Sunday, January 31, 2010

Should or shouldn't?

Salam,

Macam kenal kan title kat atas tu. Hahahaha itu lah title dalam fb aku. Aku pun sebenarnya tak tau nak letak tajuk apa dah waktu nak menaip ni, letak jer lar tajuk ni, sebab ini juga yang aku nak postkan. Should i or shouldnt i?

Kamera.

Its my dream actually nak ada satu camera kepunyaan diri sendiri. Dengan menggunakan duit aku sendiri. Tapi sampai ke hari ini, masih aku tak mampu untuk memlikinya. BUkan tidak mampu, mampu cumanya mungkin lepas dengar nasihat ibu tercinta, perasaan tu jadi ragu. Entah lah, aku masih memikir, macam aku masih memikir samada nak sambung atau tidak pengajian aku ni. Perlu ker tidak aku beli ni. Yang berkenan dah jumpa, semuanya tersedia, cuma menunggu keputusan hati aku ni macam mana. Ini akibatnya andai 'otak' terlalu mengambil tempat. Semua segi aku fikir. Baik dan buruknya. Entah, setakat ini aku masih tiada jawapan, andai jawapannya nanti tiba, akan aku war-warkan. Hehehehe mungkin Isnin jawapan boleh agaknya??? Hahaha

Handphone.

Ini satu lagi. Sebenarnya tiada dalam perancangan pun nak tukar handphone, tapi bila dah tolong kawan-kawan survey ni macam berminat pulak. So far, speanjang aku mulakan journey baru (sebaik tamatnya sekolah menengah), aku hanya pernah memakai 4 hp jer. 4 jer, bayangkan, kalau orang lain aku rasa bukan main banyak lagi. Yang pertama hadiah daripada bonda tercinta (hilang maybe terjatuh dalam CAB kat kl huhuhu), yang kedua ihsan daripada abang sebab dah tak ada hp. Dua hp pertama adalah pemebrian orang. Yang pertama aku beli menggunakan duit aku, ketika tahun 2 di KL. Secondhand. Dan yang terakhir, hp sekarang yang aku pakai ni, siap sebiji macam roomate aku sekarang. Sebabnya kami beli sekali. Hahahaha

So macam nak tukar jer hp tanpa jual hp sekarang, sayang sebab beli sendiri. Hehehe entah lah, masih juga memikir hahahahaha. Keputusannya nantilah aku berikan. Tapi yang pasti, hp untuk ayah tersayang tetap akan aku belikan. Hehehehe

Oklah itu jer lar, memandangkan cuaca yang amat panas ni, aku nak mandi, dan nak restart laptop ni. Line dah macam apa.. hehehe ciao!!!

aurafitra

Saturday, January 30, 2010

Khilaf....

Salam,

Banyak perkara yang berlaku sepanjang aku berdiam dari mengupdate blog ini. Tapi, tiap kali aku buka, perasaan untuk aku update blog ini tak timbul-timbul juga. Lastly, tinggal lar blog ni sedikit berhabuk. Berhabuk dari menerima cerita-cerita yang menarik berlaku dalam kehidupan aku. Entah menarik atau tidak, entah lah. Aku pun tidak mampu untuk mengetahuinya. Kadang-kadang, mempunyai blog dan menceritakan segala yang berlaku dalam kehidupan aku, macam syok sendiri. Syok sendiri? Mungkin ada yang berpendapat syok sendiri tu tak baik. Tapi bagi aku, syok sendiri pun bukan lah satu yang salah, janji kita syok dengan apa yang kita buat. Itu sudah cukup baik. Kepuasan lebih penting dari segalanya kan? Kalau kita buat sesuatu benda tapi tak dapat kepuasan pun macam tak guna juga.

Kekhilafan Diri

Kita bukanlah 'perfect', malah tidak juga 'maksum'. Siapa lah kita? Hanya seorang insan yang lemah. Lemah dari segala segi. Begitulah yang berlaku dalam kehidupan aku. Kadang-kadang kita lupa, alpa dengan semua yang melimpah ruah berlaku di dalam kehidupan kita sendiri. Semuanya berada di hadapan mata. Petik jari, semua boleh dapat. Dunia di hujung jari. APa sahaja sudah terbentang luas di hadapan mata. Kalau tidak berfikir dengan akal yang waras dan mengikutkan panasnya hati, tamaknya hati, berlakulah sesuatu yang tidak diingini.

Adakah kita perlu menyalahkan 'manusia mudah lupa' atas semuanya yang berlaku. Sehingga membuatkan kita bertindak tidak seperti seorang khalifah Allah yang mengikut landasannya? Adakah 'otak' yang dianugerahkan hanyalah untuk simpanan sebagai hiasan di dalam kepala kita? Bukankah ini adalah antara anugerah terbesar yang membezakan kita dengan makhluk yang lain. Tapi, di dalam sesetangah perkara atau situasi (aku), mulut bergerak lebih pantas daripada otak. Tindakan refleks yang entah apa namanya aku pun tak tau mebuatkan kadang-kadang bukan sahaja orang sekeliling yang terasa akan akibatnya, malah diri aku sendiri pun tidak akan tenang. Adakah aku masih nak beralasan itu dan ini? Herm, entah, apa jua alasan yang aku berikan, benda dah terjadi. Terlajak jalan, boleh juga undur atau berpatah balik, tapi kalau terlajak kata? Nak undur, jangan bermimpi. Sekadar ucapan maaf di bibir yang mampu kita lakukan. Itupun andainya ego tidak mengambil tempat.

Maaf. Adakah hanya sekadar ucapan di mulut? Teringat ketika aku sedang membuat 'presentation' dahulu, kebetulan tajuk yang perlu aku bentangkan adalah 'FORGIVENESS'. Teringat satu phrases, FORGIVING IS NOT FORGETTING, REMEMBER AND LET IT GO. Entah, aku pun sebenarnya tak berapa faham maksud tersirat di sebalik ayat ni, padahal waktu present tu, bukan main lagi aku kelentong. But, kelentong-kelentong aku pun based on fact. Fact is fact, bukan hanya mainan di bibir. Terpulang kepada anda bagaimana anda menafsir ayat itu sendiri. Maaf, mungkin di hadapan, ucapan menerima kemaafan itu sering diungkapkan. Takkan kita nak bermusuhan? Tapi di dalam hati? Itu lah yang merisaukan aku. Mungkin kesalahan itu rasanya nampak kecil di tambah dengan kehadiran kawan-kawan yang tergelak sekali, tetapi di dalam hati? Hanya Tuhan yang tahu. Mulut bukan lah satu perkara yang mudah, sebaliknya mulut umpama senjata tajam yang menikam ke tusuk hati.

Mungkin aku kadang-kadang bukan berniat begitu. Cuma sekadar gurauan tapi gurauan itu mungkin sedikit kasar. Kadang-kadang perkara yang berlaku membuatkan kita bertindak sekali lagi tanpa mengikut kewarasan akal fikiran. Salah aku, tapi orang lain yang menjadi mangsa. Mungkin hakikatnya, waktu tu aku mengharapkan sedikit bantuan. Bukan hanya berdiam diri melihat kekecewaan di dalam diri aku. Mungkin SITUASI yang membuatkan aku sedikit kecewa membawa kepada sifat marah di dalam diri ini di tunjukkan. Tapi adakah itu satu tindakan yang bijak? Memang tidak. Apa-apa pun, bukan niat di hati, walau hanya sekadar ucapan maaf yang mampu aku ucapkan, harap semuanya di lupakan. Cukuplah andainya aku tahu, maaf itu diterima, apa kata hati, itu terpulang kepada mereka dan yang terlibat.

Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Itu adalah jalan yang terbaik. Terpulang kepada kita macam mana kita nak suaikan dengan semuanya. Hakikat tetap hakikat! Tak boleh di ubah.....


aurafitra

Saturday, January 23, 2010

Legion dan Makan Hahaha

Salam,

Legion

Cerita ni memang di nanti-nantikan aku dan juga member-member aku. Akhirnya keluar juga. Aku pun apa lagi, mula lar memancing diorang nak pergi tengok. Tapi tak ada lar aku ajak sume, siap ajak kawan aku bernama Mai lagi (seorang perempuan) hehehe. Kitaorang macam dah lama nak gi kuar tengok wayang, tapi tak berkesempatan lagi. Hari ni, berjaya juga tapi kami keluar bertiga, aku, dia dan sapa lagi kalau bukan Ajai.


Tiket aku dan Ajai beli awal lepas teman Ajai tukar tayar motor dia dan grip handle tue lar. Malangnya nasib Ajai, pisangh berbuah dua kali. Huhu still the same beb. Hahaha Nasib apa lar malang Ajai. Yang pasti bukan salah aku. Not my fault Ajai. Hahaha Tiket jam 8.45 malam. Tapi oleh sebab yang nak ambik aku tue perempuan, nak buat macam mana, janji 8.15, datang mesti lambat punya. Hahaha jangan marah Mai n girls out there. I'm not being prejudice here, just say wut i feel though. Hahaha But its the truth bai!!! So we all sampai tepay-tepat jam 8.45 malam tue. Masuk jer terus cerita tue start.

So, macam mana citer dia? Herm entah kenapa aku suka cerita ni. Walaupun Ajai tidak beberapa menyukainya, bukan kerana tema cerita nie, tapi dia kata kurang action. Yes its true. Tapi bukan itu yang aku lihat. Aku melihat dari aspek something differ from orang lain maybe. Jalan cerita? bukan aku untuk komen. Tapi cara dia oleh cerita tue, kira suit me well lar. Tak tau kenapa. Maybe aku meminati cara lakonan lead actor dia, Paul Bettany tue kot (betul ker tue nama dia). Yang aku pasti, he's english. And like it or not, i love every actress or actor from same region. Haha maybe kearan accent dia kot. Hahaha but overall its good for me. Orang lain? I dont give a damm what they thought. Haha so you'r. Dont give a damm bout my opinion. (entah kenapa aku rasa macam kasar jer ayat aku nie, geram kot, line internet malam ni macam apa jer. TERUK. CELCOM, improve your service plz.. We paid not free man!!!). Eh lupa nak tulis. Cerita ni maybe bercanggah dengan agama kita. Jangan mudah terpengaruh. Setakat ingin enjoy atau melihat. Dont take it to our heart lor. Yang pastinya, diorg nie juga ada bermacam-macam idea tentang bentuk angel tue sendiri. Angel dalam legion dgn supernatural, totally berbeza. Dalam supernatural, human body just sebagai badan untuk di bumi. Tapi dalam legion, macam angel tue macam kita jer. Dan satu lagi, dalam supernatural, manusia tak boleh melihat 'the REAL' angel.. tapi dalam ni macam boleh jer.. well ups to you... (senyum)

Makan

Oleh kerana Mai ni orang Johor, dia pun bawa lar kitaorang makan dekat Bandar UDA. Where the hell is the place, i dont know. But what i know, not very far from angsana and make it clear, Mydin. Hahaha So apa yang aku makan? Tak tau nak makan apa, so aku pun pilih lar Mee Hailam plus tea ais. Walaupun aku tau minum tea ais tak elok nak wat cam mana, itu jer aku rasa cam ok kat situ. Hahahaha Ajai apa lagi, tiru aku lar. Bukan nak pilih sendiri hahaha Mai memilih sepinggan meehoon goreng dah tea tarik. Hehehe so enjoy the picture. Enak tak?


Wedges


Fries

MeeHoon Goreng

Mee Hailam

aurafitra

Thursday, January 21, 2010

BOSAN YANG AMAT!!!!

Salam,

Bosan!

Gila punya bosan bila sampai weekend ni. Seriously aku tak tau nak buat apa. Huhu Nak buat keje so far tak ada keje yang nak kena buat (padahal ada) semua macam dah siap. Herm, any idea??? Hahahaha nak berjalan-jalan roomate aku ni balik lar pulak. kalau tak ada lar juga geng nya. Huhu Bosan yang amat-amat nie. Aku nak melayan apa lagi lar malam macam nie. Just mengharapkan diorg yang masih ada kat sini ajak lar aku gi mana-mana. Hahaha

Dexter or My Fair Lady??

Dua cerita yang baru aku beli. Mana satu nak layan? Herm, kalau ikutkan hati, semua macam aku tak nak layan jer. Bukan hari aku nak melayan movie or drama. Tapi di sebabkan aku boring yang teramat, aku pun melayan lar cerita ni. So apa yang aku layan? DEXTER. So far, baru episod 1 season 1. hahaha tak tau lagi macam mana nak bagi komen. Just wait and see. Ha bercakap pasal cd kan, hari tue nak di jadikan cerita akhirnya aku jumpa juga dvd concert CELINE DIOn kat vegas (jumpa kat Pavillion). So aku pun beli lar sebab dah lama cari. Harganya, tak lar mahal mana, RM 49.90 jer. Nak di jadikan cerita, main punya main ada part yang tak leh play. Aduh!!! Betapa sakitnya hati aku nie. Tengah layan lentok punya CELINE nyanyi sekali dvd rosak lor. Wut a fate lar.. huhu nak nangis pun dah tak mengalir dah air mata aku nie. Hahahaha

LEGION, SPY NEXT DOOR,TOOTH FAIRY

Ni semua movie yang tengah tayang kat wayang yang belum berkesempatan nak tengok. Kalau lar aku dah sampai satu tahap yang amat membosankan, tengok lar ketiga-tiga aku layan nanti kat MBO nie. hahaha nak wat cam mana MBO jer yang dekat kat skudai ni. Nak gi tebau, jauh. Hahahaha hari tue baru lepas tengok OLD DOGS. Best jugak citer dia. Bukan main kelakar lagi. Thumbs up to Travolta dan Williams. Hahahaha kitaorang gi waktu ada member kitaorang tengah buat test. Dapat la aku tau pulak tu dia merajuk kata sampai hati kuar tak ajak. Hahaha Nak wat cam mana dah kuar dengan Daus yang nak belanja, kena lar ikut time dia. Ming, jangan marah yer, sekali sekala jer kena tinggal. Huhu. Tapi tak apa, u dapat pergi CITY SQUARE juga kan? hahaha apa lar ada kat sana tue? haha i tak tipu tau, betul syapit gunting rambut kat taman u.. hahahaha

Ok lar so far itu jer lar sempat aku nak update sedikit cerita HIDUP aku ni.. hahaha bukan apa, seronok juga share ngan orang kadang-kadang. Hahahaha SO jangan lar weekend korang sume macam aku. Hahaha ciao

aurafitra

Sunday, January 17, 2010

GUGUP.. Sekadar Hiburan Petang 1

Salam,

GUGUP

Seorang lelaki bertubuh kecil menjadi saksi di mahkamahuntuk suatu kejadian rogol... Lelaki itu kelihatan ragu-ragu dan gugup ketika dimintai memberikanketerangannya oleh seorang peguambela...

Dengan suara yang kuat peguambela itu bertanya...

Peguam : "Anda sudah berkahwin?"

Lelaki : "Su.. Su.. dah, encik"

Peguam : "Siapa yang Anda kahwini?"

Lelaki : "Se.. Se.. seorang perempuan.. encik!"

Peguambela tersebut dengan marah berkata..

Peguam : "Sudah tentu anda akan berkahwin denganperempuan... apa anda pernah dengar ada yang berkahwin dengan lelaki?"

Lelaki : "Adaencik.. adik perempuan saya..."


p/s: Hidup kadang-kadang perlukan keceriaan... sama-sama lar kita menceriakan hidup kita agar hari kita semua indah belaka.. hahaha

aurafitra

Saturday, January 16, 2010

DEMI MASA.. MANUSIA MUDAH ALPA

Salam,

Sekadar untuk renungan,

1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam

525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<>
> 70th
60th - 70th

(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?


Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....


Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.


Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar....
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "


Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?


Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun


Kesimpulan:
waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita.....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa....


Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... ..........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......


Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

aurafitra

AIRMATA RASULULLAH SAW...


Salam,

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita


aurafitra

7 Danger!!!!

Salam,

DON'T ACT THE 7 ACTIONS BELOW AFTER YOU HAVE A MEAL




Don't smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher).


Don't eat fruits immediately - Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1hr before meal.



Don't drink tea - Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest.




Don't loosen your belt - Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.


Don't bathe - Bathing after meal will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach.


Don't walk about - People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.


Don't sleep immediately - The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine.

aurafitra

Genting + Secret Recipy

Salam,


Akhirnya, aku berjaya juga menulis sedikit coretan yang berlaku dalam hidup aku di sini. Rasanya sejak pergi Genting hari tue, aku cukup malas nak update blog nie. Entah kenapa pun aku tak tau. Bukan tak ada cerita yang nak aku kongsi kan bersama, tapi tue lar, malas beraja di hati. Hehehe Banyak cerita yang kalau mampu nak aku kongsi bersama, tapi tgk juga kepada keadaan. Kalau aku masih 'larat' hendak menggunak jejari ni menaip, insyaAllah, aku teruskan niat itu.

Genting

IT WAS FUN!!!!!! VERY FUN!!! Kami bertolak tengah malam dan perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 4 jam sahaja. Nak tak nak terpaksalar kami menapak tepi jalan tidur dalam bas. Nasib baik dekat area setapak tue ada McD (my favourite hehe) boleh lar lepak sebelum aku dengan kuatnya kata 'kenapa tak pergi MAsjid?'. Mungkin kehendak Allah, daus dengar, dan kami pun bergerak lar ke Masjid berhampiran (nasib baik aku familiar tempat ni, kat gombak katakan, my playground dulu hehehe). Pastu kitaorang pun mulakan lar journey menuju ke Genting. Banyak perkara yang sebenarnya berlaku di luar dugaan aku. Yer lar, Genting bagi = GAYAT. For those yang memang just like me=GAYAT mungkin akan dikir dua kali kalau nak pergi genting. Tambah-tambah bila kena guna CABLE CAR. BUt it turn out OKEY! Unbelieveble aku manage untuk tidak takut sepanjang dalam CABLE CAR tu. Padahal, inilar yang aku paling takut. Hehehe So sampai jer, kitaorang apa lagi teruskan permainan. Hampir semua dekat OUTDOOR tue kitaorang cuba kecuali yang (apa nama entah, lupa lak) sebab ramai sangat beratur. Lagipun aku rasa cam masa tak cukup jer. Pembetulan ea, kitaorang tue tak termasuk Abang Remy. HeheheDia main sekali jer, sebab dia TAKUT+GAYAT. Hahaha Dan sekali lagi aku juga tidak mempercayai diri aku dengan bermain ROLLER COASTER and so on. Inikah aku? Hahaha the different Fikri though... To be honest, i'm very afraid of HEIGHS and SPEED. Tapi akhirnya aku berjaya juga atasi my WORST NIGHTMARE. Hahaha So serba sikit ini lar gambar sepanjang aku dekat genting... check it out!



















Sakitnya hati nak menunggu dia upload. Sory guys, line prob kot, tak boleh upload gambar banyak. Banyak lagi nak tunjuk gambar ni. Tapi mungkin tak ada rezeki. Tapi aku masih mencuba (tak tau lar kalau lepas ni boleh pulak kan. Waktu aku tulis ni aku dah fedup so aku teruskan dengan aktiviti satu lagi hehehe)

Secret Recipy

13.1.10... Ada apa dengan tarikh ni? Nothing special just we all having our dinner here at secret recipy hehe. Occasion??? Sambut birthday MING in Advance. Hahaha nak wat cam mana, birthday boy punya tarikh pada 16.1.10,tapi mamat ni selalu sangat balik. Tak lekat kat UTM nie, nak tak nak kena lar sambut awal. BUkan sambut apa pun, just kitaorang makan-makan sama-sama. So HAPPY BIRTHDAY bro. Actually today is ur real birthday kan? Wut do u wish for ha? Hahaha watever it is, just wish u all best man. So ini lar serba sikit gambar pada hari tue kitaorang makan. Nak tau recipy apa kitaorang makan, gi lar kedai sendiri. Hahahaha kidding.. aku tak ingat dah nama dia, yang aku tau aku makan curry laksa, syapit cheese makaroni, birthday boy makan gordon blue chicken, and remy black pepper grill chicken chop. Tapi paling sedap ialah cheese cake dia.. hahahaha


Birthday Boy... Ming





p/s: quit expensive juga kan secret ni?? but its ok.. yg pntg satisfied. isnt? :P

p/s: Aku naik semua tau kat sama termasuk sipdrman.. cuma tak ada gambar hahaha

aurafitra