Saturday, March 14, 2009

Insam MENYUMBANG, Bukan DISUMBANG!!!

Salam Jumaat,

Sekadar renungan, khutbah hari nie di Masjid UTM berkisarkan tentang zakat. Menjadi kewajipan bagi setiap muslim utk menunaikannya. Terutama yg berkemampuan.

Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG".

Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Manakala zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Hukum zakat:
Zakat merupakan salah satu rukun Islam, dan menjadi salah satu unsur pokok bagi tegaknya syariat Islam. Oleh sebab itu hukum zakat adalah wajib (fardhu) atas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu. Zakat termasuk dalam kategori ibadah (seperti shalat, haji, dan puasa) yang telah diatur secara rinci dan paten berdasarkan Al-Qur'an dan As Sunnah, sekaligus merupakan amal sosial kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dapat berkembang sesuai dengan perkembangan ummat manusia.

“Ambillah (sebahagian) dari harta-harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (al-Taubah, 9: 103).


Sabda Rasulullah saw

“…tidak difardhukan atas kamu sesuatu pun pada emas sehingga ada bagi kamu dua puluh dinar; kalau engkau ada dua puluh dinar, dan ia pula genap setahun lamanya dalam simpanan kamu, maka zakatnya ialah setengah dinar…” (riwayat Ahmad dan Abu Dawud)


Terdapat hikmah-hikmah disebalik kewajipan bagi melaksanakan zakat ini.. Antaranya seperti membersihkan diri, harta, mengurangkan rasa irihati org yg kurg berkemampuan, beribadah, mewujudkan hubungan, dan byk lagi. Apa yg paling berkesan dihati ketika mendengar khatib membaca khutbah, 'Jadilah insan yang menyumbang, bukan di sumbang'. Semoga kita mendapat sedikit iktibar dan pengajaran darinya.. InsyaAllah..

m fikri

0 comments: