Friday, August 21, 2009

Salam RAMADHAN!!!

Salam,

Salam Ramadhan!! Sambut lah ramadhan ini dengan penuh kegembiraan. Semoga kita semua mendapat keberkatan dengan muculnya bulan yang mulia ini.


Aku tak ada idea nak tulis apa kat sini. So, ini jer lar yang aku mampu. Actually aku pergi fakulti amik surat tadi, then singgah lar cict ni nak online kejap, dari duk bilik tak buat apa tu, baiklah aku buat kerja berfaedah macam ni. Hahaha faedah sangat! Apa yang menarik ea yang boleh kita kongsi bersama ea? Betul betul kepala otak aku ni blank.. semua benda dah tak ada nak dikeluarkan disini. (ayat pun dah macam ampeh jer).

Oklah, sempena bulan baik yang bakal menjelam esok, eloklah kiranya aku kurangkan segala perkara yang tak baik di dalam diri aku ni. Sebulan jer pun kita nak elak daripada mengikut hawa nafsu tu. Kalau baik, kita dapat teruskan untuk selamanya. Kita cubalah yang terbaik. Aku pun banyak yang kena perbetulkan! Bukan nya baik sangat aku ni kan?? Aku sedar diri aku, itu sebab aku cuba memperbaiki semuanya. Kalau tak, jangan harap lar semuanya berbalik kepada yang asal. Alhamdulillah, so far aku berjaya juga mengenepikan ego dan juga kemarahan yang melanda dengan berbaik seperti seadanya. Bukan lar nak berbangga, tapi aku rasa bertuah dan seronok kerana aku dapat berbuat demikian. Kalau nak diikut kan diri aku nie, memang tiada maaf bagimu lar. Hehe, yang dah tinggal sejarah tue, kita tinggalkan. Masih jauh perjalanan di hadapan kita semua. Jalan jangan pandang ke belakang. Ke hadapan. Itu sebab kita kena memperbaiki diri kerana bermacam lagi halangan dan bengkak bengkuk yang menanti di hadapan kita semua. InsyaAllah, buat lar yang terbaik.


Apa-apapun, selamat menyambut Ramdahan Almubarak! Penuhkan nya dengan amal ibadah. Kita cuba buat yang terbaik becoz kita sememangnya terbaik!! Salam dan ciao!!

aurafitra

0 comments: