Wednesday, March 25, 2009

42nd Convocation Ceremony


42nd Convocation Ceremony

28th - 29th March 2009

Dewan Sultan Iskandar, UTM


Konvokesyen UTm yg ke 42 akan diadakan pada 28 - 29 March nie. Bersamaan dengan hari sabtu dan ahad. Yg tak best nya, hari sabtu tue adalah hari kitaorg test. Almaklumlar, tempat test tue dekat sangat dengan venue berlangsungnya konvo nie. For Sure kawasan tue bising dengan kehadiran keluarga dan semua tetamu yg nak tgk konvo nie. Huhu.. tak salahpun, Saja jer nak habaq mai.. haha Dah lar kitaorg nak naik atas tak bo, mesti diorg sekat kenderaan punya lar.. hehe jalan kaki lar kita ramai-ramai ea...

Bila sebut pasal konvo nie, teringat waktu aku konvo dulu.. Best tue konvo nie. Walaupun ada sedikit kekurangan bagi konvo aku yg lepas, tapi perasaan puas tue tetap hadir bila kita pakai jer jubah tue n masuk dalam dewan tue. Rasa macam berbaloi sgt penat lelah yg selama ini telah kita korbankan.. tak sia-sia pengorbanan yg telah semua org lakukan. Terpancar wajah ceria ibu dan bapa yg mengisi ruang Dewan Sultan Iskandar tue..

Bila konvo diadakan, tidak lengkap rasanya tanpa pesta konvo. Aku percaya setiap universiti yg wujud kat M'sia nie mesti ada pesta konvo bila ada konvokesyen. So ini adalar serba sedikit yg aku tau pasal pesta konvo nie.

Pesta Konvo UTM Ke 42

Venue: Padang Kawad

Date: 26th - 29th March 2009


Ini bermakna pesta konvo bermula esok!!!!! So kepada semua, sesiapa yg berkelapangan tue, boleh lar datang. Tak kira lah anda prg Johor ker, duk luar Johor ker.. Ramai-ramai lar datang memeriahkan majlis nie.. Bagi aku, pesta konvo nie mmg menghabiskan duit kalau tak reti berjimat. Hehe.. pergi je sana, mesti beli something. Especially makanan lar.. benda lain tak layan.. hahaha.. So utk hari khamis nie, kalau tak silap aku ada macam seminar utk budak PMR kot.. dan malamnya ada Festival Nasyid.. Ikutnya inteam datang.. Enggak tau lar betul ker tidak kan.. haha.. Sapa yg perasan suara dia sedap tue, boleh lar masuk pertandingan nasyid tue.. Jgn marah.. nanti cepat tue.. hehe Ok lar.. so far setakat ini jer.. aku ada keje kena buat petang nie.. So chow dulu.. Bye n Salam...


m fikri


0 comments: