan merasa tak puas hati. Eloklah kiranya aku mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini.

So, serba sedikit apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang hampir seminggu blog ni tak berupdate? Banyak perkara yang sebenarnya berlegar-legar di kepala aku ni. Tapi untuk postkannya disini, perlu difikir 2 kali. Bukan apa, tak nak ada pihak yang terasa. Menjadi jujur juga sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Susah. Sebaliknya pula, hipokrit, lagi la susah. Tapi sedar atau tidak, sejak dua menjak ni, aku terlebih 'hipokrit' bukan sahaja kepada pihak lain, tapi kepada diri aku sendiri. Sudah penat aku 'memikirkan' akan perkara ini, tapi untuk menjernihkan sesuatu yang sudah agak keruh, hendak tak hendak, terpaksalah. Dan keputusannya, ia, kadang-kadang menjadi hipokrit itu diperlukan dalam kehidupan kita.

Allien In The Attic

Panggung wayang itu umpama kami yang punya. Hahahaha Daripada panggung yang boleh memuatkan hampir 100 orang kot, ada 6 orang jer. Betul-betul membuatkan dunia ini umpama kami yang punya. Hahaha Allien In The Attic. Itulah cerita yang menjadi pilihan setelah habis mendengar 'ceramah' yang entah apa-apa di dalam kelas. Bukan dari pensyarahnya, tetapi budak-budak nya yang 'present' entah apa-apa. Actaully membuatkan aku sedikit rasa kerdil ataupun kecewa. Inikah student Universiti. Inikah caranya mereka membentangkan hasil kerja mereka. Bagus lagi budak sekolah, sorry to say lar!!! Dan akhirnya 'kekecewaan' itu terubat dengan kelakarnya cerita ini. Nak kata best, tak lah best mana, tahap ok jer, tapi aku terhibur menontonnya. Itu yang penting bukan? Betul-betul holiao..hahaha

Dan, apa lagi yang boleh diupdatekan disini ea? Otak aku ni tiba-tiba blank. God help me!!! Erm, oklah, aku pun tak tau nak update apa dah. Better aku tolong mencari jurnal untuk si adik ni. Kesian kat dia. Walaupun awalnya aku dah malas nak fikir-fikir asignments lain kecuali yang aku kena buat, apalah salahnya aku menolong mereka yang betul-betul memerlukan. BUkan nak tunjuk baik tapi hakikatnya itu lah aku. Wahahaghaha (ada bangga juga ekeke). Dan lepas, watch out, Fikri's not gonna be the same again. He's gonna be the one who just think for himself.. hahaha kidding (although deep down, hope so). Ok lar, ciao.

aurafitra

1 comments:

aurafitra said...

Try, boleh comment ker tak... hehehe