Saturday, August 1, 2009

HiPOKRIT or JUJUR

Salam,

Cukuplah hanya '3 entries' aku menggunakan bahasa yang cukup diagungkan dunia tu. Apa rasionalnya aku menulis menggunakan 'world language' itupun aku sendiri tidak dapat memberi jawapannya. Aku bukan lah seorang manusia yang menjadikan bahasa itu sebagai bahasa utama aku hari-hari. Aku masih berpegang teguh dengan bahasa ibunda aku. Sebenarnya aku pun bukanlah hebat sangat nak cakap dalam bahasa dunia tu. Tetapi, aku menganggap ianya semua sebagai satu proses pembelajaran. Aku cuba mencari kekuatan dalam diri untuk aku 'bercakap dan bertutur' dalam bahasa itu. Tetapi nampaknya, masih jauh lagi perjalanan yang perlu aku tempuh.

Dan, sejak dua menjak ni, entry di sini semuanya berkisarkan kehidupan aku kan? Asyik-asyik pasal aku. Ko ingat ko sapa ea? Artis, majestret, lawyer?? Hahaha Entah lah, tak ada pun jawapan dari situ. Yang pasti aku hanyalah bergelar manusia biasa yang masih belajar ingin mencapai sesuatu yang diidamkan. Dan aku pasti 'suka' menggunakan medium ini melepaskan segala apa yang terpendam di dalam. Cukuplah selama ini ianya tersimpan kemas di dalam. Tiba masa untuk aku mengeluarkannya. (ceh, macam berani). Hipokrit kah aku? Atau Jujurkah aku??

Hipokrit dan jujur.

Tatkala aku menulis entry ni, terngiang-ngiang di kepala otak aku ni perbualan aku bersama rakan-rakan tatkala membincang 'tugasan' yang perlu di laksanakan.

"Pentingkan diri kita juga. Jangan asyik nak fikir orang lain". Kata Dan (bukan nama sebenar).

"Betul..betul..betul.. Tengok macam aku buat waktu kelas bi dulu. Lantak lar apa diorg nak cakap. Yang penting aku masuk group lain. Kalau tak, susah juga aku nak kena buat tu," Abang Mike (bukan nama sebenar) menyokong sambil tangan bergerak ke kiri dan kanan.

"Aku sokong! Asyik nak fikir orang lain jer, kita ni duk sakit dalam, sapa yang tau," tambah aku dengan nada sedihnya. Nasib baik tak menangis lagi. Air mata lelaki kan susah nak turun. Hahaha

"Sem depan, apa nak jadi, jadilah. Yang penting aku tak nak macam ni lagi," sambung aku lagi.

"Alah engkau. Cakap lebih. Nak buat tak berani," sampuk Dan sambil memandang sinis kepada aku.

Ianya di sambut dengan gelak ketawa kami yang lain. Dan suasana berubah apabila perbualan kami berempat di 'kacau' oleh tiga jejaka lain. Hahaha (gurau jer)

(Telah diolah untuk tontonan umum, hahahaha)

Jujurnya, ia membuatkan aku berfikir. Ia selama ini aku hanya hebat berkata-kata, tapi tak pernah nak buat benda tu. Aku banyak bercerita dengan Dan (bukan nama sebenar) mungkin kerana rasa selesa. Aku tak perlu takut andai aku cerita kat dia, timbul pula perasaan tak puas hati atau apa jua perasaan yang entah apa. Cakap tapi tak buat. Adakah ianya HIPOKRIT ataupun sebaliknya? Seperti dalam entry sebelum ini, aku ada cakap, aku tidak berani, masih belum ada kekuatan untuk buat sesuatu yang mungkin diluar jangkauan orang lain yang aku akan buat perkara tu. Mungkinkah aku perlu mengambil langkah sewajarnya? Herm, tatkala aku menulis ini pun, hati dan perasaan aku 'terganggu' dengan segala kerja yang semakin bertimbun. Walaupun acapkali aku cakap, aku tak nak ambil tahu dah mengenai semuanya, tetapi naluri aku tetap merisaukannya. Mungkin itulah tabiat aku. Aku juga membayangkan sesuatu yang agak di luar jangkaan andaikata aku menyuarakan apa yang aku rasa di hati. Inikah yang aku mahu? Inikah yang kita mahu? Biasalah manusia. Mana pernah rasa puas hati. Termasuklah aku.

Entahlah apa aku merapu di sini pun aku tak tau. Kalau hendak diikut, tak sampai 50% apa yang tertulis di sini, sama dengan apa yang di dalam hati. Even, 20% pun tak ada. Inilah yang dikatakan hipokrit. Tak perlu nak canang cerita dalam hati kepada semua. Ini semua untuk kebaikan semua pihak walaupun kita yang terpaksa menanggung derita yer. Derita lah sangat. Ia! Sakit di dalam tak sama dengan di luar. Adakah cara ini yang sesuai atau JUJUR yang lebih sesuai? Jujur, semua akan tahu dan semua akan sakit, samada luar ataupun dalam. Janganlah sampai luar pun menjadi mangsa. Betul tak? Tapi sapa tahu.

Mungkin semester ini aku masih tak mampu hendak mengambil langkah yang betul mengikut apa yang aku puas. Bagaimana dengan semester depan? Aku rasa tiba masa aku mengikut rasa hati. Asyik mengikut kata fikiran yang berlandaskan kebaikan pihak lain, aku je yang sentiasa rasa sakitnya, buat apa. Sesuatu tindakan diambil untuk kebaikan kita sendiri. BUkan orang lain. Ada la kot, tingkah laku aku sem ini telah mengikut perasaan 'itu'. Memang ada. Tapi aku puas hati. Tak perlu nak fikir masalah-masalah yang tak sepatutnya timbul. Dan kehidupan aku juga nyaman bak nyamanya udara pagi menghembus bumi. Hahaha ini yang aku mahu!!

Cukuplah. Kalau aku sambung menulis, rasanya semua aku nak tulis. Lebih baik aku berhenti di sini dari aku menyakitkan hati aku sendiri. Lebih baik aku memikirkan assignment individu aku yang baru satu jer siap tu. Masih ada dua yang perlu aku setlekan. Yang lain, let it be! Sem depan, aku mengharap dapat membina satu alliance yang boleh memberi kepuasan kerja kepada aku. Tak nak lagi seperti dilema sekarang. Penat kepala otak aku!! Aku cuma mengharapkan kesedaran. Itu sahaja.Tak minta banyak pun. Tapi kalau sedikit kesedaran pun tak boleh bagi, next, i'll be out man! For real this time. Not joking. (starting to wonder whos gonna be the man though hahaha) Start finding. Already have someone in mind!!! Hahahaha Just join the dark side!! I am definitely SAM side. Not Dean, not even HARRY!! (takkan aku join death eater kot? Who cares. Apa salahnya janji I"M SATISFIED). HAHAHA Hua HUa HUA HUA!!! Go MAN! Go MAN!! (Cheer me up sikit). CIOA. To HANYA AQ YANG TAHU, u should be thankful dont face any prob like this man! Sometimes, being alone is not a bad thing. But, yeah it does. But most probably, u live ur own life. Dont care of others. Bare in mind, u r lucky enough man!!!! In some terms lol. Hehehe

aurafitra


1 comments:

nick said...

tanpa keberanian mimpi xbermakna fik...