Thursday, March 12, 2009

Kejadian Aneh 12 RabiulAwal

Salam Pertemuan,

Bertemu lagi walaupun rasanya baru semalam aku post something di sini.. Sejak dua menjak nie, asyik benar rasanya aku menulis coretan hidup di sini. Mungkin sekadar mengisi masa lapang walaupun masa begitu mencemburui diri aku. Mana tidaknya, seronok rasanya dapat melarikan diri seketika dari kesibukan dunia. Kesibukan seorg pelajar kadangkala mengalahkan kesibukan seorang Perdana Menteri. Itulah yg selalu aku ungkapkan tatkala mengajak kawan keluar ttp dia menolaknya.. aku faham.. aku juga masih seorg student. Gurauan antara dua org kawan jer tue.. Itulah harga yg perlu dibayar bila bergelar seorg student.. hendak diikutkan, masih banyak asign yg perlu dibuat, masih ada ujian yg setia menunggu tapi itulah.. kalau dah sifat malas itu menguasai diri.. semua nya terbengkalai.. huhu..

Tapi bukanlah sekali lagi aku hendak menukil apa yg berlaku dalam kehidupan aku, sudah jemu rasanya aku melihat nukilan pasal diri.. jadi aku rasa ada baiknya hari ini aku berkongsi sesuatu yg mana aku rasa mungkin diluar sana mengetahuinya.. tapi bagi aku, masih tidak diketahui semuanya.. Kejadian-kejadian aneh yg berlaku ketika kelahiran Junjungan Besar kita. Aku rasa terpanggil utk sama berkongsi pengetahuan yg aku baru sahaja dapat ketika sedang bosan menunggu bermulanya kuliah.. Sesetangah kejadian mungkin sudah biasa bagi kita mendengarnya.. ttp ada kejadian lain yg pertama kali kiranya aku membacanya.. walaupun tanggal 12 Rabiluawal sudah hampir empat hari berlalu..

Kelahiran nabi disambut seorang bidan bernama Siti Syifa'.. Dari depan mata Siti Syifa' hinggal tepi dunia dan juga ke lapisan langit ketujuh menyaksikan kejadian aneh yg berlaku. Aku ringkaskan jer lar ea memandangkan kelas aku bermula seawal jam 8 pagi..(habis tue sempat lagi tua nak post kat blog.. aiya ;) So kejadian-kejadian aneh yg berlaku antaranya ialah:

  • Baginda Rasul saw TIDAK MENANGIS sebaik sahaja keluar dari perut ibunya. Belum pernah terjadi dalam sejarah peradaban manusia bahawa bayi yg baru keluar dari perut ibunya tidak menangis.
  • Sebaliknya baginda telah BERSIN. Inilah yg anehnya. Kejadian nabi bersin samalah dengan kejadian kepada bapa kita Nabi Adam a.s ketika Allah memasukkan roh ke dalam badannya, hidup dan bernafas, tiba-tiba beliau bersin.
  • Sejurus nabi dilahirkan, tiba-tiba rumah Baginda menjadi terang benderang seperti disuluh cahaya lampu elektrik pada zaman ini sehingga rumah Abdullah itu keadaanya menjadi seperti waktu siang. Rumah Nabi hanya diterangi cahaya pelita atau damar sahaja.
  • Berhala-berhala yang berdiri megah sekeliling Kaabh semua tumbang seperti ditolak oleh sesuatu tenaga yg kuat dari arah Kaabah.
  • Api di Parsi yang menjadi pujian rakyat Parsi yg beragama Majusi yg sejak dinyalakan tidak pernah padam itu tiba-tiba sahaja padam.
  • Istana maharaja Parsi, Kisra pula bergoncang
  • Di langit pula, malaikat sibuk bercakap tentang kelahiran insan agung yg akan membawa obor utk menyuluh umat manusia yg sedang bergelumang hidup di dunia kesesatan.
Semua kejadian ini berlaku ketika Siti Aminah melahirkan putera sulungnya yang tunggal. Ini hanyalah sebahagian kejadian yg berlaku. Dan banyak lagi rasanya kejadian pelik@aneh yg berlaku ketika menyambut kelahiran Baginda rasul saw.. Seolah-olah menyambut kelahiran Baginda kan?? huhu Semoga kita dapat berkongsi pengetahuan bersama..

(Esok member ajak tgk Dragon Ball.. Nak pergi ker tak nak???? Huhu)

m fikri

0 comments: